Tongue tie baby, tahukah anda tentang keadaan ini?
Adakah ibu merasa bingung dan risau kerana bayi ternampak kesulitan ketika menyusu? Cuba check bahagian lidah anak anda, pastikan dia tidak mengalami tongue tied!
Tongue Tie Baby: Kelainan Pada Bahagian Mulut Bayi
Tongue tie adalah sebuah kondisi kelainan pada organ mulut yang menyebabkan susahnya pergerakan lidah dan mulut. Jika didiamkan, kelainan ini berakibat terganggunya proses menyusu, makan, menelan, dan juga kemampuan bercakap!
Sampai saat ini, belum diketahui penyebab pasti dari kelainan ini namun kondisi ini cukup sering ditemui pada bayi baru lahir. Perbandingannya sekitar 1 dari 100 kelahiran dan umumnya dialami oleh bayi lelaki.
Pada bayi, keadaan tongue tie baby ini membuat perlekatan antara mulut bayi dan payudara menjadi tidak sempurna. Akibatnya, bayi tidak mendapat air susu yang cukup dan dia akan rasa tidak selesa ketika menyusu.
Kerana ketidaksempurnaan perlekatan atau latch on ketika menyusu, bayi akan menghisap udara lebih banyak secara automatik sehingga menyebabkan perutnya kembung dan tidak jarang mengalami kolik.
Kondisi ini juga mengakibatkan payudara dan puting ibu menjadi sakit akibat air susu yang tidak terhisap habis dan puting melecet kerana perlekatan yang tidak sempurna.
Gejala dan penanganan
Tanda-tanda anak mengalami tongued tied diantaranya adalah
- Kesukaran mengangkat lidah menyentuh rongga mulut bahagian atas
- Sulit menggerakkan lidah ke kiri dan kanan
- Mempunyai lidah berbentuk hati (terdapat semacam lekukan pada hujung lidahnya)
Pada bayi, kondisi ini boleh dilakukan pemeriksaan oleh doktor dan segera mendapatkan pertolongan.
Biasanya, doktor akan menganalisis seberapa parah kasus yang dialami oleh si bayi. Baru dari situ, mereka akan memutuskan pertolongan yang tepat.
Umumnya, doktor akan menyarankan untuk melakukan Frenotomy iaitu pembedahan dengan gunting steril. Doktor akan menggunting bahagian bawah lidah yang terikat sehingga lidah lebih leluasa untuk bergerak nantinya.
Prosedur release tongue tie adalah selamat dan berlangsung cepat serta minimum pendarahan.
Biasanya, setelah melakukan prosedur ini, ibu akan diminta langsung menyusukan bayinya. Hal ini kerana susu ibu merupakan ubat penghilang rasa sakit terbaik untuk bayi anda.