Pelukan Ibu Semasa Menyusu Sangat Bermakna, Barulah Ikatan Bonding Ibu & Anak Lebih Erat

Di dalam rahim, bayi tidak pernah rasa sejuk, tidak pernah rasa lapar dan tidak pernah bersendirian. Jadi, ia mungkin logik mengapa mereka sangat memerlukan perhatian daripada kita selepas dilahirkan; untuk menikmati rasa selamat yang sama seperti dalam rahim...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu bukan kita mendengar 'nasihat' jangan terlalu membiasakan anak didukung atau dipegang. Namun, tahukah anda sebenarnya si kecil itu memerlukan pelukan ibu semasa menyusu bagi mengeratkan lagi ikatan bonding antara kedua-duanya. 

Begitu juga dengan 'keluhan' anak saya asyik mahu didukung atau dipegang. Tetapi, anak kita tetap menangis setiap kali kita meletakkan mereka bukan?

Pernah atau tidak anda terfikir mengapa bayi sentiasa menangis hanya kerana kita meletakkan mereka? Terasa seperti semua benda tidak kena jika mereka diletakkan.

Pelukan ibu saat menyusu si manja

Sebenarnya, percaya atau tidak, kita orang dewasa yang telah salah faham dengan keperluan utama mereka.

Apa yang kita tidak tahu ialah, keperluan utama mereka ialah seorang ibu! Ya, lebih dari semua benda, mereka memerlukan pelukan ibu mereka.

Seperti mana bagaimana mereka sangat bergantung kepada ibu semasa di dalam rahim, begitu juga mereka amat memerlukan ibu mereka setelah dilahirkan.

Kerana seperti mereka di dalam rahim, mereka sangat mudah terdedah kepada bahaya. Malah sebenarnya lebih dari di dalam rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di dalam rahim mereka tidak pernah rasa sejuk, tidak pernah rasa lapar dan paling utama, tidak pernah bersendirian. Suara dan kehangatan badan ibu mereka sentiasa di sisi.

Di dalam buku Breastfeeding Made Simple; Seven Natural Laws for Nursing Mothers, penulisnya menjelaskan yang seorang bayi dilahirkan dengan saiz otak yang tidak sampai 50% dari saiz otak orang dewasa.

Manakala bagi haiwan mamalia yang lain, mereka dilahirkan dengan otak yang 80% sudah terbentuk. Untuk manusia, otak berkembang pesat hanya selepas dilahirkan.

Satu lagi faktor yang menyebabkan bayi memerlukan sentuhan kita 24 jam ialah bayi yang belum matang dan ketidakupayaan membezakan susu ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fahami info menarik ini!

Menurut pakar tingkah laku haiwan, Nils Bergman terdapat empat kelas mamalia yang dikelaskan mengikut cara mereka menjaga anak-anak. Kelas tersebut ialah;

  • Mamalia 'Cache':
     
    Mamalia cache ialah haiwan yang terus matang ketika dilahirkan. Ibu mamalia cache akan menyorokan anak mereka di tempat selamat dan hanya kembali kepada mereka untuk menyusukan mereka setiap 12 jam. Oleh itu, mereka mempunyai susu yang sangat tinggi protein dan lemak jadi anak mereka akan kenyang lebih lama. Contoh mamalia cache ialah rusa.
  • Mamalia 'Follow': 
    Seperti mamalia cache, mamalia follow juga terus matang ketika dilahirkan serta berupaya mengikut ibu mereka ke sana sini. Tetapi disebabkan anak mereka boleh mengikut ibunya ke sana sini sepanjang hari, susu mereka mempunyai kepekatan protein dan lemak lebih rendah berbanding mamalia cache. Contoh mamalia cache ialah zirafah.
  • Mamalia 'Nest': 
    Berbanding dengan follow dan cache, nest ialah yang tidak matang. Mereka memerlukan 'sarang' atau tempat untuk rasa panas dan selamat. Malah mereka memerlukan ibu mereka untuk kerap hadir bersama mereka.
    Susu mamalia nest adalah sedikit lebih tinggi protein dan lemak berbanding mamalia follow namun tidak setinggi mamalia cache. Contoh mamalia nest ialah kucing.
  • Mamalia 'Carry':
    Kumpulan yang paling tidak matang ketika dilahirkan. Mereka perlu di 'dukung' atau di 'bawa' ke mana sahaja kerana memerlukan rasa hangat badan ibu mereka, malah perlu kerap di susukan. Susu kelas carry adalah yang paling rendah kandungan protein dan lemak.
    Contoh mamalia carry ialah orang utan.

Mana satu kategori manusia?

Manusia dikelaskan di dalam mamalia carry kerana perlu didukung hampir sepanjang masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah susu manusia ialah yang paling rendah kandungan protein dan lemak, membuatkan mereka perlu kerap menyusukan anak mereka.

Penulis buku Breastfeeding Made Simple; Seven Natural Laws for Nursing Mothers, Nancy Mohrbacher pernah menyebut yang walaupun manusia berada di dalam kelas carry, manusia perlu mencontohi kelas nest

Keperluan bayi untuk selalu rasa hangat badan ibu dan rasa lapar paling berkesan diselesaikan dengan penyusuan badan.

Ini kerana, semasa penyusuan badan, bayi mendapat susu dan hangat badan ibu sekali gus. Ini memberi mereka rasa seakan mereka masih berada di dalam rahim ibu.

Namun disebabkan persepsi kebanyakan ibu sekarang ialah, anak kerap menangis bermakna susu tidak cukup.

Atau jika anak kerap menangis mereka adalah terlalu manja. Tetapi yang sebenarnya, itu adalah keperluan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan susu ibu pada bayi 

Seperti yang dijelaskan di atas,  susu manusia mempunyai kandungan protein dan lemak yang rendah, jadi mereka perlu kerap menyusukan bayi mereka.

Selain itu, bayi manusia dilahirkan dalam keadaan yang paling tidak matang serta memerlukan perhatian yang penuh selepas dilahirkan.

Tidak ada istilah bayi yang menjadi terlalu manja jika mereka sering didukung. Dan bayi kita memang perlu disusukan kerap.

Jadi, abaikan apa orang kata, angkat bayi anda, peluk dan susukan mereka selagi anda mampu ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: breastfeedingtoday

Baca juga 

Penulis

Aqma