Tidak ada begitu banyak topik di ruang keibubapaan di mana penyelidikannya cukup jelas, tetapi memukul adalah salah satu daripadanya. Pada tahun 2018, American Academy of Pediatrics menegaskan bahawa memukul bukanlah satu disiplin yang berkesan apabila memarahi anak, dan hukuman fizikal secara amnya boleh menyebabkan peningkatan kanak-kanak menjadi agresif. Walaupun statistik dalam memukul anak telah menurun selama beberapa dekad terakhir ini, sebahagian besar orang Amerika masih memukul (atau merasa tertekan untuk memukul) anak-anak kecil mereka.
Dalam coretan yang diterima minggu ini daripada Zuzana Boehmová tentang bagaimana keluarganya berfikir bahawa dia bertindak seperti hippie “sombong, New Age-y” kerana dia tidak memukul anak-anaknya. Ia menceritakan betapa sukarnya untuk tidak merotan atau menengking anak kecil yang telah membuat anda hilang sabar (dan kewarasan) – terutamanya jika anda dipukul sebagai seorang kanak-kanak, dan itu adalah reaksi lalai di otak anda. Seperti yang dinyatakan oleh Boehmová dalam karangannya, “Saya sering merasa bingung ketika berhadapan dengan anak-anak saya sendiri. Ketika saya memarahi anak, saya memberi gambaran mengenai cara terbaik untuk bertindak balas terhadap kemarahan, kekecewaan atau tingkah laku nakal mereka.”
Oleh kerana ramai ibu bapa berasa seperti ini, kami meminta dua orang pakar pediatrik yang akan anda temui di NYT Parenting dalam beberapa bulan akan datang – Dr. Nia Heard-Garris, pakar pediatrik di Hospital Kanak-kanak Ann & Robert H. Lurie Chicago; dan Dr. Aaron E. Carroll, seorang profesor pediatrik di Indiana University School of Medicine – untuk mendapatkan nasihat mengenai cara mendisiplinkan kanak-kanak dengan berkesan, dan menenangkan diri ketika anda sedang marah. Inilah nasihat terbaik mereka.
Tetap konsisten. Sekiranya ramai penjaga menjaga anak-anak anda, kata Dr Heard-Garris, minta semua orang melaksanakan standard mendisiplin yang sama. “Membincangkan peraturan yang stabil dan konsisten adalah langkah pertama sebelum anda membincangkan mengenai pendekatan sebenar mengenai disiplin,” katanya. Sekiranya Nenek mempunyai peraturan yang berbeza daripada Ayah, anak anda yang berusia 3 tahun mungkin keliru (atau, menurut pengalaman saya, penggunaan standard yang berbeza boleh merosakkan keseluruhan sistem).
Gunakan pengukuhan positif. Apabila anak-anak anda berkelakuan baik, Dr. Carroll berkata untuk memuji mereka atas kebaikan itu dan bukannya menghukum mereka atas apa yang buruk dan ketika memarahi anak. “Lebih penting untuk menghargai tingkah laku yang baik daripada menjadi negatif,” kata Dr. Carroll.
Cuba had masa. Kedua-dua pakar pediatrik mengatakan bahawa disiplin yang berkesan adalah bernuansa: yakni bukan semua taktik akan berkesan untuk semua anak. Tetapi kedua-duanya menyebut bahawa had masa ini berkesan kepada kebanyakan keluarga. Peraturan standard adalah satu minit untuk setiap tahun anak. Oleh itu, jika anak anda yang berusia 2 tahun tidak berhenti melompat di sofa, dia harus pergi ke biliknya selama dua minit sebagai hukuman. Sebutkan tingkah laku negatifnya ketika anda mendisiplinkan mereka, jadi dia faham mengapa dia dihukum. Misalnya, “kamu tidak berhenti melompat di sofa, jadi kamu perlu duduk dalam bilik ketika had masa.” Sekiranya dia bersikap tidak baik di sekolah dan anda memberinya had masa lima jam kemudian, Dr. Heard-Garris berkata, itu tidak akan berjaya.
Sekiranya anak-anak buat perangai ketika di luar, sebutkan tingkah lakunya itu dan singkirkan dia dari keadaan itu. “Jika anda tidak berhenti mengusik tin dari rak, kami akan meninggalkan kedai,” lalu pergi. (Walau bagaimanapun, Dr. Carroll mengatakan bahawa satu tempat di mana semua pertaruhan tidak lagi berguna adalah di dalam kapal terbang, ia merupakan satu mimpi buruk di langit.)
Sekiranya masa tamat atau had masa ini tidak berkesan, ada alternatif lain. Sekiranya dia naik tantrum kerana alat permainan atau barang, ambil barang itu daripadanya. Anda juga boleh mencuba mengalihkan tingkah laku mereka. “Kamu tidak boleh melompat di sofa, tetapi kamu boleh melompat di atas lantai.” Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, mungkin juga mencuba bermain peranan, kata Dr. Heard-Garris. Tanyakan kepada anak anda, “jika anda mempunyai kesempatan lain, bagaimana anda meminta apa yang anda inginkan dengan cara yang lebih baik?”
Luangkan masa untuk anda juga. Sekiranya anak anda mendorong anda ke satu tahap di mana anda merasa anda tidak dapat bertindak tanpa memukul atau menengking, luangkan sedikit masa. “Bergantung pada perangai kanak-kanak, anda mungkin selalunya hilang sabar setiap hari,” kata Dr. Heard-Garris.
Cari orang lain untuk mengawal keadaan, jika ada, cadang Dr. Carroll. Katakan kepada mereka, “Anda harus mengatasi ini, atau saya akan hilang sabar.” Dan tinggalkan tempat kejadian sehingga anda tenang.
Sekiranya anda bersendirian, cuba lakukan perkara yang sama. “Saya menyarankan agar ibu bapa meluahkan perasaan mereka sendiri,” kata Dr Heard-Garris, dan ia dapat membantu anak-anak anda melakukan hal yang sama. Anda boleh mengatakan seperti, “Ibu benar-benar kecewa sekarang kerana X, Y dan Z. Ibu mahu mengambil masa dua minit untuk bertenang. Ibu sangat memerlukan rehat ini.” Atau, cuba panggil rakan atau ahli keluarga untuk berbual dengan anda pada waktu itu, supaya anda dapat menjauhkan diri dari perasaan marah itu. “Anda hanya memerlukan ruang untuk menenangkan diri sebelum dapat berinteraksi lagi,” kata Dr. Heard-Garris.
“How to Discipline Without Yelling or Spanking” oleh Jessica Grose © 2020 The New York Times Company
Artikel ini telah disiarkan pada 2 April 2020 dalam NYT Parenting.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkesan-memukul-anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!