6 Menu Bayi 7 Bulan, BERKHASIAT, Baik Untuk Kesihatan Anak!

Apabila bayi masuk 6 bulan,parents mesti teruja fikirkan menu. Apabila dia beralih bulan, makanannya bertekstur lain pula. Kami kongsikan menu bayi 7 bulan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak sudah memasuki usia enam bulan dan sudah boleh mula makan makanan pejal, ibu bapa pastinya teruja. Jadi kami kongsikan di sini, menu bayi 7 bulan yang boleh ibu bapa cuba.

Untuk bayi enam bulan biasanya makanan yang akan diberikan kepada mereka jenis benar-benar hancur dan teksturnya sangat halus. Tetapi jika sudah 7 bulan mungkin sudah boleh mula tektur yang kurang halus.

Ia bagi memastikan ada stimulasi pada otot mulut bayi yang amat membantu untuk perkembangan proses bercakap dan sebagainya. 

Baca juga: 4 resepi menu sarapan pagi yang anak anda pasti bakal suka!

Menu bayi 7 bulan, sedap dan mudah disediakan!

Pada usia enam bulan bayi hanya boleh mengambil puri atau bubur. Untuk puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus terlebih dulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan.

Jika anda merebus sayuran seperti kentang, brokoli dan lobak merah, sebaik-baiknya gunakan air rebusannya untuk mengisar makanan kerana ia mengandung nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi.

Selepas dikisar pastikan makanan tidak terlalu pekat, sebaik-baiknya buat agak cair kerana si kecil selama ini minum susu ibu sahaja. Lama-kelamaan anda boleh menghidangkan dalam keadaan sedikit pekat secara berperingkat.

Apabila bayi sudah beralih bulan, masa inilah ibu perlu jadi lebih kreatif mengolah makanan anak supaya si manja tidak bosan dan cerewet memilih makanan.

Jom cuba menu dikongsikan portal 9 bulan, 10 hari ini:

#1. Mee bolognese

Bahan-bahannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mee Bayi Organik
  • Ayam
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Lobak Merah
  • Brokoli
  • Tomato Ceri
  • Mirepoix
  • Chicken Feet Stock (CFS)
  • Pes Tomato
  • Oregano
  • Unsalted Butter

Cara-caranya :

  1. Cincangkan bawang putih dan bawang merah dan tumiskan bersama unsalted butter
  2. Bila dah naik bau, masukkanb cfs, mirepoix dan pes tomato
  3. Biarkan seketika dan masukkan ayam serta lobak merah
  4. Tambahkan sedikit air
  5. Kemudian, masukkan brokoli dan tomato
  6. Sambil itu, panaskan air untuk merebus mee.
  7. Bila air sudah mendidik, masukkan mee dan biarkan sehingga lembut

#2. Jejari kentang

Bahan-bahannya :

  • Satu biji kentang
  • Dua sudu tepung jagung
  • Lobak Merah
  • Brokoli

Cara-caranya :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kukus lobak merah dan brokoli untuk beberapa minit
  2. Kemudian cincangkan kedua bahan itu
  3. Rebuskan ubi kentang sehingga lembut
  4. Setelah masak, lenyekkan ubi kentang dan campurkan tepung jagung, lobak dan brokoli.
  5. Uli sehingga sebati dan bentukkan menjadi jejari panjang
  6. Untuk penyediaannya, jejari ini digoreng sehingga keemasan.

#3. Tofu buah

Bahan-bahannya :

  • Tofu Organik
  • Buah – mengikut kesukaan anda

Cara-caranya :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tofu perlu distim selama 10 minit
  2. Kisarkan buah tanpa air
  3. Campurkan kedua-dua bahan dan sedia untuk dihidangkan

#4. Nasi jagung ayam grill

Bahan-bahannya :

  • Beras
  • Ayam
  • Jagung
  • Brokoli
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Mirepoix
  • Mixed herbs
  • Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Masak bubur nasi seperti biasa
  2. Apabila nasi sudah mendidih masukkan jagung dan mirepoix.
  3. Sambil itu, perapkan ayam bersama bawang putih, halia dan mixed herbs
  4. Kemudian grillkan ayam di atas daun pisang
  5. Stimkan brokoli sehingga lembut
  6. Campurkan semua bahan dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi anda
  7. Titiskan evoo dan sedia untuk dihidangkan

#5. Bubur nasi dan tomato ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahannya :

  • Beras
  • Ayam
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Mirepoix
  • Pes tomato
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Panaskan air dan masukkan bawang putih, bawang merah, serai dan daun limau purut, mirepoix, pes tomato dan lobak merah
  2. Apabila mendidih masukkan ayam dan biarkan sekejap
  3. Masukkan brokoli
  4. Sambil itu, masakkan bubur nasi seperti biasa
  5. Campurkan dan kisarkan ia mengikut kesesuaian bayi anda
  6. Titiskan EVOO dan sedia untuk dihidang

#6. Mee sup ayam

Bahan-bahannya :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mee Organik Bayi
  • Ayam
  • Chicken Feet Stock (CFS)
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Brokoli
  • Sawi Pak Choy
  • Tomato Cherry
  • Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Panaskan air dan rebuskan mee sehingga lembut
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak
  3. Masukkan CFS dan tambahkan sedikit air
  4. Biarkan mendidih dan masukkan pula ayam dan biarkan seketika
  5. Masukkan brokoli, sawi dan tomato
  6. Campurkan mee bersama sup dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi anda

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: 9 bulan, 10 hari ini

Baca juga: Menu Dan Tip-Tip Memberi Makan Bayi Apabila Tumbuh Gigi

Penulis

Lala Annuar