Dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak, ibu hendaklah menerapkan nilai-nilai yang baik sejak mereka kecil lagi supaya lebih berdisiplin. Ada beberapa contoh disiplin di rumah yang boleh anda ajarkan kepada si manja antaranya mengemas permainan, mengasingkan pakaian serta menetapkan waktu skrin.
Setiap didikan yang bermula dari kecil adalah lebih mudah kerana anak-anak sudah terbiasa mengikuti peraturan. Apabila besar nanti ibu tidak susah kerana mereka sudah tahu tanggungjawab masing-masing dalam mengurus diri dan rumah.
Contoh disiplin di rumah, adakah ibu ayah boleh menegur dan mendisiplinkan anak orang lain?
Pernah tak anda bertemu kanak-kanak dan menyedari perilaku yang ditunjukkan kurang enak dilihat hingga terasa ingin menegur? Tapi realitinya, kita tidak boleh terus masuk campur dan mendisiplinkan anak orang lain.
Apa yang anda rasa jika ada orang yang tidak dikenali, mendekati anak dan mula menegur mereka? Pasti sebagai ibu, anda rasa kurang senang dengan tindakan sedemikian.
Justeru apa yang anda boleh lakukan apabila melihat kes buli di taman permainan, terutamanya apabila melibatkan anak anda?
Seorang penulis The Everyday Parenting Toolkit berkongsi ada dua keadaan yang membolehkan ibu ayah melibatkan diri dalam mendisiplinkan anak orang lain iaitu:
- Apabila nyawa seseorang dalam bahaya
- Jika hubungan anda dengan ibu ayah atau kanak-kanak berkenaan adalah baik
Nasihat bijak Kazdin – apa-apa pun, kita tidak boleh terus pergi mendisiplinkan anak orang lain.
Hal ini kerana apabila ibu ayah melihat anak orang lain berkelakuan buruk dan tiada sikap disiplin, anda hanya mencipta ‘musuh’ ke mana sahaja anda pergi.
Jika ibu ayah tidak akan berjumpa kanak-kanak itu lagi, anda sepatutnya boleh memaafkan kesalahan kecil yang dilakukan. Biarkan sahaja hal itu berlalu.
Tapi apa yang anda patut buat jika kanak-kanak itu merupakan tetamu di rumah?
Cara mendidik anak yang baik tanpa kekerasan: ini panduan apabila berdepan anak orang lain yang nakal
1. Kekal bertenang
Walaupun kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang berbahaya atau mampu merosakkan barangan dalam rumah, ibu jangan terus menjerit atau memukul.
Betulkan perilakunya dengan tenang, tegur dan beri amaran bahawa perkara itu bukan mainan. Minta kanak-kanak tersebut segera menjauhkan dirinya.
2. Maklumkan terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa
Jika anda hendak menghukum anak seseorang, beritahu dulu ibu bapa anak itu tentang peraturan dan strategi disiplin sebelum berbuat apa-apa.
Hal ini adalah penting bagi menjaga hubungan anda dengan ibu ayah kanak-kanak tersebut. Bukan apa, anak kecil pandai mengadu semua perkara yang berlaku dalam kehidupan sehariannya.
3. Tetapkan peraturan asas
Jika anda tidak memberitahu kanak-kanak itu tentang peraturan disiplin di rumah, bagaimana mereka hendak mengikutnya?
Justeru, ambil sedikit masa untuk menjelaskan peraturan asas supaya dia tahu tentang batasnya apabila berada di rumah orang lain.
4. Jangan pertikaikan hal kecil
Janganlah hanya kerana bersepah sedikit atau anak itu tidak mengucapkan terima kasih, anda hendak memarahinya. Perkara kecil yang boleh dibiarkan, janganlah diperbesarkan.
Jika perlu, ibu boleh minta mereka kutip dan kemas terlebih dahulu permainan yang telah disepahkan. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih mudah dengar kata apabila berada dengan orang lain.
5. Jangan malukan kanak-kanak itu
Disiplin diri adalah kemampuan untuk mengikuti peraturan yang dikenakan secara peribadi, dengan ketertiban dan konsistensi, dengan hanya menggunakan kemahuan.
Dalam mendisiplinkan anak kecil di hadapan kawan-kawannya, anda sebenarnya hanya akan memalukan mereka.
Sebaliknya anda boleh mencadangkan permainan lain atau berikan masa rehat agar mereka dapat mengawal pergerakan.
6. Berterus terang
Terus-terang kepada ibu ayah kanak-kanak yang anda marah. Adalah lebih baik mereka mendengar daripada anda tentang apa yang terjadi supaya tidak ada salah faham pada kemudian hari.
Contoh sikap disiplin di rumah, aturan dirumah dibuat oleh ibu ayah
Ada beberapa contoh sikap disiplin di rumah yang perlu ibu ayah ajarkan kepada anak sejak mereka kecil. Antaranya:
- Bangun tidur di awal pagi. Ibu hendaklah menetapkan waktu tidur anak-anak setiap hari bagi memudahkan urusan mereka ke sekolah
- Kemas tempat tidur. Sebaik sahaja bangun tidur, ingatkan si manja untuk membetulkan cadar serta melipat selimut mereka
- Mengasingkan pakaian. Seawal usia 5 tahun, si manja hendaklah tahu tugas anak di rumah yang paling asas seperti mengasingkan pakaian bersih dan kotor supaya nanti memudahkan kerja ibu
- Aturan saat bermain, kutip dan kemas mainan. Anak yang menyimpan mainan mereka akan lebih pandai menghargai setiap perkara yang dimiliki.
Justeru apabila ingin menjadi anak pintar sebaiknya ibu ayah menekankan didikan baik yang bermula dari rumah dengan memupuk nilai bertanggungjawab, melibatkan diri dengan kerja rumah dan mengikuti peraturan.
Selain itu anda juga perlu menetapkan batasan hak sebagai anak di rumah agar mereka tidak menjadi ‘raja’ apabila dewasa nanti.
Hak dan kewajiban anak di rumah
Hak dan kewajiban sebagai anak di rumah perlu ibu ayah ketahui dalam membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Antaranya:
- Setiap anak berhak memperoleh kasih sayang dan cinta. Ibu ayah hendaklah kerap memberi pelukan, ciuman serta ungkapan sayang agar mereka membesar dengan baik
- Menyediakan keperluan harian. Hak anak dalam pendidikan atau keperluan harian hendaklah dipenuhi mengikut kemampuan ibu ayah
- Memberi perlindungan daripada sebarang ancaman. Anak yang masih kecil memerlukan perlindungan daripada kedua orang tuanya. Ini termasuklah mengawal emosi ketika berdepan anak agar tidak melakukan tindakan luar batasan
Kewajiban sebagai anak di rumah
Pada zaman moden ini, kewajiban sebagai anak di rumah kurang difahami sehingga mereka berani melakukan sesuatu perkara yang boleh membebankan ibu ayah.
Antara salah satu kewajiban anak dirumah adalah:
- Menghormati orang tua dan ahli keluarga
- Sama-sama menjaga kebersihan rumah
- Melibatkan diri dalam kerja rumah
- Mendengar nasihat dan mengikuti arahan
- Menyayangi ahli keluarga
Justeru, ibu ayah hendaklah mengajarkan kewajiban anak dirumah dan penjelasannya seawal usia bagi membolehkan mereka menjadi seorang anak yang berdisiplin.
Alasan anak lebih patuh pada peraturan guru di sekolah
Pada kebanyakan kes, ibu ayah berdepan dengan situasi di mana anak-anak lebih mudah patuh pada guru berbanding orang tua mereka sendiri.
Ada beberapa sebab mengapa anak lebih patuh pada peraturan guru di sekolah, iaitu:
- Kebanyakan guru menghargai setiap usaha yang murid lakukan sama ada benar ataupun salah, mereka selalu menghargainya
- Guru selalu bersikap adil pada murid-muridnya
- Guru pandai membuat lucu ketika menjelaskan pelajaran dalam atau di luar kelas
- Guru di sekolah sentiasa bersedia dan menjadi pendengar yang baik mengenai masalah yang dihadapi oleh murid. Bukan itu sahaja, mereka juga membantu memberikan jalan penyelesaian
Antara contoh sikap disiplin di sekolah adalah memakai seragam sekolah yang lengkap, masuk kelas mengikut waktu, perlu meminta izin jika ingin keluar kelas, mengikuti segala peraturan sekolah dan menjaga adab ketika belajar.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Di Jepun Tak Marah-Marah Anak Pun, Tapi Anak Paling Berdisiplin! Ini 5 Rahsianya…
Baca juga: Ibu Jangan Terlalu Rajin, Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab!
Baca juga: Cara Disiplinkan Anak Sejak Kecil, Paling Penting Kena Bermula Dengan Ajaran Dari Rumah