Musim open house pasti ramai yang sedang memikirkan menu hidangan untuk tetamu datang bertandang. Jadi, kali ini kami kongsikan menu hari raya rumah terbuka yang mungkin boleh anda hidangkan pada tetamu yang datang!
Nampak lazat menu-menu ini malah untuk sediakannya pun tidaklah serumit mana gayanya. Yang penting ramai kata sedap!
Tips paling penting adalah pastikan menu yang anda sediakan ada yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Ialah tetamu anda pastilah bukan dewasa saja kan, pasti ada rakan dan saudara mara yang akan bawa anak-anak.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Menu hari raya rumah terbuka yang anda boleh sajikan kepada tetamu
- Menu istimewa rumah terbuka
Menu hari raya rumah terbuka yang anda boleh sajikan kepada tetamu
Tidak sah jika hari raya tiada rumah terbuka. Lebih-lebih lagi sudah dua tahun kita tidak dapat raikan secara beramai-ramai. Jadi sudah pastilah ada yang mahu mengadakan rumah terbuka dengan meriah dan lain dari yang lain tahun ini.
Pelbagai perkongsian dapat dilihat di laman sosial dengan pelbagai idea hidangan menu rumah terbuka. Antaranya termasuklah menu:
#1. Nasi ayam
Nasi ayam antara menu wajib yang biasa dihidangkan di rumah terbuka. Mungkin kerana ia sesuai dimakan oleh semua peringkat umur, jadi menu ini antara yang popular dihidangkan di meja ketika rumah terbuka.
#2. Oden
Ini memang lain dari yang lain. Tetapi sangat mengikut trend masa kini. Makanan yang berasal dari Korea ini yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia mungkin boleh menjadi salah satu hidangan rumah terbuka anda.
Mudah saja penyediaannya, mungkin ada yang hanya beli paste sedia ada dan masak saja.
#3. Laksa lemak siam
Mungkin ada yang tak pernah rasa. Tapi menu ini nampak sangat sedap dan pastinya menjadi hidangan yang lain daripada lain jika anda sajikan kepada tetamu!
#4. Mee kari
Mee kari antara menu yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain penyediaannya yang sangat mudah, ia juga sangat simple.
#5. Nasi arab
Sebut pun dah rasa sedap! Sekarang paste nasi arab sangat mudah didapati di mana-mana. Jadi bolehlah anda cuba hidangkan menu ini pada rumah terbuka nanti!
Menu istimewa rumah terbuka
Antara menu istimewa lain yang anda boleh sajikan kepada tetamu adalah:
- Tauhu sumbat
- Tauhu begedil
- Soto ayam
- Rojak buah
- Pecal jawa
- Lontong
- Kebab buah-buahan
- Aneka nasi (nasi dagang, nasi kerabu, nasi tomato, nasi hujan panas)
- Aneka mee (mee sup, mee rebus, mee celup)
- Yong Tau Fu
Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda semua yang bakal mengadakan rumah terbuka nanti!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Baca juga: 10 Makanan Rumah Terbuka Yang Enak & Jarang Orang Sediakan, Anak Kecil Pun Suka!
Baca juga: Dapat Jemputan Ke Rumah Terbuka? Jangan Lupa Ajar Anak Adab Beraya Ke Rumah Orang Terlebih Dahulu
Baca juga: 7 Tips Bagi Memastikan Majlis Open House Anda Berjalan Lancar & Tidak Kelam Kabut