Amaran Langkah Berjaga-Jaga, Kajian WHO Mendapati Coronavirus Dapat Hidup Dalam Udara

Jika sebelum ini, kuman penyakit misteri Covid-19 dikatakan takut air. Namun, kajian yang dilakukan mendapati virus ini mampu bertahan dalam udara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan laporan berita dua kes kematian sekaligus akibat wabak Coronavirus. Oleh hal demikian, anda dinasihatkan untuk menjaga kesihatan masing-masing dan mengurangkan pergerakan di luar rumah.

Dalam tempoh singkat, Malaysia menerima kesan apabila pelancong yang terlepas masuk ke negara ini dikesan terkena jangkitan yang setakat ini sudah lapan kes disahkan positif berada dalam kuarantin dan rawatan di hospital.

Amalan menjaga kesihatan

credit to sources

Berikutan beberapa hari lepas kerajaan telah mengisytiharkan Arahan Kawalan Pergerakan, ibu ayah perlu juga mempraktikkan amalan menjaga kesihatan diri sekeluarga.

Antaranya adalah dengan mengikuti tiga langkah utama perlindungan mencegah jangkitan Coronavirus 2019-nCoV mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah pertama adalah anda perlu kerap mencuci tangan menggunakan air, sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Sekiranya anda sekeluarga berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang diserang penyakit misteri ini, perkara yang perlu sentiasa ada bersama ialah penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

“Jauhkan diri dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala. Anda juga tidak disarankan untuk mengambil makanan dari sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna,” jelas KKM.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami jatuh sakit atau gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang melancong, segera mendapatkan rawatan perubatan di hospital yang berhampiran.

Jangan lupa untuk memaklumkan juga sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat agar proses saringan yang seterusnya dapat dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Coronavirus bertahan dalam udara

credit to sources

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mempertimbangkan langkah berjaga-jaga udara untuk kakitangan perubatan selepas kajian baru menunjukkan Coronavirus dapat bertahan di udara dalam beberapa keadaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Virus itu disebarkan melalui titisan atau sedikit cecair. Namun kebanyakannya berlaku melalui bersin atau batuk.

Menurut Ketua Kemunculan Penyakit dan Unit Zoonosi WHO, Dr. Maria Van Kerkhove, ketika petugas perubatan melakukan prosedur penjanaan aerosol mengikut rawatan perubatan, mereka mempunyai kemungkinan yang dipanggil sebagai aerosolisasi zarah, yang bermaksud virus berkenaan boleh tinggal dalam udara lebih lama.

”Hal yang sangat penting bagi pekerja penjagaan kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan ketika melakukan tugas merawat pesakit mengikut prosedur yang ditetapkan,”ujarnya.

Pegawai kesihatan dunia berkata penyakit pernafasan ini mampu merebak hubungan manusia kepada manusia hanya melalui titisan akibat bersin, batuk serta kuman yang berada pada objek tidak bernyawa.

Coronavirus boleh bertahan dalam udara bergantung kepada beberapa faktor seperti haba dan kelembapan.

Pegawai kesihatan, Kerkhove berkata, kajian yang dilakukan di beberapa buah negara menunjukkan keadaan persekitaran berbeza bagaimana virus Covid-19 dapat bertahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara khususnya, para saintis mengambil kira aspek kelembapan, suhu dan pencahayaan ultraviolet kerana ia dapat memberi kesan kepada penyakit serta jangka hayat ia dapat hidup pada permukaan berbeza termasuklah bahan keluli.

Pegawai kesihatan menggunakan maklumat tersebut untuk memastikan panduan yang dikeluarkan oleh WHO adalah relevan.

“Setakat ini kami yakin bahawa panduan dikeluarkan ini adalah sesuai,” tambahnya.

Meningkatkan perlindungan kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sehubungan itu, kakitangan perubatan yang digesa untuk menggunakan topeng muka jenis N95 kerana ia mampu menapis kira-kira 95%  zarah yang ada dalam cecair atau udara.

“Menyentuh aspek kemudahan penjagaan kesihatan pula, kami memastikan petugas menjaga kesihatan mengikut piawaian yang ditetapkan kecuali mereka melakukan  melakukan prosedur penjanaan aerosol,” katanya.

Menurut pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S, Robert Redfield mengatakan kongres bulan lalu bertindak secara agresif untuk menilai sejauh mana COVID-19 dapat bertahan, terutamanya pada sesuatu permukaan.

“Mengenai alat tembaga dan keluli, virus ini agak normal yang mengambil masa hampir dua jam. Tetapi pada permukaan lain seperti kadbod atau plastik,  ia sebenarnya mampu bertahan lebih lama.” ujarnya.

Manakala, menurut Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengatakan terdapat peningkatan perkembangan Covid-19 dalam tempoh seminggu yang lalu.

“Seluruh rakyat di dunia yang mengalami simptom Coronavirus perlu segera melakukan pemeriksaan. Ujian rapi perlu dilakukan terhadap setiap kes yang disyaki. 

Jika pesakit diuji positif, pengasingan diri perlu dilakukan dan petugas prubatan perlu menjejaki sesiapa yang telah bersentuhan dengan mereka dan perlu menjalani saringan ujian kesihatan juga,” kata Tedros.

Sumber: Cnbc, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsehidup-semati