Akibat Kahwin Dengan Sepupu Sendiri, Semua Anak Pasangan Ini Dilahirkan Dengan Penyakit Luar Biasa?

Benarkah menikah dengan sepupu sendiri boleh meningkatkan risiko kecacatan janin yang dikandung? Apa yang boleh dilakukan bagi menghindar kecacatan janin?

Ruba Bibi amat gembira apabila berpeluang menjadi ibu pada mulanya. Namun, setelah kehilangan 3 orang anak dan 6 kali keguguran kerana kecacatan akibat masalah genetik, dia kini berasa serba salah untuk terus memasang niat ingin hamil lagi.

Akibat tindakannya menikah dengan sepupu sendiri, ketiga-tiga anak Ruba meninggal dunia kerana kelainan genetik yang dihidapi mereka, dikenali sebagai Mucolipidosis II

Tindakan Menikah Dengan Sepupu Sendiri Menyebabkan Pasangan Ini Kematian 3 Orang Anak

Hassam menderita gangguan sel akibat masalah genetik hasil perkahwinan antara saudara | Sumber: BBC

Ruba berusia 17 tahun dan Saqib berusia 27 tahun ketika mereka berkahwin. 3 bulan selepas itu, dia hamil dengan anak pertama mereka, Hassam. Hassam seperti kanak-kanak yang normal, sehinggalah doktor mengenal pasti masalah ‘stiff hip’ pada Hassam yang membawa kepada masalah yang lebih serius.

Hasil ujian mendapati Hassam menghidapi satu keadaan yang jarang diwarisi, menghalang kanak-kanak itu daripada membesar dengan normal.

Pada awalnya, Hassam kelihatan seperti bayi biasa, namun Ruba mula menyedari yang perkembangan anaknya lebih lambat berbanding bayi lain yang sebaya. Hassam juga sering ke hospital kerana sakit dada. Malah, ciri paling ketara adalah saiz kepalanya yang tidak seimbang dengan saiz badan.

Pada tahun 2012, Hassam meninggal dunia. Anak kedua mereka, Alishbah, dilahirkan pada tahun 2010 dengan gangguan kelainan genetik yang sama. Dia juga meninggal dunia pada usia 3 tahun, pada tahun 2013.

Menikah Dengan Sepupu Sendiri: Membuat Pilihan Yang Sukar

Ruba mendapatkan nasihat seorang pendeta Islam, Mufti Zubair Butt, di Leeds Teaching Hospital berkenaan kehamilannya dan Mufti itu berkata,

“Sekiranya anda mempunyai keadaan di mana kanak-kanak akan mati dalam apa jua keadaan, atau walaupun ia tidak mati tidak lama lagi, ia akan mengalami penyakit yang melemahkan, itu sebab yang cukup untuk menamatkan sebelum jiwa memasuki tubuh, berdasarkan kata-kata nabi.”

Keluarga Ruba mengatakan Ruba tidak mungkin mempunyai anak yang sihat dan mereka telah cuba memujuk Ruba untuk berpisah dan berkahwin semula, malah mereka akan lebih bahagia apabila mempunyai anak yang sihat dengan orang lain.

Walaupun demikian, Ruba hamil dengan anak ketiga, Inara, pada tahun 2015 dan enggan melakukan pemeriksaan kesihatan. Akibatnya, Inara turut mengalami Mucolipidosis dan meninggal dunia pada 2017.

Hukum Menikah Dengan Sepupu Dalam Islam

Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan tentang wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud:

FirmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud:

“…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Walau bagaimanapun, kajian perubatan yang dijalankan menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan pada nisbah 7-8% bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama pada kadar 5% sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.

Seeloknya, mereka hendaklah dinasihatkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengetahui risiko perkahwinan tersebut.

Mucolipidosis: 3 Cara Mengelakkan Kecacatan Kongenital

Kredit: Baby Center

Kajian menunjukkan risiko kecacatan kelahiran akibat perkahwinan sebegini adalah tidak berkait. Ruba dan Saqib menemui sebab utama di sebalik anak-anak mereka yang mengidap Mucolipidosis adalah kerana mereka adalah pembawa gen sel-sel resesif.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan kecacatan kelahiran kongenital pada kanak-kanak. Antaranya dengan:

  1. Melakukan scan di setiap trimester kehamilan boleh membantu pakar ginekologi mengesan jika bayi anda berkembang secara normal atau tidak. Jika bayi mempunyai masalah seperti Trisomy 18, anda boleh berjumpa dengan doktor tentang penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan.
  2. Rawatan kesuburan: Melalui rawatan kesuburan, doktor juga boleh menyaring sebarang kemungkinan penyakit dalam embrio.
  3. Memiliki diet yang betul untuk mencegah kecacatan kelahiran kongenital daripada berkembang. Makan lebih banyak makanan kaya folat semasa 28 hari kehamilan yang pertama mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang pada bayi. Ambil makanan kaya DHA untuk perkembangan otak bayi dan meningkatkan pengambilan kalsium anda pada trimester ketiga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commodifikasi-genetik/

Penulis

Beto Rahman