X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Isteri Mengungkit Pemberian, Bukan Kerana Tak Ikhlas Tapi..

14 Jul, 2023
Isteri Mengungkit Pemberian, Bukan Kerana Tak Ikhlas Tapi..

Mengungkit bukan bermakna isteri tidak ikhlas dalam membantu suami tapi mungkin kerana isteri terlalu penat mental dan fizikalnya.

Mengungkit pemberian sering berlaku kepada pasangan suami isteri yang bekerja. Sejak dahulu lagi tugas seperti memasak, membasuh baju, melipat kain dan membersihkan rumah, bahkan menguruskan hal membabitkan anak-anak dan juga suami sepanjang hari sentiasa di atas bahu si isteri.

Meskipun memenatkan, golongan isteri tetap bertungkus-lumus melakukan semua tugas tersebut demi menjaga keharmonian keluarga mereka.

Bagi isteri yang bekerja, bukan sahaja penat di tempat kerja namun bertambah penat lagi dengan kerja-kerja rumah yang harus dibuat apatah lagi kalau suami tidak membantu langsung dalam kerja-kerja menguruskan rumah.

Bila isteri dah burnout, mulalah isteri ‘mengungkit’ dalam hati. Maklum sahaja, dia perlu bekerja untuk membantu dan mengurangkan beban suami hakikatnya, suami tidak langsung mahu membantu isteri dalam hal-hal rumah tangga.

Bab-bab ‘mengungkit’ bukan bermakna isteri tidak iklhas dalam membantu suami tapi mungkin kerana isteri terlalu penat sehinggakan suami mula senang hati sebab isteri dapat mengurangkan bebannya.

Inilah yang ingin dikongsi di Facebook oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan isteri mula mengungkit pemberian yang diberikan olehnya.

Bukan Tidak Ikhlas

Haha 😆

“Mengungkit” sebagai tanda peringatan supaya jangan rasa selesa. Bukan tak ikhlas dalam memberi pertolongan…bukan tak ikhlas dalam meringankan bebanan.

Lelaki susah nak figure out this situation…bila isteri cakap,

“Barang dapur saya beli, Nursery anak saya bayar, Bil-bil utiliti pun saya tanggung, abg boleh plak beli moto baru, tukar kereta, tambah komitmen keluarga?”

Suami : “Nampak sangat awak tak ikhlas, hilang pahala awak bila awak ungkit mcm ni…”

Dalam rumah tangga, persetujuan bersama itu perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan walaupun guna duit sendiri. Ini kerana, mungkin si suami ada duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayarnya kerana dah pun dibayar isteri…

Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami bila dia MAMPU…

Bila ada duit lebih, maka jangan fikir lagi nak tukar motor, upgrade kereta, beli handphone dan sebagainya…tapi ambik balik apa yang isteri sedang bayar setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak dibahunya…tapi dibahu kita yang menjadi suami…

Kita kena ambik balik apa yang tak sepatutnya isteri bayar sebab kita dah mampu bayar…

Buat Perjanjian

Jangan terus pejam mata sbb dah buat agreement, rumah dgn kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar dan agreement tu plak dibuat di awal usia perkahwinan dahulu…

Now anak dah 3…belanja dapur yg isteri kluarkan masa berdua tak sama jumlahnya dengan belanja dapur masa berlima…same goes to bil-bil utiliti dan sebagainya…kita seronok la sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana dah fixed untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang…

Bila dengar isteri ada berbunyi tentang kewangan keluarga, tentang apa yang dibayarnya, maka itu adalah peringatan kepada kita yang menjadi suami supaya tidak menyalahgunakan bantuan tersebut dan menjadi terlalu selesa bila tak perlu mengeluarkan duit seperti dia

Ingat, kita akan dikira “berhutang” dgn isteri kalau kita biar dia bayar apa yang kita patut bayar dalam ketika kita sendiri mampu untuk bayar…

Syarat Bahagia Pasangan Bekerja, Sama-Sama Penat Urus Keluarga

Setelah hidup berumahtangga pasangan bekerja perlu ada toleransi tinggi, belajar dan terima kekurangan masing-masing. Jangan menuntut yang bukan-bukan atau mencari kesempurnaan.

Tak dinafikan, apabila kedua-duanya bekerja, masing-masing kepenatan apabila sampai di rumah. Dalam situasi ini, pembahagian tugas di rumah perlu dirancang dengan bijak dan adil. Lima perkara ini perlu dititikberatkan untuk elak mengungkit pemberian.

1. Suami faham dan peka dengan keadaan isteri

Jangan tunggu isteri minta tolong baru nak tolong. Atau tunggu isteri merajuk dulu. Tolong peka pada keadaan. Mereka tak minta banyak pun. Jangan tahu nak marah, nak kondem saja.

Stories Rakan Kongsi
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body

2. Beri pertolongan tanpa di minta

Kalau nampak ada pinggan mangkuk dalam sinki, tolong basuhkan. Kalau nampak baju dalam mesin basuh belum jemur, tolong ambil penyangkut dan jemurkan. Kalau nampak ruang tamu bersepah dengan mainan anak-anak, tolong kemaskan dan sapu. Tong sampah dah penuh, tolong buangkan.

3. Buang ego dan tak berkira

Tak jatuh pun maruah suami bila buat kerja rumah. Manusia paling mulia Nabi (baca selawat) pun sama-sama dalam bab rumah tangga, apa lagi kita, jangan berkira.

4. Bahagikan tugas

Suami isteri yang bijak, mereka dah siap-siap bahagikan tugas masing-masing termasuk anak-anak. Jadi tiap kali masa bertugas, semua dah tahu apa yang perlu dibuat.

5. Kerjasama

Ini paling penting. Sama-sama duduk, sama-sama jaga. Tak adil serah bulat-bulat kepada isteri sahaja. Isteri pun ada had juga siapa lagi nak bantu kalau bukan suami sendiri. 

Kalau isteri memasak, suami uruslah anak-anak, isteri mengemas, suami membasuh baju dan sebagainya. Janganlah suami pula beraja di mata bersultan di hati meskipun suami wajar dilayani oleh isteri.

Apabila sama-sama penat, maka wajarlah kepenatan itu dikongsi bersama jadi tiada lagi istilah mengungkit pemberian selepas ini.

Facebook Info Menarik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Suami Jangan Berkira Bila Kena Jaga Anak, Sama-Samalah Penat Agar Isteri Tidak Terbeban

Baca juga : Semua Kerja Isteri Yang Buat, Boleh Jadi ‘Singa’ Bila Suami Tidak Turut Sama Membantu

Baca juga : Penat Isteri Sukar Nampak Di Mata Kasar, Sampai Alami Emotional Burnout Sebab Letih Urus Rumah Tangga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri Mengungkit Pemberian, Bukan Kerana Tak Ikhlas Tapi..
Kongsikan:
  • Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

    Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

  • Teka Teki Sweet Untuk Pasangan Bercinta, Cuba Tau!

    Teka Teki Sweet Untuk Pasangan Bercinta, Cuba Tau!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

    Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

  • Teka Teki Sweet Untuk Pasangan Bercinta, Cuba Tau!

    Teka Teki Sweet Untuk Pasangan Bercinta, Cuba Tau!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham