Menu Pantang Sendiri Berasaskan Ayam & Ikan, Tinggi Protein Bantu Pulihkan Luka Bersalin

Menu makanan pantang sendiri ini boleh buat ibu-ibu bekalkan tenaga yang cukup dan mempercepatkan proses penyembuhan luka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu makanan pantang sendiri sememangnya mudah sahaja untuk disediakan. Khususnya bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah dan nakkan kelainan dalam menu makanan harian. Mesti bosan kan kalau asyik makan makanan sama?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menu makanan pantang sendiri berasaskan ikan
  • Menu makanan pantang sendiri berasakan ayam yang sedap 

Jadi, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa menu berasaskan ikan dan ayam yang lazat lagi menyelerakan yang anda boleh cuba sendiri sewaktu berpantang di rumah. Siapa kata lauk pantang tak sedap kan? Jom baca!

Menu makanan pantang sendiri berasaskan ikan

Bagi peminat ikan, ini dia resepi-resepi yang anda harus cuba.

#1. Siakap stim

Bahan-bahannya:

  • Ikan siakap
  • Bawang putih dan bawang merah dihiris
  • Halia dan serai dihiris
  • Lada hitam
  • Air limau nipis (boleh tukar asam jawa)
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Letak semua bahan atas ikan dan kukus ikan sehingga masak untuk beberapa minit.

#2. Ikan bakar berempah

Bahan-bahannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ikan
  • Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
  • Halia ditumbuk
  • Kunyit tumbuk atau boleh ganti dengan serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Lada hitam

Cara memasak:

1) Lumurkan semua bahan pada ikan
2) Bakar ikan sehingga masak

#3. Kari ikan (tanpa santan)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahannya:

  • Ikan
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Halia
  • Halba campur
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Kari ikan
  • Tomato
  • Sedikit air

Cara memasak:

1) Tumis bawang putih dan bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2) Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3) Masukkan kari ikan..masak sehingga pecah minyak.
4) Masukkan air, ikan dan air asam jawa. 
5) Bile ikan dah masak, masukkan garam dan tunggu sehingga mendidih..siap.

Menu makanan pantang sendiri berasakan ayam yang sedap 

#1. Ayam bakar berempah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahannya:

  • Ayam
  • Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
  • Halia – tumbuk
  • Kunyit – tumbuk
  • Serai – tumbuk
  • Lengkuas – tumbuk
  • Serbuk kari
  • Lada hitam
  • Garam
  • Gula/ madu

Cara memasak:

1)  Gaul semua bahan bersama ayam dan perap sekejap.
2) Bakar sehingga ayam bakar berempah masak.

#2. Ayam ungkep lada hitam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahannya:

  • Ayam
  • Bawang putih – kisar
  • Bawang merah – kisar
  • Halia – kisar
  • Kunyit – kisar
  • Ketumbar – kisar
  • Jintan – kisar
  • Serai – ketuk
  • Lada hitam
  • Air asam jawa

Cara memasak:

1) Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2) Masukkn serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3) Kemudian masukkan ayam dan air secukup rasa
4) Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5) Bila ayam dah masak, masukkan garam,asam jawa dan lada hitam, gaul sebati dan siap

**Sekiranya tidak mahu tumis, anda boleh juga masukkan semua bahan dalam kuali, tutup kuali, dan masak sehingga ayam masak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

Baca Juga: Doktor Ini Kongsi Menu Pantang Mudah, Suami Pun Boleh Tolong Cuba Masak!

Baca Juga: Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Yang Sihat & Mudah, Suami Pun Boleh Buat!

Penulis

Nina Osman