Rasakan! Padah Mencuri Di Dusun Orang, Mulut Pencuri Disumbat Kulit Durian!

Kegilaan rakyat Malaysia membeli durian ketika musim 'raja buah' itu ketika ini, mungkin membuatkan dua lelaki ini tekad mencuri durian di dusun orang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegilaan rakyat Malaysia membeli durian ketika musim ‘raja buah’ itu ketika ini, mungkin membuatkan dua lelaki ini tekad mencuri durian di dusun orang lain. 

Malangnya, mereka mungkin langsung tidak sangka perbuatan terkutuk itu akan terbongkar, bukan saja berputih mata kerana ditangkap, malah mulut pula disumbat kulit durian!

Mencuri durian, mulut ‘berduri’

Kejadian berlaku di sebuah dusun di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering Taiping Perak. Dua lelaki berkenaan yang leka mengutip durian di dusun itu pada waktu awal pagi Sabtu lalu diberkas pemilik dusun itu sendiri. 

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pemilik dusun berusia 69 tahun bersama rakannya serta penduduk kampung berjaya memberkas suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat ketika kejadian,  pemilik kebun berkenaan bersama dua rakannya pergi ke dusunnya di kampung itu untuk mengutip durian.

“Tetapi sebaik tiba, mereka ternampak kenderaan Toyota Hilux serta kelibat dua lelaki sedang leka mencuri dan mengutip durian di dusun itu.

“Kedua-dua suspek  kemudian memasukkan durian ke dalam raga di bahagian belakang kenderaan berkenaan,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, apabila melihat kejadian itu, pemilik dusun bertindak memanggil penduduk kampung lain lalu menangkap suspek.

“Hasil pemeriksaan menemui raga yang mengandungi 30 biji durian dianggarkan bernilai RM500,” katanya. 

Katanya, dusun dianggarkan seluas empat hektar dan tidak berpagar itu diusahakan oleh pengadu sendiri sejak 10 tahun lalu.

Mengaku curi durian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua-dua suspek mengaku telah mencuri durian berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Changkat Jering untuk siasatan.

Polis turut merampas kenderaan itu bersama durian. Suspek direman selama tiga hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

Kenapa durian ini istimewa? Sehingga ada yang sanggup mencuri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: tribunnews

Durian atau dalam bahasa saintifik digelar durio, menjadi daya tarikan di negara Asia yang menarik ramai pelancong dunia.

Kegilaan terhadap raja buah ini terbukti di Thailand tahun lalu, yang mana sebiji durian Kanyao dilelong dengan harga 1.5 juta Thai Baht (kira-kira RM206,976) kerana saiz, bentuk, dan kematangannya yang sempurna. 

Jadi memang tidak hairanlah kenapa ada yang sanggup mencuri, kerana ia boleh dijual dengan harga tinggi mengikut jenis dan grednya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Durian berkhasiat ke? 

Jangan tak tahu, setiap buah yang ada di dunia ini pasti memiliki khasiatnya tersendiri. Jom kita tengok, apa khasiat yang terkandung dalam raja buah ini. 

#1. Dilengkapi pelbagai vitamin

Buah durian mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit ini kerana ia mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus.

#2. Mengubati Insomnia

Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda mungkin dapat mengatasinya dengan memakan durian. Ia mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Menguatkan Tulang Dan Gigi

Durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen berkenaan memperkuatkan tulang dan gigi yang tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

#4. Mengawal Keseimbangan Gula Dalam Darah

Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

#5. Merawat Tekanan

Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi ia dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

#6. Merawat Anemia

Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia

#7. Mencerahkan Kulit

Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.

#8. Mencegah dan Menghilangkan Jerawat

Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

#9. Memudarkan Bintik Hitam

Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

Sumber : Sinar Harian, Harian Metro, Suria.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comfaktor-mengapa-kanak-mencuri

Penulis

Lala Annuar