Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini, No 1 WAJIB Tau!

Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan yang sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata pasti inginkan keluarga yang bahagia. Sebab itu kita sanggup berusaha untuk mengetahui apakah ciri-ciri keluarga bahagia agar itu juga realiti hidup kita.

Kita sanggup lakukan apa sahaja untuk kecapi kebahagian kerana ia lebih kekal daripada wang dan harta. Keluarga bahagia sebenarnya bukanlah sekumpulan orang dewasa dan kanak-kanak yang berkumpul dan tinggal di dalam satu rumah semata-mata. Ia satu daripada ikatan kasih sayang yang suci yang terjalin bersama pasangan manakala anak-anak pula adalah amanah dari Tuhan.

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia Untuk Kebahagian Selamanya

Kredit: Freepik

Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu kita harus faham tentang ciri ciri keluarga bahagia sebelum membina keluarga kita sendiri.

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan asas dan ciri ciri keluarga bahagia ini? Sebenarnya, ciri ciri keluarga bahagia ini hanyalah perkara yang tampak kecil dalam kehidupan harian kita namun, impak jangka masa panjangnya sungguh besar.

Jom kita baca, apa 5 perkara kecil yang boleh menjadi ciri ciri keluarga bahagia seperti di bawah:

Ciri-ciri keluarga bahagia #1: Sembahyang bersama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

Sembahyang adalah tiang agama. Terjaga sembahyang kita, maka terjagalah perilaku kita.

Bila kita sentiasa ingat Tuhan (dengan bersembahyang), kita akan takut untuk melakukan perkara yang dilarang agama. Selain itu, bagaimana sembahyang bersama boleh membahagiakan keluarga?

Jadikan waktu sembahyang sebagai waktu bersama keluarga. Sembahyang berjemaah bersama-sama pasangan serta anak-anak dan gunakan waktu ini untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itulah ciri ciri keluarga bahagia yang paling utama!

Baca juga: 5 Aktiviti Permainan Keluarga Ini Baik Untuk Meningkatkan Tahap IQ Anak, Ibu Bapa!

Ciri-ciri keluarga bahagia #2: Sentiasa ingati sifat baik

Kredit: Freepik

Jika kita sentiasa mengingati perkara yang baik tentang ahli keluarga kita, kita akan lebih memahami jika salah seorang ahli keluarga mengalami masalah dan menjadi negatif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini akan membuatkan kita lebih prihatin dengan kelakuan ahli keluarga kita.

Prihatin amat penting dalam hubungan kekeluargaan bagi mengukuhkan lagi kasih sayang antara keluarga. 

Jadi, kalau anda ingin membina keluarga bahagia, jangan lupa ciri ciri keluarga bahagia yang satu ini, ya!

#3: Makan bersama

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya, waktu makan bersama keluar sangat penting. Ketika ini juga, pastikan gangguan gadjet dijauhkan.

Membaca doa bersama, kemudian bercerita tentang hari masing-masing, merancang aktiviti bersama di meja makan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Jadikan makan bersama sebagai suatu kebiasaan, setiap ahli keluarga pasti akan rasa kekurangan jika salah seorang tiada.

#4: Buat kerja rumah bersama

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain waktu makan bersama, melakukan kerja rumah bersama juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Malah dengan bergotong-royong ataumelakukan kerja rumah, ia dapat meringankan beban si ibu atau isteri yang telah penat memasak dan menyiapkan kerja rumah yang lain.

Apabila ibu dan bapa bekerjasama menguruskan hal rumah, ini akan menunjukan contoh yang baik untuk anak-anak. Mereka juga akan melakukan yang sama nanti.

#5: Keluar bersama keluarga

Kredit: Pexels

Aktiviti luar bersama keluarga adalah amat digalakan kerana bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malahan dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

Lakukan aktiviti seperti berkelah, beriadah atau bermain bersama. Melakukan aktiviti bersama dapat membina kenangan indah serta menjadikan hubungan kekeluargaan lebih istimewa.

Cubalah amalan lima perkara ini dan nilai sendiri perbezaan yang anda dapat lihat pada keluarga anda.

Sesuatu yang positif akan menghasilkan hasil yang positif, termasuklah perkara-perkara ini. Selamat beramal.

Baca juga: Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!

Penulis

Aqma