Cara Ajar Anak Pertama Terima Adik Baru Dengan Mudah, Ibu Kena Get Ready Lebih Awal

Adik baru yang hadir dalam keluarga boleh membuatkan anak pertama berasa janggal dan tersisih. Ada beberapa tips didik mereka menerimanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran ahli baharu dalam keluarga memberikan aura yang tersendiri kepada ibu ayah. Jika sebelum ini anda sudah ada pengalaman menimang cahaya mata, hal yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana ingin mengajar mereka menerima adik baharu.

Bagi anak yang masih kecil, mereka perlu bersedia untuk berkongsi kasih sayang dan perhatian. Manakan tidak selama ibu ayah hanya fokus pada dirinya, kini keadaan telah berubah dan kadangkala sukar bagi mereka untuk menerimanya.

Kehadiran adik baru dalam keluarga

Terutama buat anak-anak berusia dua tahun ke bawah kerana kebergantungannya terhadap ibu ayah masih kuat. Biasanya anak-anak yang lebih rapat dengan ibu ayah akan cenderung merasakan kehilangan.

Jika anak-anak kecil berasa cemburu dan mula meragam, ketahuilah itu perkara biasa. Bukan mudah bagi mereka untuk menerima keadaan ini, jadi anda perlulah membantu persiapkan mereka menerima adik baharu.

Cara ajar anak terima seorang adik baru

#1. Menyampaikan berita

Dari mulut siapa

Biarlah berita sepenting ini datang dari mulut ibu bapa sendiri dan bukan dari orang lain bagi mengelakkan mereka merasa terpinggir, seolah-olah anda cuba untuk merahsiakannya.

Waktu yang sesuai

Anda mungkin menunggu saat bayi dalam kandungan membesar dan memberi reaksi. Jika si kecil dapat melihat dan merasa pergerakan, itu lebih mudah bagi mereka untuk memahaminya.

Mungkin juga anda ingin memberitahu lebih awal kerana jika anda mula menunjukkan tanda-tanda alahan, tidaklah dia risau kerana tahu sebabnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana untuk memberitahu

Satu cadangan yang baik adalah dengan membacakan pada si kecil tentang bayi. Luangkan masa bersama membaca tentangnya dan tanyakan padanya apa yang ingin diketahui serta perasaannya terhadap bayi.

Ini dapat menjadi titik tolak kepada perbincangan tentang bayi anda sendiri.

#2. Memulakan hubungan

Hubungan antara anak pertama dan bayi yang bakal lahir harus dimulakan seawal bayi dalam kandungan. Mereka juga perlu tahu apa yang akan berlaku apabila bayi dilahirkan dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bawa ke klinik ketika hamil

Membawa si kecil bersama dalam lawatan berkala ketika mengandung juga dapat membantu. Ini dapat membiasakannya merasai kehadiran ahli baru melalui pertemuan dengan doktor, mendengar denyutan bayi kali pertama serta melihat gambar bayi dalam kandungan.

Biasakan dengan bayi

Bagi membantu si kecil mendapat gambaran, bawa dia melawat rakan-rakan yang mempunyai bayi kecil, bacakan buku-buku atau tonton dokumentari tentang bayi dalam kandungan dan imbas kembali saat-saat dia masih kecil sama ada melalui video atau gambar-gambar lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikan ruang untuk dia bertanya soalan sebanyak mungkin. Jelaskan perasaan anda apabila menerima kelahirannya dulu dan begitu juga dengan adik yang bakal lahir.

Bantu persiapan kelahiran

Libatkan anak anda dalam perancangan untuk bayi. Ini akan membuatkan dia kurang cemburu. Biarkan dia membeli-belah dengan anda untuk barangan bayi. Tunjukkan gambar bayinya sendiri.

Jika ibu ayah akan menggunakan beberapa barang bayi lamanya, biarkan dia bermain seketika sebelum anda menyediakannya untuk bayi baru. Beli anak anda (lelaki atau perempuan) anak patung supaya dia boleh menjaga ''adiknya".

Selain itu, libatkan anak pertama anda dengan beberapa persiapan menyambut bayi, seperti menyiapkan beg ibu untuk ke hospital, memilih nama untuk bayi dan bersedia dengan panggilan kecemasan jika perlu.

Jelaskan jangkaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi membantu anda berdua menghadapi hari-hari awal setelah bayi dilahirkan, bincang dan jelaskan kepadanya apa yang dia harus jangkakan.

Antaranya keadaan ibu yang lemah selepas melahirkan, keadaan bayi yang akan sering menangis dan keperluan untuk menyalin lampin bayi serta menyusu secara kerap.

Ini dapat membantu si kecil untuk faham mengapa masa ibu akan lebih banyak bersama bayi berbanding dirinya.

#3. Beri peluang untuk anak mendekati adiknya

Setelah bayi dilahirkan, perkara yang penting bagi anda adalah membantu anak sulung berkenalan dan menerima kehadiran adik baharu mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sediakan hadiah istimewa

Apabila bayi baru lahir, cuba lakukan sesuatu yang istimewa untuk anak anda yang lebih tua. Yakinkan dia bahawa anda masih menyayanginya.

Beberapa idea termasuk memberinya hadiah istimewa, membenarkan dia meluangkan masa bersendirian dengan ayah, nenek atau orang dewasa istimewa lain, atau membawanya ke taman yang disukai.

Memperkenalkan bayi

Bawa anak pertama melawat ibu dan bayi seawal mungkin sebelum menerima lawatan daripada orang lain. Lebih baik jika ayah yang mendukung bayi manakala ibu bersama si kecil.

Peluk dan ciumlah dia saat memperkenalkan kepada bayi.

Kekalkan rutin

Sedapat mungkin, kekalkan rutin harian bersama si kecil seperti sebelumnya. Elak menjadikan bayi sebagai alasan. Sebaliknya libatkan sikecil sebagai peneman atau pembantu agar dia tidak akan terasa bayi mengambil masanya.

Berikan pujian apabila selesai seperti, “Untunglah adik, ada abang yang pandai jaga dia”.

Bantu jalinkan hubungan

Si kecil mungkin merasa malu untuk berada disamping anda dan bayi. Galakkan dia untuk berinteraksi dengan bayi sebanyak mungkin, baring bersama dan berpelukan.

Sentuhan dan kemesraan begini memudahkan penerimaan dan membina hubungan baik antara keduanya.

Luangkan masa bersama

Sebaik manapun anda menjaga hubungan dengan anak pertama, dia tetap akan merasa terpinggir. Jadi, cuba dapatkan masa untuk bersamanya sedapat mungkin.

Anda juga boleh minta keluarga dan rakan-rakan meluangkan sedikit masa dan beri perhatian pada anak yang lebih tua apabila mereka datang ke rumah melawat bayi baru lahir.

Ini akan membantu mereka berasa istimewa dan tidak terpinggir oleh orang sekeliling. 

Perhatikan reaksinya

Jika anak pertama menunjukkan reaksi negatif, bantu dia untuk meluahkan perasaan melalui perkataan. Galakkan dia untuk bercakap dan jangan sekali-kali abaikan perasaannya.

Tanda anak sulung nak dapat adik

Kaunselor keluarga, Zumasni Rajikin berkata, jarak usia setiap kelahiran anak memainkan peranan sangat besar dalam hal ini.

“Jarak usia dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang besar kepada anak sulung manakala jarak usia lima tahun ke atas atau 18 bulan ke bawah mempunyai risiko lebih rendah.

“Kebanyakan anak sulung akan mula menunjukkan perubahan sikap ketara seperti meragam, menangis atau sentiasa dalam keadaan tidak kena disebabkan mahu menarik perhatian ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, situasi itu sebenarnya sudah mula terjadi ketika si ibu hamil. Ia akan lebih ketara jika si ibu dan ayah asyik menggambarkan rasa tidak sabar menerima kehadiran anak kedua di depan si kecil.

“Cemburu bukanlah perasaan utama yang wujud pada diri anak sulung anda. Jadi, jangan terlalu bimbang kerana anak akan mula menyayangi adiknya dan melihat adik sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian walaupun mungkin mengambil tempoh lama.

“Paling penting jangan memarahi mereka terutama kepada anak sulung yang baru berusia dua atau tiga tahun kerana tindakan ini akan lebih memburukkan keadaan.

“Cuba tunjukkan bahawa kasih sayang anda kepadanya tidak berkurang. Situasi ini perlu ditangani sebaik mungkin dan paling utama jangan mengeluh dan menjadikan anak sulung sebagai sasaran segala kepenatan dan kemarahan anda,” katanya.

Semoga bermanfaat.

Kredit foto: Mommies Daily, haibunda

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tetamu Suka Mengusik Bila Datang Melawat, Anak Terasa Hati & Jadi Benci Adik Baru 

Baca juga:  16 Foto Abang Dan Kakak Yang Tidak Puas Hati Dengan Kehadiran Adik Baru

Baca juga: Bayi Tembam & Gemuk Memang Comel, Tapi Si Manja Berisiko Masalah Kesihatan?