X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Doktor Ini Kongsi Menu Pantang Mudah, Suami Pun Boleh Tolong Cuba Masak!

3 min bacaan
Doktor Ini Kongsi Menu Pantang Mudah, Suami Pun Boleh Tolong Cuba Masak!

Suami, anda pernah tak masak untuk isteri? Ha... kalau belum, cuba resepi bubur nasi yang cukup mudah ini. Isteri pasti rasa disayangi dan dihargai!

Nikmatnya rasa kalau dapat makan bubur nasi istimewa dari air tangan suami tercinta. Lagi best kalau dapat cuba menu berpantang bersalin yang mudah ini yang dikongsikan oleh seorang doktor.

Masakan simple pun boleh buat isteri rasa disayangi. Jadi ibu-ibu semua jangan malu, jangan segan nak minta suami tolong masakkan sekali sekala. Awak dah penat berjuang ketika bersalin, inilah masanya mereka menjaga anda pula. 

Sekali sekala, kan bagus jika suami tahu dan ‘teringat’ nak masak untuk isteri. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat isteri kerana melahirkan zuriat tercinta.

Jom kita lihat langkah menyediakan menu berpantang bersalin yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini. Mana tahu suami anda terbuka hati ingin mencuba!

10 langkah masak menu berpantang bersalin isteri 

menu berpantang bersalin

Resepi bubur special menu isteri berpantang bersalin 

Langkah 1:

  • Tumbuk dua ulas bawang putih, bawang merah, halia bersama ikan bilis. 
  • Jika tak mahu letak ikan bilis sekarang, boleh letak ketika menumis nanti. 
  • Tumbuk semua bahan tadi hingga halus dan hancur lumat. 

Langkah 2: 

  • Potong sebiji lobak dan beberapa biji sawi cina atau siew park choy. Lebihkan sayur lagi bagus. 
  • Potong bahan-bahan tadi hingga halus. 

Langkah 3: 

  • Basuh dan cuci beras. Kemudian bilas.
  • Cuci beras sambil membaca selawat dan beristighfar . 

Langkah 4: 

  • Kemudian, mulakan memasak dengan menumis dahulu bahan-bahan yang ditumbuk semasa langkah satu tadi. 
  • Biarkan sampai naik bau dan wangi. 
  • Masukkan minyak sapi sedikit. Jangan terlalu banyak. 

Langkah 5: 

menu berpantang bersalin, menu berpantang, menu ketika berpantang, menu semasa berpantang, menu semasa pantang, menu selepas bersalin, menu untuk ibu dalam pantang, berpantang, hidangan semasa berpantang, hidangan bubur untuk isteri, masak untuk isteri, masak buat isteri

  • Selepas itu,masukkan beras tadi bersama air panas. 
  • Sukat air tersebut dengan sukatan yang sesuai untuk masak bubur 

Langkah 6:

  • Masukkan sedikit garam supaya ada ‘rasa’ dalam masakan tersebut 

Langkah 7:

  • Apabila sudah sampai 10 ke 15 minit masukkan semua sayur tadi ke dalam bubur. Biar masukkan lambat asal sayur masih segar. 

Langkah 8: 

  • Gaul dan tunggu lebih kurang lima ke tujuh minit. Anda harus ‘jaga’ paras air. Bila nampak kering tambah air lagi. 

Langkah 9: 

  • Apabila sudah siap, tunggu bubur tersebut sejuk .
  • Seteleh itu boleh dihidangkan kepada isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. 

Langkah 10: 

menu berpantang bersalin, menu berpantang, menu ketika berpantang, menu semasa berpantang, menu semasa pantang, menu selepas bersalin, menu untuk ibu dalam pantang, berpantang, hidangan semasa berpantang, hidangan bubur untuk isteri, masak untuk isteri, masak buat isteri

Kredit: Eny Abdulllah.com

  • Taburkan sedikit bawang goreng. Biarkan bubur itu wangi dan selera isteri semakin bertambah.

P/s: Post yang dikongsikan oleh Taufiq Razif di laman Facebooknya ada sedikit gurauan. Ia supaya suami tidak anggap masak adalah satu perkara yang bosan atau menyusahkan. Bahkan, best tau bila tengok isteri seronok makan disebabkan masakan suami. 

Jangan lupa untuk minta suami anda mencuba resepi ini. Kemudian bolehlah kongsi gambar dengan kami. Selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr. Taufiq Razif

Baca juga: Menu Berpantang Ibu Bersalin, Mudah Boleh Cuba Untuk 44 Hari!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Doktor Ini Kongsi Menu Pantang Mudah, Suami Pun Boleh Tolong Cuba Masak!
Kongsikan:
  • Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

    Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

  • Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

    Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

  • Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

    Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

    Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

  • Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

    Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

  • Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

    Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.