X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Membina Asas Spiritual Bagi Mengimbangi Tradisi & Kemodenan Pendidikan Islam Yang Berkembang Pada Era Globalisasi

4 min bacaan
Membina Asas Spiritual Bagi Mengimbangi Tradisi & Kemodenan Pendidikan Islam Yang Berkembang Pada Era Globalisasi

Pada era teknologi yang serba canggih kini, masyarakat mudah terjerumus dengan penggunaan media sosial untuk berhubung, menjalankan perniagaan dan menuntut ilmu. Justeru, generasi muda perlu memiliki asas yang kukuh dalam pengetahuan Islam.

Platform seperti TikTok dan Instagram, walaupun berfaedah untuk komunikasi, sering kali disalahgunakan sebagai saluran penyebaran kandungan agama yang menyesatkan. Tambahan pula, algoritma media sosial sering mengutamakan bahan yang sensasi, menyebarkan doktrin palsu dan maklumat yang salah kepada pengguna.

Kepentingan Pengetahuan Islam

Membina Asas Spiritual Bagi Mengimbangi Tradisi & Kemodenan Pendidikan Islam Yang Berkembang Pada Era Globalisasi

Di Malaysia, trend ini semakin membimbangkan. Pada suku pertama 2024, pihak berkuasa telah merekodkan hampir 52,000 kandungan media sosial yang didapati menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan agama terutamanya di platform seperti TikTok dan Facebook. Statistik ini menunjukkan keperluan mendesak untuk menyalurkan generasi muda Muslim dengan pengetahuan Islam yang autentik dan komprehensif, bagi membolehkan mereka mengenalpasti dan menolak ajaran yang sesat.

Sebagai tindak balas terhadap cabaran ini, institusi pendidikan swasta telah memperkenalkan program yang memenuhi keperluan kecerdasan spiritual dan intelektual pelajar pada masa kini. Berkonsepkan modul pengajaran di luar piawaian pendidikan Islam, institusi swasta kini lebih menumpukan kepada pembinaan asas yang kukuh dan pemahaman yang lebih mendalam melalui integrasi pengajaran Islam yang berpandukan akademik moden. Pendekatan ini boleh mendidik pelajar memahami nilai etika dan kepentingan spiritual bagi membentuk generasi muda yang berjaya di dalam dan di luar Malaysia.

Kemajuan teknologi masa kini seharusnya dijadikan sebagai salah satu platform dalam usaha memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam kalangan generasi muda.

Advertisement

Membentuk Akhlak Mulia

Justeru, guru-guru Islam yang berpengalaman dan mempunyai pemahaman mendalam terhadap ajaran Islam dan pedagogi telah dilantik bagi memastikan penyampaian ilmu yang autentik agar generasi muda mampu menjadi generasi yang bukan sahaja mahir dalam teknologi, tetapi juga memiliki akhlak mulia serta pegangan agama yang kukuh.

Kajian semula termasuk mengemas kini silibus secara berkala juga telah dilakukan bagi memastikan kurikulum pelajar sejajar dengan sumber dan tafsiran Islam yang diiktiraf. Guru-guru juga diberi latihan khusus untuk menangani isu semasa seperti pengaruh media sosial dalam kerangka ajaran Islam.

Program Asas Agama Islam

Baru-baru ini, XCL Education, salah satu kumpulan pendidikan swasta terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Program Asas Agama Islam, Al-Quran & Fardhu Ain untuk pelajar beragama Islam di Sekolah Sri KDU Kota Damansara dan REAL Schools yang terletak di Kuala Lumpur dan Selangor.

Dengan kerjasama sebuah badan pembangunan Islam yang diiktiraf, program ini dibangunkan sejajar dengan kurikulum yang bersesuaian dan ditawarkan sebagai inisiatif tambahan untuk pelajar Muslim. Program ini melengkapi silibus Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ditawarkan di luar waktu persekolahan.

Membina Asas Spiritual Bagi Mengimbangi Tradisi & Kemodenan Pendidikan Islam Yang Berkembang Pada Era Globalisasi

Untuk pelajar sekolah rendah, program selepas sekolah ini merangkumi modul asas seperti Jawi, Feqah, bacaan Al-Quran, Akhlak dan Tajwid. Manakala, untuk pelajar sekolah menengah, program ini diperluaskan kepada pengajaran Islam lanjutan dan aplikasi praktikal yang relevan untuk golongan muda.

Penekanan turut diberikan kepada Syariah dan tafsiran Al-Quran bagi memastikan pelajar dapat mengaitkan ajaran Islam dengan isu-isu semasa. Ini bagi membolehkan pelajar mengintegrasikan ajaran Islam dan menerapkannya pada isu-isu semasa, sekaligus menggalakkan mereka berdialog secara terbuka untuk membangunkan pemahaman yang mendalam mengenai agama Islam. Pendidikan Islam awal di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk memupuk minat yang berterusan.

Asas Spiritual Untuk Generasi Muda

Walaupun ada yang menganggap institusi swasta kurang memberi penekanan terhadap pendidikan Islam, banyak institusi swasta berpendapat bahawa asas spiritual yang kukuh adalah penting untuk generasi muda Muslim, terutama dalam dunia yang saling terhubung masa kini.

Dengan memupuk nilai dan prinsip Islam teras yang mendalam sejak awal di sekolah, ia dapat melindungi generasi muda daripada pengaruh ideologi yang menyimpang atau tidak ortodoks. Ia juga dapat membantu pelajar membezakan ajaran yang autentik daripada tafsiran yang menyimpang, membolehkan mereka yakin menegakkan nilai Islam menerusi kehidupan mereka.

Ketika ini, semakin banyak institusi swasta berfokus dalam pendidikan Islam yang komprehensif. Mereka memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda Muslim yang mampu mengimbangi tradisi dengan kemodenan, menegakkan kepercayaan dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat yang lebih harmoni dan inklusif. Komitmen ini adalah langkah penting untuk membentuk masyarakat yang kukuh secara moral demi masa depan yang lebih cerah.

Diattributkan kepada:

Puan Norfadzilah Mohammed Roslan,

Ketua Sekolah Menengah Kebangsaan, REAL Schools Cheras.

Stories Rakan Kongsi
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Membina Asas Spiritual Bagi Mengimbangi Tradisi & Kemodenan Pendidikan Islam Yang Berkembang Pada Era Globalisasi
Kongsikan:
  • AIA Malaysia Rai Inisiatif Pelajar yang Penuh Inspirasi pada Majlis Anugerah AIA Healthiest Schools

    AIA Malaysia Rai Inisiatif Pelajar yang Penuh Inspirasi pada Majlis Anugerah AIA Healthiest Schools

  • Jelajah Eko: 5 Destinasi Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi Cuti Ini!

    Jelajah Eko: 5 Destinasi Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi Cuti Ini!

  • Uni Enrol Bongkar Bidang Pengajian Popular Bagi Pelajar Lepasan SPM, Bantu Mereka Dapatkan Biasiswa & Haluan Pengajian Tinggi Yang Tepat

    Uni Enrol Bongkar Bidang Pengajian Popular Bagi Pelajar Lepasan SPM, Bantu Mereka Dapatkan Biasiswa & Haluan Pengajian Tinggi Yang Tepat

  • AIA Malaysia Rai Inisiatif Pelajar yang Penuh Inspirasi pada Majlis Anugerah AIA Healthiest Schools

    AIA Malaysia Rai Inisiatif Pelajar yang Penuh Inspirasi pada Majlis Anugerah AIA Healthiest Schools

  • Jelajah Eko: 5 Destinasi Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi Cuti Ini!

    Jelajah Eko: 5 Destinasi Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi Cuti Ini!

  • Uni Enrol Bongkar Bidang Pengajian Popular Bagi Pelajar Lepasan SPM, Bantu Mereka Dapatkan Biasiswa & Haluan Pengajian Tinggi Yang Tepat

    Uni Enrol Bongkar Bidang Pengajian Popular Bagi Pelajar Lepasan SPM, Bantu Mereka Dapatkan Biasiswa & Haluan Pengajian Tinggi Yang Tepat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham