Bayi pramatang ialah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan. Biasanya, lebih awal bayi dilahirkan maka lebih banyak risiko yang mungkin dihadapi bayi berkenaan dan cara jaga bayi pramatang pun lebih teliti.
Sekiranya bayi anda dilahirkan lebih awal, anda mungkin merasa bimbang membawa bayi pulang ke rumah di luar keselamatan hospital.
Tidak perlu risau penjagaan bayi pramatang tidak begitu berbeza dengan menjaga bayi normal. Anda hanya memerlukan sedikit perubahan di persekitaran bayi dan ikuti beberapa tips seperti berikut.
Cara jaga bayi pramatang
#1. Suhu yang betul
Anda perlu memastikan bahawa bayi anda berada pada suhu yang selesa dan selamat. Cara paling berkesan untuk melakukannya adalah dengan menambahkan lapisan pakaian atau menanggalkannya apabila perlu.
Cuba jangan memuatkan katil dengan selimut kerana ia boleh menaikkan suhu terlalu tinggi untuk dikendalikan oleh bayi. Beli termometer digital & jaga suhu bayi 36.5-37.3 C (97.6-99.1 F). Suhu bilik yang sesuai ialah 20-23 C.
#2. Membantu bayi anda tidur
Anda dapat membantu bayi tidur dengan lebih baik dengan menetapkan persekitaran yang tepat, seperti suhu sejuk dan pencahayaan yang redup di dalam bilik yang tenang. Bayi pramatang juga sering lapar pada waktu malam daripada bayi lahir cukup bulan kerana semakin kecil bayi, semakin kerap mereka perlu menyusu.
#3. Memandikan bayi anda dengan selamat
Air tidak boleh panas, sebaliknya suam. Basuh rambutnya dengan air biasa sahaja.
Jangan tambahkan pembersih cecair ke air mandi. Guna span mandi sehingga bayi mencapai 2.5 Kg
Elakkan menggunakan losen atau minyak sehingga bayi anda berumur sekurang-kurangnya sebulan.
BERKAIT : “3D print” saved baby’s life
Untuk memudahkan penjagaan anda, ingatlah 5S:
1. Sentuhan ibu
Sentuhan ibu merupakan faktor utama dalam memastikan bayi pramatang berada dalam keadaan stabil dan selamat. Dakaplah bayi rapat ke dada anda. Pergerakan ini bukan sahaja boleh menenangkan bayi, malahan ia juga boleh membantu merapatkan hubungan antara ibu dan anak.
2. Suara ibu meyamankan jiwa
Suara ibu juga mampu membantu menenangkan bayi pramatang anda.
Cuba luangkan masa berbicara dengan bayi pramatang anda dan ucapkan kata-kata penuh kasih sayang kepadanya.
BERKAIT: Dealing with colic
3. Susu ibu paling sesuai
Susu ibu sudah terbukti secara klinikal mengandungi segala nutrien dan zat yang penting. Oleh itu, ia merupakan makanan terbaik bagi bayi pramatang. Sekiranya anda tidak dapat menyusukan bayi anda atas sebab tertentu, bincanglah dengan doktor anda segera mengenai sebarang alternatif terbaik bagi susu ibu.
4. Semak keadaan bayi
Bayi pramatang mempunyai keadaan fizikal yang lebih lemah berbanding bayi yang dilahirkan cukup tempohnya. Oleh itu, bayi pramatang sudah pasti akan mempunyai keperluan yang lebih mendesak. Sentiasa perhatikan perubahan bayi pramatang anda dan rujuklah pada pakar perubatan sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara.
Biasanya, sekembalinya bayi pramatang dari hospital, mereka akan tidur sehingga 15 ke 22 jam sehari. Bayi pramatang biasanya tidak begitu menangis . Mereka akan lebih banyak menangis bila semakin hampir dengan tarikh sepatunya diahirkan.
5. Selitkan masa peribadi untuk ibu
Pastikan anda sebagai penjaga utama bayi mempunyai masa rehat untuk diri sendiri. Kami di sini amat memahami intuisi ibu untuk menjaga bayi mereka dengan sesempurna mungkin, namun jika anda sendiri tidak bertenaga, masakan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk menjaga bayi anda?
Apa yang penting, jangan lupakan bahawa anda telah berjaya melahirkan seorang lagi insan ke dunia ini. Jangan patah semangat dan terus berusaha demi anda dan juga bayi anda!
Pencegahan Sindrom Kematian Bayi Tiba-tiba (SIDS)
Ini adalah sindrom yang juga dikenali sebagai kematian mengejut atau kematian katil bayi di mana bayi tiba-tiba mati ketika tidur, biasanya dalam 6 bulan pertama kehidupan.
Bayi pramatang berisiko sedikit berbanding bayi cukup bulan. Masih belum diketahui dengan tepat apa yang menyebabkan SIDS, namun kita tahu langkah-langkah berikut membantu mencegah SIDS, seperti:
Jangan biarkan bayi anda tidur meniarap, ini boleh membahayakan tubuh kerana boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Tidak apa-apa jika dia berpusing dengan sendirinya kerana otaknya cukup matang untuk memberi amaran kepadanya tentang bahaya pernafasan.
Pastikan bayi tidur dalam pakaian yang selesa (kapas) elakkan terlalu banyak lapisan. (Overheating adalah penyebab utama SIDS).
Tidur mengiring juga tidak selamat – Kajian menunjukkan bahawa meletakkan bayi posisi mengiring dan bukannya di punggungnya menggandakan risiko SIDS.
Jangan tambahkan apa-apa di tempat tidur kecuali tilam. Tunggu sehingga ulang tahun pertama bayi anda sebelum menambah bantal atau selimut. Selimut, bantal dan patung lembut boleh menyekat pernafasan bayi anda.
Berhati-hatilah ketika tidur bersama – Semasa tidur di katil anda bayi anda mungkin lemas dengan bantal dan selimut.
Cuba elakkan tidur bersama sehingga dia besar sedikit,kerana terlalu banyak risiko ketika tidur bersama.
Menyusui dia selama yang anda boleh – Bayi yang menyusu badan lebih mudah terjaga dari tidur daripada bayi yang diberi susu formula, yang mungkin menjadi sebab bayi yang disusui cenderung mati akibat SIDS. Jangan merokok atau minum alkohol jika anda menyusu kerana ia meningkatkan risiko SIDS.
Aritkel ini ditulis oleh Saadah Baharudin dan pertama kali diterbitkan di lelaman Pregnant.my
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Lahir Pramatang Ini Seperti Alien, Tapi Bila Dah Besar, Comelnya!