Banyak ibu-ibu menyusu yang sering risau dan tertanya-tanya, ada ke pil perancang untuk ibu menyusu yang takkan menjejaskan kuantiti susu badan.
Hal ini kerana, kita selalu dengar nasihat yang mengatakan pil perancang boleh menjejaskan susu badan dan kesihatan bayi baru lahir anda. Jadi, pil perancang untuk ibu menyusu apa yang selamat?
Jangan percaya dengan mitos yang mengatakan ketika menyusu, anda tidak boleh hamil. Anda sebenarnya masih berpeluang untuk hamil, walaupun ketika menyusu badan!
Menurut Mayo Clinic, pil perancang adalah salah satu cara kontrasepsi yang paling berkesan untuk mencegah kehamilan, walaupun ketika menyusu.
Pil perancang terdiri daripada 2 jenis: pil progestin dan pil kombinasi. Pil progestin adalah pil yang menggunakan progestin, bahan tiruan untuk hormon progesteron semata-mata.
Manakala pil perancang kombinasi pula adalah pil yang mengandungi hormon estrogen malah progesteron.
Pil Perancang Untuk Ibu Menyusu: Pil Mana Yang Selamat Dan Tak Menjejaskan Susu Badan?

Menurut Ask Dr Sears, dan Prof Madya Dr. Harlina Siraj, ibu menyusu selamat untuk mengambil pil perancang, namun ia bergantung kepada jenisnya.
Pil perancang yang mengandungi estrogen dan progestin tidak digalakkan untuk ibu menyusu kerana estrogen akan menjejaskan penghasilan susu badan.
Hal ini kerana estrogen bersifat songsang daripada hormon prolaktin yang menghasilkan susu. Jika hormon estrogen tinggi dalam badan, maka penghasilan susu badan pun akan terganggu.
Akan tetapi, pil progestin (lebih dikenali sebagai pil mini) selamat untuk digunakan. Buat masa kini, masih belum ada kajian yang membuktikan pil progestin mampu mempengaruhi penghasilan susu.
Malah, sains juga tiada bukti yang mendapati hormon tiruan progestin ini mampu membahayakan susu badan pada bayi.
Pil Perancang Untuk Ibu Menyusu: Tips Selamat Untuk Makan Pil Perancang Ketika Menyusu Badan

Ha… sekarang lepas anda tahu apa pil perancang untuk ibu menyusu yang selamat, ambil tahu juga tentang tips pemakanan pil perancang yang betul.
Penting untuk anda tahu, pil yang mengandungi progestin sedikit kurang efektif untuk mengawal ovulasi berbanding pil kombinasi estrogen dan progestin.
Akibatnya, anda perlulah mengambil pil perancang progestin ini mengikut saranan doktor dan ia harus dimakan pada waktu yang sama setiap hari.
Pakar juga menyarankan ibu menyusu agar menunda penggunaan sebarang pil perancang setidak-tidaknya sehingga 6 minggu lepas bersalin.
Ada 2 alasan kenapa:
- Ia mematangkan pola menyusu bayi sebelum ibu makan pil perancang
- Ia mematangkan tubuh bayi agar metabolisme tubuhnya mampu melawan kandungan hormon dalam pil perancang ibu yang masuk dalam susu badan
Jika anda ingin ambil pil perancang jenis kombinasi, anda dinasihatkan untuk tunggu sehingga 6 bulan lepas bersalin untuk berjaya menyusu bayi dengan lancar.
Pil Perancang Untuk Ibu Menyusu: Apa Kaedah Perancang Keluarga Lain Yang Selamat?

Amaran: Jika anda mengalami penurunan susu badan, atau berat badan bayi tak konsisten lepas anda makan pil perancang, hentikan pengambilan pil tersebut buat sementara waktu dan lihat hasilnya.
Kemudian, tanya dan bincang dengan doktor tentang pil perancang untuk ibu menyusu mana yang sesuai.
Jika anda masih ragu-ragu untuk mengambil pil perancang ketika menyusu, tiada salahnya jika anda mencuba kaedah perancang keluarga yang lain.
Antara kaedah perancang keluarga yang selamat ketika anda menyusu badan adalah seperti:
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk follow page theAsianparent Malaysia di Facebook untuk mengetahui pelbagai info berguna yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!