12 Cara Mencegah Kehamilan Setelah Berhubungan Intim Yang Paling Berkesan

Cara mencegah kehamilan ada pelbagai cara. Namun sejauh mana keberkesanannya untuk elak mengandung perlu dicuba sendiri ibu hamil.

Bagi anda yang sudah mendirikan rumah tangga perlulah menunaikan nafkah zahir dan batin apabila bersama pasangan. Apabila menyentuh isu di ranjang, mungkin sesetengah suami isteri tidak bersedia mendapatkan cahaya mata. Justeru, ada beberapa cara mencegah kehamilan boleh dipraktikkan. 

Cara Mencegah Kehamilan Ketika Menikmati Seks

Menunda kehamilan sebenarnya tidak salah jika anda dan pasangan berdepan masalah kesihatan, perlu menamatkan belajar atau kewangan masih belum stabil. Walau bagaimanapun, ia memerlukan disiplin yang tinggi dari kedua-dua pihak.

Antara teknik bagi mencegah kehamilan ialah:

1. Melakukan Posisi Woman On Top

Kebiasaannya, suami akan berada di atas untuk melakukan aksi ketika seks. Ia adalah gaya yang paling asas terutamanya bagi pasangan yang kurang berpengalaman dan ingin mengurangkan rasa sakit. Dengan melakukan seks dalam posisi woman on top ini, isteri hendaklah menguasai segala pergerakan dan kelajuan. Caranya adalah suami perlu baring secara terlentang dan isteri duduk di atas.

Kemudian penetrasi boleh dibuat dengan isteri mengawal kadar dan kedalaman tusukan zakar suami. Keadaan ini dipercayai mampu mengelakkan kehamilan kerana pancutan air mana memerlukan masa lama untuk sampai ke pangkal rahim. Kesannya, ia boleh melambatkan proses persenyawaan.

2. Gaya 69

Jika yang tidak tahu tentang posisi seks ini, ia adalah di mana anda berbaring dan pasangan berbaring di atas dalam keadaan terbalik. Secara lebih ringkasnya ialah kepala anda dan pasangan tidak bersemuka antara satu sama lain, namun menghadap kemaluan masing-masing.

Gaya ketika bersetubuh ini menyebabkan proses penetrasi tidak berlaku. Nafsu anda dan suami dapat dipuaskan dengan menyentuh dan menjilat kemaluan pasangan masing-masing. Jadi, jangan risau lagi akan risiko kehamilan kerana air mani suami tidak akan dilepaskan ke dalam faraj.

3. ‘Melepaskan’ Air Mani Di Luar

Pasangan suami isteri boleh mencuba cara paling mudah dan dijamin berkesan ini. Kaedah ejakulasi di luar faraj atau pancut luar dapat mengelakkan kehamilan berlaku.

Caranya adalah ketika suami berada dalam tahap klimaks, keluarkan zakar daripada zakar dan lepaskannya di luar atau atas kain tuala. Hal ini adalah untuk memastikan air mani tidak terpancut dalam faraj dan menyebabkan berlakunya proses persenyawaan.

4. Show And Tell

Gaya bercinta ini bukanlah posisi seks klasik yang sudah diketahui ramai pasangan berkahwin seperti doggy style, missionary dan woman on top. Namun ia cenderung kepada merangsang nafsu pasangan. Perbezaannya dengan onani, anda perlu melakukannya bersama-sama pasangan dengan hanya membaringkan tubuh di sebelah suami sambil bersemuka.

Kemudian gunakan tangan untuk menyentuh serta merangsang pasangan secara lembut dan perlahan-lahan. Anda juga boleh menggunakan bibir bagi mencium atau menjilat kemaluan pasangan. Pastikan suami melepaskan air mani sepuasnya. Gaya penuh romantik ini tidak hanya mampu memuaskan nafsu suami, tetapi dapat mengelakkan ‘lekat’.

5. Elak Waktu Subur

Mengesan kitaran kesuburan bulanan anda boleh membantu anda mencegah kehamilan. Jika anda mengetahui hari mana anda subur dengan alat seperti suhu badan asas, lendir serviks dan kalendar serta kita mengesan kesuburan anda boleh mengelak daripada melakukan hubungan seks supaya anda kurang berkemungkinan hamil.

Kitaran subur setiap wanita adalah berbeza dan memerlukan seseorang wanita itu peka dengan keadaan tubuhnya. Disebabkan itu ramai yang mencadangkan kita mengesan kesuburan sebelum melakukan seks sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah kehamilan.

6. Ejakulasi Di Luar

Ini yang biasa dipanggil pancut luar. Ada pasangan yang mendakwa mereka tidak menikmati seks jika menggunakan kondom. Jadi ini antara cara yang boleh dilakukan tetapi agak berisiko jika suami tidak boleh mengawal ejakulasinya.

Ada pasangan yang memang menggunakan cara ini untuk mengawal kehamilan kerana mereka tidak mahu menggunakan cara lain seperti makan pil dan sebagainya.

7. Morning After Pill

Makan pil postinor antara kaedah yang menjadi pilihan wanita bagi mengelak hamil selepas melakukan hubungan seksual bersama suami. Mereka yang memilih cara ini biasanya tidak menggunakan kaedah perancang keluarga yang tetap seperti makan pil perancang.

Memang tidak dinafikan ramai yang mengakui keberkensanan pil postinor ini. Namun, sudah pasti ada baiknya anda dapatkan dulu nasihat dan pandangan doktor terhadap kesannya kepada kesihatan anda. Ia digunakan ketika kecemasan saja iaitu selepas membuat hubungan kelamin, untuk mereka yang tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang keluarga yang berkesan. Sebagai contoh:

  • Jika kondom yang digunakan itu didapati berlubang atau terkoyak, atau
  • Jika alat merancang dalam rahim (Intrauterine contraceptive device, IUCD) terjatuh keluar
  • Jika terlambat ambil suntikan depo provera
  • Jika terlambat tukar implan selepas 3 tahun
  • Jika terlupa ambil pil perancang combined oestrogen dan progestogen melebihi dua hari
  • Jika terlupa ambil pil perancang progestogen melebihi satu hari

8. Suntikan

Suntikan mencegah kehamilan antara cara agar tidak hamil yang boleh digunakan oleh pasangan di luar sana. Ia adalah cara mencegah kehamilan setelah berhubungan seks. Suntikan mengandungi versi sintetik hormon progestogen. Ia biasanya disuntik ke punggung atau lengan wanita, dan dalam tempoh 12 minggu selepas itu ia akan perlahan-lahan masuk ke dalam aliran darah. 

Kelebihan suntikan ini adalah ia bertahan sehingga tiga bulan dan dikatakan sangat berkesan dan tidak mengganggu hubungan seks. Tetapi ia juga boleh menyebabkan haid terganggu atau darah haid tidak teratur dan juga memerlukan anda untuk sentiasa memantau haid anda.

9. Cincin Perancang/Cincin Vagina

Kaedah ini terdiri daripada cincin plastik fleksibel yang sentiasa mengeluarkan hormon yang diletakkan di dalam faraj oleh wanita. Ia kekal di tempat selama tiga minggu, dan kemudian anda boleh mengeluarkannya. Anda boleh kekal tanpa cincin selalu seminggu kemudian masukkannnya semula. Cincin itu membebaskan hormon estrogen dan progestogen. Ini adalah hormon yang sama digunakan dalam pil kontraseptif oral gabungan, tetapi pada dos yang lebih rendah.

Anda boleh memasukkan dan mengeluarkan cincin faraj sendiri; kaedah kontraseptif ini mempunyai sedikit kesan sampingan, membolehkan kawalan haid anda dan membolehkan kesuburan anda kembali dengan cepat apabila cincin ditanggalkan.

10. Kondom

Kondom iaitu kaedah kontraseptif barrier menghalang sperma daripada memasuki rahim.

11. IUD (Intrauterine Device)

IUD hormon ialah alat berbentuk T yang diletakkan dalam rahim dan melepaskan hormon untuk menghalang kehamilan manakala IUD Tembaga adalah alat berbentuk T yang menghalang sperma daripada membuahi telur dengan cara mekanikal.

12.Patch Kontraseptif

Pelekat yang dilekatkan pada kulit dan melepaskan hormon secara berterusan. Dapatkan nasihat doktor mengenai cara penggunaannya.
Rangkaian Kontraseptif: Alat seperti NuvaRing yang dimasukkan ke dalam faraj dan melepaskan hormon.

  1. The American College of Obstetricians and Gynecologists (October, 2020). Progestin-Only Hormonal Birth Control: Pill and Injection. www.acog.org/womens-health/faqs/progestin-only-hormonal-birth-control-pill-and-injection
  2. National Library of Medicine (Sept, 1998). Emergency contraception: Preventing pregnancy after you have had sex. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2851378/
  3. Queensland Government (October 9, 2019). 9 types of contraception you can use to prevent pregnancy. www.health.qld.gov.au/news-events/news/types-contraception-women-condoms-pill-iud-ring-implant-injection-diaphragm

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Postinor Bukan Kaedah Merancang Keluarga Yang Boleh Diguna Setiap Hari, Ini Sebabnya…

Baca juga: Benarkah Penyusuan Badan Ekslusif Boleh Cegah Kehamilan Rapat? 3 Cara Rancang Hamil

Baca juga: Ini Pil Perancang Yang Selamat Untuk Dimakan Ketika Menyusu Anak, Susu Takkan Terjejas!