Sepanjang kehamilan, para ibu dinasihatkan untuk sentiasa aktif bagi mengekalkan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Justeru tahukah anda akan manfaat menari ketika mengandung?
Biasanya ketika kemas rumah sambil mendengar muzik, kita akan cenderung turut sama menyanyi dan menggerakkan badan seolah-olah menari. Sebenarnya ia bagus untuk diri anda serta bayi dalam kandungan juga.
Ibu mengandung menari
Senaman sederhana dan tetap semasa kehamilan boleh membantu:
- mengurangkan sakit belakang
- memudahkan proses bersalin
- mengurangkan pertambahan berat badan yang berlebihan
- meningkatkan kesihatan anda dan bayi.
Semasa kehamilan anda, doktor pakar sakit puan atau bidan anda mengesyorkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Dengan senaman dan gerakan yang betul anda dapat memperoleh manfaat seperti:
- Tidur yang lebih baik
- Kekuatan otot
- Tenaga bertambah
- Keletihan berkurangan
- Mengekalkan tahap kecergasan
- Mengekalkan peredaran darah dan denyutan jantung yang sihat
Kekalkan keseimbangan anda semasa perut anda membesar
Beberapa aktiviti yang selamat dilakukan semasa anda hamil:
- Menari
- Berenang
- Yoga
- Berjalan
- Aerobik Ringan dan Impak Rendah
Adakah menari ketika mengandung selamat?
Ya! Bukan sahaja menari merupakan bentuk senaman yang selamat semasa anda hamil, ia juga merupakan cara yang sangat menyeronokkan untuk bersenam.
Sebelum anda mempertimbangkan kelas tarian atau sebarang senaman lain semasa anda hamil, pastikan mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya!
Menari membolehkan anda meningkatkan fleksibiliti dan nada otot sambil bergerak mengikut rentak muzik yang anda gemari.
Menari semasa trimester pertama
Beberapa petua untuk menari pada trimester pertama kehamilan anda:
- Lakukan regangan. Anda harus membiasakan diri untuk melakukan regangan secara teratur. American College of Sports Medicine mengesyorkan bahawa anda perlu meregangkan setiap kumpulan otot utama sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama 60 saat.
- Memanaskan badan dengan betul. Tanpa pemanasan yang betul, anda boleh menegangkan sendi dan ligamen. Selain itu ia boleh mengakibatkan kecederaan dan peningkatan kadar denyutan jantung yang pantas
- Perlahan-lahan. Laraskan keamatan gerakan tarian anda mengikut perasaan anda. Jika rasa letih dan sakit akibat pergerakan tertentu, berhentilah seketika. Ketahui had anda dan jangan terlalu memaksa diri anda!
Menari semasa trimester kedua dan ketiga
Apabila perut hamil ibu semakin besar, anda mungkin perlu membuat pengubahsuaian pada rutin tarian. Apabila setiap minggu berlalu, pusat graviti anda juga berubah.
- Elakkan pergerakan yang menyebabkan anda berasa tidak stabil dan perlahan jika anda merasakan anda kehilangan keseimbangan.
- Jika berada dalam kelas tarian berkumpulan, pastikan anda mempunyai jarak tangan dan kaki antara anda dan orang lain. Anda tidak mahu mengambil risiko kecederaan dengan disepak atau ditolak secara tidak sengaja.
- Anda amat disyorkan untuk kerap berjumpa doktor bagi mengelakkan sebarang bahaya kesihatan dan memastikan anda masih selamat untuk menari.
- Amalkan diet yang sihat semasa trimester ini. Perlu diingat, bukan anda seorang sahaja yang memerlukan pemakanan yang betul sekarang!
- Elakkan terlalu panas berlebihan dan cari udara segar dan pengudaraan yang betul.
Jenis tarian untuk ibu hamil
Adalah sangat disyorkan untuk memilih tarian yang dipantau oleh pengajar tarian yang berpengalaman dengan kehamilan.
Ballroom dan Salsa Dancing ialah cara terbaik untuk menaikkan kadar denyutan jantung anda semasa anda bergerak di atas lantai.
Anda dan pasangan tarian mungkin perlu menyesuaikan pergerakan semasa perut semakin membesar.
- Pakai kasut yang sesuai untuk gaya tarian yang akan anda lakukan. Kaki boleh membengkak dan menjadi lebih besar semasa mengandung. Menari boleh mengurangkan jumlah bengkak.
Jika anda memilih tarian ballroom, pastikan anda mengelakkan sebarang mengangkat berat! Jika jenis kelas tersebut tidak tersedia, kelas aerobik tarian intensiti rendah juga disyorkan.
Elakkan perkara ini ketika menari
Walaupun jenis tarian yang disyorkan mempunyai banyak kebaikan, terdapat jenis tarian yang boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.
Sebagai contoh, mana-mana tarian yang memerlukan pengangkatan berat, tersentak secara tiba-tiba, melompat, atau berpusing harus dielakkan ketika mengandung.
Bukan itu sahaja, tarian urban dan hip-hop harus dielakkan sepenuhnya, kerana ia mempunyai kemungkinan besar untuk membuat anda tersandung atau terjatuh akibat hentakan pergerakan yang terlibat secara tiba-tiba.
Menari semasa hamil sepatutnya bersifat membantu mengekalkan kesihatan anda dan tidak boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!
Baca juga: Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi
Baca juga: Nama Bayi Lelaki Jawa Berserta Makna Baik, Sesuai Untuk Kekalkan Keturunan Keluarga