Penjagaan antenatal sejak ibu mula hamil dalam trimester pertama salah satu aspek penting untuk memastikan keadaan kandungan baik, selain mengelak risiko meninggal ketika bersalin.
Isi Kandungan
Meninggal Ketika Bersalin
Antara punca utama berlaku kematian adalah disebabkan tumpah darah selepas bersalin, penyakit darah tinggi semasa hamil yang dinamakan pre-eclampsia dan masalah penyakit jantung.
Punca Kematian Ibu bersalin
- Tumpah darah selepas bersalin
- Penyakit darah tinggi semasa hamil (pre-eclampsia)
- Penyakit jantung – boleh disebabkan oleh masalah jantung yang sedia ada ketika belum hamil dan menjadi lebih teruk semasa hamil sehingga menyebabkan kematian atau masalah jantung yang bermula pada saat kehamilan
- Kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)
- Embolisme pulmonari (PE) – darah beku yang menyumbat saluran darah ke paru-paru, menyebabkan kegagalan jantung dan paru-paru yang akhirnya menyebabkan kematian
- Embolism cecair ketuban (‘amniotic fluid embolism’) – sel-sel dari fetus masuk ke sistem salur darah paru-paru, menyebabkan tindak balas yang teruk dan menyebabkan kegagalan jantung dan paru-paru, seterusnya kematian kepada ibu
Cabaran Kesihatan Ibu Selepas Bersalin
Walaupun sudah selamat bersalin, masih ada komplikasi yang boleh berlaku. Sangat penting untuk ibu hamil mengambil tahu dan faham mengenai cara-cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan selepas bersalin, selain tahu dan faham tentang kemungkinan komplikasi yang boleh berlaku.
- Minum air secukupnya
- Makan makanan sihat
- Jaga kebersihan diri
- Jaga kesihatan fizikal dan mental
- Dapatkan nasihat dan rawatan dengan cepat jika rasa tidak sihat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kisah Benar: “Saya Tidak Dapat Rasa Pergerakan Bayi..Dan Saya Kehilangan Dia”
Baca juga: Kelahiran Mati Bukan Salah Ibu Bapa, Fahamilah Kesedihan Mereka
Baca juga: Apa Yang Anda Patut Lakukan & Apa Yang Tidak Kepada Pasangan Yang Kehilangan Bayi