5 Resepi Puri Buah & Sayur Untuk Bayi 6 Bulan, Sangat Berkhasiat & Sedap!

Hidangan buat si kecil 6 bulan yang cukup sedap dan mudah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan supaya ibu bapa menunggu sehingga anak berusia enam bulan untuk menyediakan menu makan bayi 6 bulan ini. 

Mengikut kajian 2013 pula, bayi yang mula makan beberapa jenis makanan pepejal pada usia enam bulan mempunyai risiko rendah untuk alami alergi dan asma.

Namun, ibu bapa harus pastikan mereka menunjukkan tanda-tanda minat dalam makanan pepejal yang diberikan. Selain itu, sebaiknya rujuk pakar kanak-kanak anda supaya dapat maklumat yang lebih jelas berkaitan pemakanan bayi. 

Berikut ada 5 jenis puri yang bagus untuk menu makan bayi 6 bulan yang boleh anda cuba. 

Menu Makan Bayi 6 Bulan – 5 Idea Puri Sedap & Berkhasiat

#1. Puri kacang pis hijau 

Bahan – bahan:

  • Kacang pis hijau 
  • Susu badan 

Cara-cara membuat: 

  1. Letakkan kacang pis ke dalam periuk kukus dan stim sehingga lembut, kira-kira 15 minit. 
  2. Masukkan kacang pis dan susu badan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus menjadi puri. 
  3. Tapis halus kacang pis tersebut bagi menghilangkan ketulan. 
  4. Siap untuk dihidangkan. 

#2. Puri avocado 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Organik avocado 
  • Susu badan atau air 

Cara-cara membuat: 

  1. Basuh dan buang kulit avocado.
  2. Stim avocado hingga lembut 
  3. Kisarkan avocado dan susu badan sehingga jadi puri.
  4. Siap untuk dimakan. 

#3. Puri sweet potato bakar 

Bahan-bahan:
  • Sweet potato/keledek ubi 

Cara-cara membuat: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Buang kulit dan cuci bersih.
  2. Panaskan dalam oven 180 C. Tusukkan sweet potato dengan garfu. 
  3. Letakkan di atas dulang dan panggang selama 45 minit sehingga lembut. 
  4. Setelah masak keluarkan dari oven dan lenyek dengan garfu hingga menjadi puri. 
  5. Untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut anda boleh tambah susu badan/ formula ke dalamnya. 

#4. Puri Zucchini 

Bahan – bahan:

  • 1 biji zucchini

Cara-cara membuat: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Buang kulit zucchini dan basuh bersih. 
  2. Stim dalam periuk kukus selama 5 minit.
  3. Keluarkan dari periuk dan sejukkan dalam 5 minit.
  4. Kemudian, kisar zucchini sehingga hancur dan lembut menjadi puri. 

#5. Yogurt & Berry swirl 

Bahan-bahan: 

  • 125 gram blueberries 
  • 125 gram raspberries 
  • Yogurt susu 

Cara-cara membuat: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Basuh bersih blueberries dan raspberries. 
  2. Campurkan kedua-dua buah itu dalam food processor. Kemudian kisar menjadi serbuk puri. 
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. 
  4. Pindahkan ke mangkuk dan sejukkan (puri berry ini perlu disejukkan dalam peti ais dan ia tahan 3 hari) 
  5. Hidangkan puri berry itu bersama yogurt susu. 

Okey ibu, anda boleh cuba sekarang! 

Nota: Kalau nak buat stok, anda boleh simpan dalam freezer dengan bentuk kiub. Jika nak guna, panaskan saja selama 30 saat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca juga: 5 Resepi Salmon Yang Wajib Dicuba Para Ibu, Baik Untuk Otak Bayi & Tinggi Omega-3

Baca juga: Bayi Dah Mula Makan Pejal? Ini Resepi Makanan Mudah & Berkhasiat Untuk Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan