TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Isteri Yang Tak Pernah Berasmara Ini Beli Patung Bayi Untuk Berlatih Jadi Ibu Bapa

3 min bacaan
Suami Isteri Yang Tak Pernah Berasmara Ini Beli Patung Bayi Untuk Berlatih Jadi Ibu Bapa

Nekad mahu menjadi ibu bapa cemerlang walaupun tak pernah melakukan seks, Erica dan Gareth telah membeli "payung bayi" untuk berlatih jadi ibu bapa. Adakah mereka berjaya?

Mahu menjadi ibu bapa cemerlang

Anda mungkin akan menganggap mereka ini pasangan yang paling aneh. Tapi di balik sudut hati mereka, mereka hanya ingin menjadi ibu bapa cemerlang.

Erica dan Gareth Davies tidak pernah bersetubuh sejak mereka berkahwin. Malah, mereka juga tidur dalam 2 bilik yang berbeza.

Erica, 33 tahun menderita dengan masalah fobia terhadap seks. Maka, dia tidak dapat tidur dengan pasangannya walaupun dia cuba.

Namun, Gareth, 35 tahun masih mencintai Erica. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk meninggalkan Erica semata-mata kerana mereka tak melakukan seks.

menjadi ibu bapa cemerlang

Gareth memberitahu Mirror – 

“Saya mencintai Erica sepenuh hati. Walaupun dia tak mahu melakukan seks, itu tidak mengganggu saya. Saya memang sedikit kecewa sebab siapa yang tak mahu meniduri isteri tercinta. Tapi, kami ada hubungan istimewa yang sungguh rapat. Ia lebih daripada seks semata-mata.”

Walaupun fobia, Erica mahu jadi seorang ibu

Erica mengaku dia hanya pernah bersetubuh sekali saja, sewaktu berusia 19 tahun. Sejak itu, dia tidak lagi pernah melakukannya sehingga berkahwin dengan Gareth.

“Setiap kali memikirkan tentang seks, saya akan rasa sakit dan terus fobia.”

Erica mengenali Gareth selama beberapa bulan saja sebelum mereka mengambil keputusan untuk bersama. 

Mereka terus berkahwin dan membeli rumah bersama-sama. Namun, Erica dan Gareth telah bersetuju untuk tidur dalam bilik yang berbeza. Ketika disoal tentang keterbukaan Gareth untuk tidak “menuntut” seks darinya, Erica berkata –

“Gareth tak pernah memaksa saya. Kami lebih daripada itu. Gareth buat saya gembira. Dia juga seorang yang setia. Kami menyokong antara satu sama lain.”

Dan kini setelah sekian lama bersama, Erica dan Gareth ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang pula.

Nak menjadi ibu bapa cemerlang untuk anak sendiri

Oleh sebab Erica tidak mampu menjadi ibu bapa dengan melakukan seks, maka dia akan menjalani sebuah proses saintifik yang dikenali sebagai “artificial insemination” iaitu melalui suntikan air mani ke dalam vagina.

Sebelum melalui proses tersebut, Erica dan Gareth telah membeli sebuah patung bayi silikon untuk berlatih menjadi ibu bapa.

menjadi ibu bapa cemerlang

Kredit: Pixabay

Patung bayi itu bernilai $230 (RM 966) dan sebijik menyerupai seorang bayi. Mereka menamakannya sebagai Joshua.

Setiap hari, Erica dan Gareth akan meluangkan masa untuk menjaga dan membawa Joshua pergi berjalan-jalan.

Malah, mereka juga menghabiskan duit dengan membeli barang keperluan bayi seperti lampin, pakaian, susu dan sebagainya. 

Patung bayi Joshua adalah satu hadiah dari Gareth kepada Erica kerana dia tahu betapa Erica teringin untuk menjadi seorang ibu. Erica sering bersedih melihat wanita lain mengandung dan melahirkan anak.

“Mungkin ramai yang menganggap kami pasangan pelik. Tapi itu tak bermaksud kami tak boleh menjadi ibu bapa cemerlang untuk anak-anak kami nanti. 

Dengan bayi Joshua, saya sudah berlatih bagaimana nak jaga anak sendiri. Saya salin lampin dan beri dia minum susu seperti bayi biasa. 

Moga-moga dengan proses (itu) nanti, kami akan ada anak sendiri.”

Berlatih dengan patung bayi untuk menjadi ibu bapa cemerlang

Gareth ketika disoal pula mengatakan betapa dia gembira melihat Erica gembira. 

menjadi ibu bapa cemerlang
Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Erica dan Gareth mahu menjadi ibu bapa cemerlang kelak

“Memang mula-mula orang pandang kami pelik. Tapi, Joshua membahagiakan Erica. Itu yang saya nak. Saya akan jaga dan menyayangi Joshua sama macam anak kami sendiri.”

Hingga kini, Gareth masih bersabar dan amat memahami. Malah, dia juga tidak sabar untuk menjadi bapa sebenar kelak. 

Apa pandangan anda? Anda ada sebarang teknik khas untuk pasangan suami isteri berlatih menjadi ibu bapa cemerlang?

 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comini-bukan-anak-patung-dia-bayi-8-bulan-dengan-rambut-ala-rapunzel/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Suami Isteri Yang Tak Pernah Berasmara Ini Beli Patung Bayi Untuk Berlatih Jadi Ibu Bapa
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham