Spageti Buttermilk Chicken Popcorn Untuk Jamuan Sekolah Anak, Sejam Masak Dah Siap!

Menu jamuan sekolah anak yang sedap dan mudah disediakan. Ibu boleh cuba buat spageti buttermilk chicken popcorn, ramai kanak-kanak suka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbicara tentang jamuan sekolah pasti ia menjadi sebuah kegembiraan buat anak-anak yang masih bersekolah. Masing-masing berlumba-lumba mahu membawa pelbagai menu jamuan sekolah dari rumah untuk dikongsikan bersama rakan sekelas dan guru-guru.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menu jamuan sekolah: Resepi spageti buttermilk chicken popcorn yang sedap dan mudah
  • Pilihan menu untuk dibawa ke sekolah ketika jamuan

Ibu-ibu pastinya akan pening kepala apabila anak pulang memberitahu bahawa  ada jamuan makan-makan di sekolah.

Perkara pertama berlegar dalam fikiran anda tentunya ingin menyediakan hidangan jamuan kanak-kanak yang mudah, sedap dan lain daripada yang lain.

Menu jamuan sekolah: Resepi spageti buttermilk chicken popcorn yang sedap dan mudah

Seperti sedia maklum, menu jamuan sekolah perlu disediakan mengikut citarasa para pelajar untuk memberikan teruja saat mereka melihatnya. Serta pastinya perlu menjadi pilihan mereka untuk menjamu selera.

Jika sahaja ada lebihan boleh juga mereka bertukar-tukar menu untuk dibawa pulang. Anak akan menjadi lebih seronok apabila juadah dibawa mereka menjadi pilihan rakan-rakan untuk bertukar-tukar.

Menurut Hurun’lin Malik, beliau telah berkongsi resepi masakan beliau ketika menyediakan juadah untuk jamuan sekolah agama di Facebook dalam kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN). Beliau menyediakan spageti buttermilk chicken popcorn.

Sekolah kebangsaan dah setel, kena pikir menu jamuan sekolah agama pula kan. Nah ain buat menu ni senang siap dalam 1 jam je. 6 pagi start masak, pukul 7 dah siap2 pack, anak dah boleh bawa ke sekolah. Alhamdulillah

Bahan-Bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 paket spageti
  • 1 tin susu cair
  • 10 ulas bawang putih
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • Daun kari
  • 5 sudu besar butter
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • Air masak
  • Popcorn chicken (goreng guna airfryer)

Cara-cara:

  1. Rebus spageti hingga lembut.
  2. Tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari  hingga wangi.
  3. Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
  4. Masukkan 1 tin susu cair.
  5. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  6. Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi then baru taburkan chicken popcorn di atas supaya tidak lembik. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Creamy Vege Soup Yang Sedap, Sesuai Untuk Pikat Selera Si Kecil Makan Sayur

Baca juga: 5 Resepi Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak, Confirm Boleh Buat Anak Berselera!

Baca juga: Resepi Kuah Sate Untuk Kanak-Kanak, Guna Sos Buah-Buahan & Sayur-Sayuran! Anak Yang Cerewet Pun Boleh Makan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof