Ayah Yang Sering Baca Buku Bersama Anak Beri Kesan Unik Berbanding Ibu, Ini Faktanya!

Tahukah ayah bahawa amalan membaca buku cerita bersama anak setiap hari merupakan salah satu cara untuk merangsang otak dan daya imaginasi mereka?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam proses membesarkan si manja, ia memerlukan kerjasama yang baik daripada ibu ayah. Siapa sangka di awal usia setahun anda perlu melibatkan diri dalam perkembangan anak-anak dengan kaedah paling simple seperti bermain bersama, kerap berkomunikasi dan membaca buku cerita.

Tidak dinafikan kanak-kanak pada hari ini terdedah penggunaan gajet dalam tempoh masa yang lama. Apa kata anda ubah tabiat ini dengan amalan yang lebih baik di rumah seperti menyediakan pelbagai jenis buku bagi merangsang otak si manja.

Kesan ayah membaca buku cerita bersama anak lebih unik berbanding ibu

credit to sources

Menurut hasil penyelidikan di Australia mendapati ayah yang membaca buku kepada anak-anak di rumah mempunyai kesan unik terhadap perkembangan bahasa si manja.

Penyelidikan dari Institut Penyelidikan Kanak-kanak Murdoch (MCRI) turut menghasilkan buku tentang bagaimana perkembangan bahasa anak dipengaruhi oleh penglibatan ayah mereka.

Para pengkaji mendapati bahawa ketika bapa menjadikan amalan membaca ini sebagai rutin di rumah, perkembangan bahasa si manja berkembang ketika mereka meningkat dewasa. 

Kajian itu berdasarkan data yang diperoleh dari kajian Let’s Read yang dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Australia melibatkan seramai 405 ibu bapa bagi memfokuskan amaln membaca sejak anak berusia 2 tahun dan kemudian menilai kemampuan bahasa dan literasi si manja setelah mereka mencecah 4 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil kajian mendapati ayah yang membaca buku cerita kepada anak seawal usia ini memiliki perkembangan bahasa lebih baik pada usianya 4 tahun. Manakala menurut salah seorang penyelidik di universiti berkenaan, Dr Jon Quach mengatakan bahawa pasukannya ingin memahami peranan amalan membaca dari seorang bapa terhadap perkembangan bahasa dan literasi anak.

Perbezaan cara antara ibu dan ayah

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Ayah adalah seorang yang penting dalam keluarga dan tabiat pembacaan kanak-kanak yang melibatkan orang dewasa sememangnya dapat meningkatkan perkembangan mereka,” jelasnya.

Tambah Dr Quach, hal ini adalah mungkin kerana perbezaan cara ibu ayah dalam melayan karenah si manja dan gaya ketika membaca.

Setiap orang pastinya cenderung menarik perhatian kanak-kanak dengan cara berlainan seperti memberikan perhatian pada kata-kata, mengucapkan sesuatu dalam nada berbeza dan menekankan bahagian cerita mengikut gaya tersendiri.

“Terdapat beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa ayah lebih cenderung memperdengarkan bacaan anak-anak, yang bermaksud mereka membahagikan topik bacaan kepada bahagian yang lebih kecil untuk membolehkan anak lebih memahami bahagian tersebut.”

“Kami menyarankan agar tidak melakukan aktiviti ini dalam keadaan terpaksa dan tidak bersedia kerana anda perlulah memastikan kualiti dan kekerapan membaca sesuai dengan masa,” kata Dr Quach.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Panduan membaca buku untuk anak bawah 6 tahun

Apabila si manja melangkah usia 1 hingga 3 tahun, ia merupakan fasa yang sangat penting kerana di usia inilah mereka mengalami proses pembelajaran pertama dan membentuk daya pemikiran kreatif.

credit to sources

Bukan itu sahaja, pada usia ini juga mereka lebih mudah terpengaruh serta mengikuti apa yang ibu ayah lakukan. Meskipun kemajuan kini mencipta pelbagai aplikasi elektronik, namun ibu ayah perlulah bijak meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengajar anak-anak dengan efektif melalui:

#1. Pendedahan pelbagai cerita kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah hendaklah memastikan anda memilih buku yang memiliki banyak gambar berwarna berbanding tulisan. Jangan baca setiap perkataan dalam buku tersebut untuk bercerita, sebaliknya gunalah bahasa yang mudah untuk si manja memahaminya.

#2. Gaya ketika membaca 

Dengan menambah perbualan dalam cerita dan inotasi yang sesuai pada watak dalam buku, kami pasti si manja akan lebih tertarik untuk mendengar anda bercerita.

Akan tetapi sekiranya anda tidak meletakkan sebarang usaha kreatif, anak akan mengelakkan diri untuk bersama kerana sudah tahu ia adalah aktiviti membosankan.

#3. Membaca berulang-ulang kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teknik paling berkesan untuk anak yang masih kecil adalah melalui kaedah pengulangan. Ibu ayah dinasihatkan untuk tidak terlalu formal seperti duduk bersama, pegang buku dan ajar anak.

Anda boleh selitkan aktiviti ini dengan cara lebih baik supaya otak si manja menerimanya lebih cepat. Sebagai contoh, ketika anak sedang mandi atau duduk bermain. Justeru, ibu ayah perlulah bijak dalam memanipulasikan pemikiran si manja agar mampu belajar dan membaca secara lebih efisien. 

Sumber: First Five Years, Elvina Jane

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comaktiviti-mewarna