Kedatangan cahaya mata melengkapkan hubungan rumah tangga. Bagi anda yang baru bergelar ibu ayah, pastinya perlu belajar banyak perkara dalam mengurus anak agar si manja sentiasa berasa selesa dan tidak meragam.
Sememangnya bukan mudah untuk membesarkan setiap anak tanpa kesabaran dan ujian yang perlu dihadapi oleh pasangan suami isteri. Ada kalanya anda perlu berjaga malam serta mengorbankan waktu rehat semata-mata melayan karenah si manja.
Pengalaman mengurus anak yang ramai
Bagi anda yang memiliki seorang anak, mungkin tidak berdepan dengan masalah yang besar. Namun jika bilangan anak ramai, ia sedikit sebanyak memberikan kesukaran untuk melayan pelbagai ragam mereka.
Kebanyakan ibu mengakui ia adalah sesuatu yang memenatkan kerana rutin harian agak padat. Bermula dari pagi sehingga malam, tugas seorang ibu tidak pernah habis dalam mengurus keperluan anak-anak dan suami.
Walau bagaimanapun setiap yang bergelar ibu pastinya ada cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak. Seperti perkongsian Asiah Abd Jalil, dia menggunakan pendekatan berbeza sejak anaknya masih bayi agar mudah diuruskan dan tidak banyak ragam.
Ikuti tips yang dikongsikannya ini. Moga boleh dijadikan panduan para ibu yang lain.
Cara saya jaga bayi baru lahir. Semua petua orang tua-tua saya langgar. Sebab itulah saya tidak boleh berpantang di kampung. Dari anak sulung sampailah anak kesepuluh ini, saya memang koboi aje jaga baby.
Tiada mitten, tiada booties, barut dan bedung. Saya cuma selimutkan sahaja kalau baby sejuk. Mitten, bottie, barut dan bedung tu saya pakaikan pada baby kalau nak keluar dari rumah sahaja.
Sekadar nak berlakon depan orang, sebab malas nak bersoal jawab. Dari hari pertama, bayi digalakkan meneroka dunia. Bebas gerakkan tangan dan kaki. Hisaplah jari tu, biarlah dia tercakar muka sendiri, tiada masalah.
Cara mengurus anak ramai dengan mudah
Beri kebebasan untuk kaki dan tangan bergerak. Hisaplah jari tu, cakarlah muka tu. Tiada masalah. Kaki belajar tendang dan tolak. Berlatih angkat kepala macam kura-kura. Cuba pusing badan kiri kanan.
Bila nak tidurkan baby, saya tepuk-tepuk aje. Tiada buaian, tiada rocking chair, semua tidak pernah ada di rumah saya. Dan sememangnya juga tidak ada penggunaan puting! Ada sebab kenapa puting tu dipanggil ‘dummy’.
Tak gamak saya nak tipu baby sendiri. Tidak sanggup nak ajar baby bertenang dengan puting kosong.
Saya juga tak ajar berdukung bagai. Letak aje baby atas tilam, pandai-pandailah dia tidur sendiri. Saya cuma selawat, zikir dan nyanyi dari jauh sahaja. Supaya baby tak rasa takut keseorangan, dia boleh dengar suara orang dekat sebelah dia.
Saya selalu bercakap dengan baby. Kalau baby meragam, membebel aje bagi nasihat kat dia. Anggap sahaja dia boleh faham. Hahaha.
Ramai orang hairan, anak-anak saya sangat mudah dijaga, dari baby sampailah dia besar. Anak-anak juga tidak pandai meragam, tak reti tantrum, tak banyak songeh. Bila suruh tidur, sangat mudah dan tidak menangis tanpa sebab. Paling bersyukur, sangat jarang sakit.
Saya percaya bahawa setiap insan belajar sejak hari pertama dilahirkan. So dari hari pertama lagi kita dah kena start ajar baby.
Ramai ibu bapa terlalu manjakan newborn sebab katanya nak wujudkan bonding dengan baby. Saya percaya proses bonding tak semestinya bermaksud overly attached. Baby perlu diajar berdikari, but at the same time dia tahu yang ibunya ada di sisi.
Kesimpulannya, setiap ibu pasti akan memberikan yang terbaik buat anak-anak tercinta. Tidak perlu terlalu terikat dengan cara zaman nenek moyang kita dahulu kerana segala-galanya telahpun berubah. Yang paling penting, si manja anda mudah dijaga, tidak jatuh sakit dan dapat membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Miliki 7 Orang Puteri, Wanita Ini Kongsi Kemanisan Ada Anak Perempuan Ramai Di Rumah