10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah

Menu hari jadi anak menarik dan sedap mampu membuatkan majlis sambutan hari lahir si manja lebih sempurna. Tetamu yang hadir juga seronok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meraikan hari lahir anak menjadi salah satu kenangan manis dalam hidup mereka. Bagi ibu yang masih tercari-cari apakah menu hari jadi anak yang mudah dan sedap, kami kongsikan beberapa cadangan untuk rujukan anda.

Tidak dinafikan bahawa menyambut hari jadi tidak semestinya majlis yang besar dan mewah. Cukuplah sekadar ada sebiji kek dan menjemput orang terdekat.

Cadangan menu hari jadi anak yang mudah dan sedap

Buat ibu yang baru pertama kali merancang majlis hari jadi anak, ia mungkin menjadi perkara agak sukar. Banyak kerisauan akan bermain dalam fikiran dalam menentukan menu hari lahir. 

Risau tidak sedap, tidak kena dengan selera tetamu, kuantiti tidak mencukupi dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun berhenti overthinking, yang penting anda sebagai tuan rumah telah mencuba berikan terbaik.

#1. Nasi ayam

Siapa sahaja tidak suka makan nasi ayam, kan? Ia sebenarnya kategori makanan yang sesuai untuk dijadikan menu utama sewaktu majlis hari jadi anak.

Kebanyakan kanak-kanak juga menggemari nasi ayam kerana rasanya begitu enak dan isi ayam yang lembut.

#2. Bihun goreng penuh lauk

Meskipun nampak simple, hidangan sebegini sering menjadi perhatian kebanyakan tetamu kerana sifatnya yang tidak terlalu berat. Untuk menjadikan bihun goreng anda lebih enak, lebihkan lauk ayam, daging atau telur.

Jangan risau sekiranya ibu hanya menghidangkan bihun goreng kerana anda masih boleh lengkapkannya dengan pelbagai jenis menu sampingan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Nasi hujan panas

Nasi hujan panas ini cukup populor untuk sebarang majlis. Ia sesuai dihidangkan bagi meraikan tetamu. Warnanya yang begitu ceria dan keenakannya menjadi kegemaran ramai.

Anda boleh hidangkannya bersama ayam masak merah, daging masak hitam, kuah kari mahupun dalca.

#4. Laksa utara

Laksa sememangnya ada pelbagai jenis. Semuanya sedap-sedap. Namun laksa utara paling disukai ramai. Jadi pemilihannya sebagai menu utama majlis birthday anak mampu menaikkan selera para tetamu.

#5. Mee kari

Menu mee kari agak sukar diperoleh. Jadi ia sesuai dijadikan sebagai menu sambutan hari lahir si manja anda. Makan mee kari panas-panas dengan perahan limau nipis, pasti rasanya sempurna.

Silap-silap tidak cukup semangkuk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu hari jadi anak: makanan sampingan pelengkap majlis

#1. Apam polkadot yang berwarna-warni

Kuih ini selalunya dijual di kedai-kedai kecil dengan harga yang berpatutan. Malahan, ia menjadi viral suatu masa dahulu sehingga hari ini.

Rasanya juga tidak dapat dinafikan kerana sangat sedap. Tetamu kanak-kanak pasti menyukai apam polkadot ini kerana ia sungguh lembut dan berinti di dalamnya.

#2. Donut susu atau donut gula

Donut susu atau gula sudah cukup melengkapkan majlis hari lahir anak anda. Kalau yang mudah dijumpai adalah donut gula. 

Jika anda inginkan sedikit kelainan, boleh hidangkan donut susu. Kanak-kanak dan orang dewasa kerana rasanya lembut serta gebu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tat buah

Ia menjadi hidangan pencuci mulut yang sesuai dihidangkan untuk majlis kecil. Ia adalah tart yang diisi dengan kastard dan buah segar. Rasanya yang begitu mewah mampu membuatkan tetamu selalu teringat.

#4. Brownies

Selain kek hari jadi, ibu juga boleh menyediakan brownies. Ia adalah hidangan yang padat dengan coklat dan menjadi kesukaan ramai.

Potongan kecil sesuai dihidangkan di majlis istimewa si kecil anda. Rasa brownies lebih premium sekiranya topping diletakkan nutella ataupun karamel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Waffle dan nuget ayam

Sekiranya anda mampu menyediakan waffle, pasinya ia menjadi antara tarikan selepas menikmati menu utama. Tidak hanya kanak-kanak sahaja yang suka, orang dewasa pun sama.

Nuget memang tidak dapat dinafikan mempunyai ramai peminat. Namun ibu disaran memilih nuget daripada jenama berkualiti bagi mendapatkan rasa lebih sedap. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Idea Menu Jamuan Tadika Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak, Ibu Boleh Buat Di Rumah

Baca juga: Resepi Kek Batik Yang Mudah & Sedap, Menu Kudapan Petang Favourite Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Ibu Siapkan Jamuan Birthday, Pilu Dapat Tahu Anak Dijemput Ilahi Ketika Keluar Beli Kek

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan