V, J, L & N- Pasangan Ini Letak Nama Anak Guna Satu Huruf Sahaja Untuk Senang Ingat

Menamakan anak dengan satu huruf sahaja merupakan sesuatu yang begitu unik dan mungkin tidak dilakukan oleh ibu ayah lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hanya menamakan anak dengan 1 huruf, itulah yang dilakukan pasangan suami isteri dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur di Indonesia yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tiada alasan letak nama anak dengan 1 huruf
  • Bapa percaya nama ringkas pembawakan tidak berat
  • Hukum letak nama anak selain nama Arab
  • Berikan nama baik, tiada unsur syirik

Difahamkan pasangan tersebut, Sukari dan Wahyuningsih meletakkan nama empat orang anak mereka iaitu V(16), J(11), L(5) dan N(2).

Tiada alasan menamakan anak dengan 1 huruf

Menjelaskan dengan lebih lanjut kepada pihak media, Sukari memberitahu, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih 1 huruf sahaja untuk nama empat anak mereka.

“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.

“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup mereka,” jelasnya.

Tidak bercadang tukar nama anak, percaya ia jadi pembawa rezeki

Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menukar nama anak-anak kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.

“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat. Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya.

Hukum letak nama anak selain nama Arab

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah pastinya mahukan nama anak baik dengan maksudnya juga baik. Sudah menjadi kebiasaan terutama orang Melayu beragama Islam meletakkan nama anak dengan nama Arab.

Namun ada juga dalam kalangan ibu ayah tidak meletakkan nama yang berasal daripada perkataan Arab, asalkan ia memberi maksud yang baik. 

Perkara ini telah diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Menerusi jawapan daripada soalan;

Apa hukum menamakan anak dengan nama orang ‘Ajam (bukan Arab) seperti Richard, Bunga, Kuntum, Cheng Ho, Ramasamy?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, di dalam Islam tatkala anak dilahirkan, maka hendaklah ibu bapa menamakan anaknya dengan nama yang baik dan nama yang tidak dihambakan selain kepada Allah SWT.

Begitu juga nama yang tidak ada unsur takabbur, bongkak dan buruk. Justeru menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.

Berdasarkan persoalan di atas, selama mana nama tidak diertikan dengan sebarang bentuk syirik atau seperti yang dinyatakan di atas, maka hukumnya adalah dibolehkan.

Inilah pendapat kebanyakan fuqaha’ sekalipun nama yang afdal dengan dihambakan kepada Allah atau yang dipuji.

Berikan nama baik, tiada unsur syirik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mencadangkan supaya memberi  nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik serta ada harapan dan doa untuk anak yang dinamakan itu.

Pihak mufti juga menyarankan agar nama-nama yang diberikan perlu berbeza daripada nama yang bukan Islam.

"Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama.''

''Tujuannya supaya tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya," demikian penjelaskan tersebut. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 97 Nama Yang Tidak Digalakkan Diletak Kepada Bayi Beragama Islam, Bawa Maksud Kurang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 5 Doa Banyakkan Susu Ibu - Jika Diamal Selalu, Susu Pasti Akan Lebih Lancar

Baca juga: Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan