Ini Makanan Tadika? Pinggan Berkongsi, Nasi Sejemput & Ayam Secubit, Luahan Ibu Kecewa

Makanan anak di tadika cukup mengecewakan, ibu ini luahkan rasa hati yang terpendam sekian lama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu makanan adalah aspek penting dalam kehidupan manusia seharian supaya dapat mengekalkan kesihatan yang baik bagi seseorang.

Apatah lagi, Bahagian Pemakanan di Kementerian Kesihatan Malaysia telah berusaha mempromosikan kepentingan pemakanan ini di samping meningkatkan kualiti menu makanan yang optimum.

Disebabkan itu, Bahagian Pemakanan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyediakan Panduan Perancangan Menu Makanan di pusat jagaan supaya dapat mengenali saiz hidangan yang tepat.

Walaubagaimanapun, semalam kami dapati masih ada lagi menu makanan di pusat jagaan kanak-kanak yang menyediakan makanan yang tidak betul.

Hal ini telah mendatangkan kemarahan kepada salah seorang ibu kanak-kanak tersebut dan bertindak dengan viralkan hidangan anak semasa di bawah jagaan tadika/taska.

Berikut perkongsian daripada Sharifah Hasinah Shahajam berkaitan isu terbabit:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kita mengharapkan anak dijaga denga baik tapi mempersoalkan bayaran bulanan yang perlu dibayar.

“Tapi sebaliknya inilah makanan yang diberikan kepada anak-anak transit dan tadika.

“Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap dan telur dadar. Tapi saya tak endahkan sebab ingat kan kadang-kadang sahaja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikannya. Ternyata makanan yang disediakan hanyalah nasi, kicap dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi bersama enam orang anak.

“Diharap dapat penjelasan dari pihak tadika terbabit,” katanya.

Sihat dengan menu makanan mengikut Piramid Pemakanan Malaysia

Semestinya pemakanan yang baik dapat memastikan tubuh memperolehi tenaga dan nutrien yang berterusan serta mencukupi bagi mengekalkan fungsi sistem tubuh, melakukan aktiviti harian dan mengurangkan risiko masalah pemakanan serta melindungi daripada penyakit berjangkit.

Jom ikuti saranan daripada Piramid Makanan Malaysia ini yang merupakan asas penting dalam pengambilan makanan seharian anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Keseimbangan

Sajikan menu secara seimbang yang merangkumi daripada lima kumpulan makanan yang terdapat dalam Piramid Makanan.
– Sajikan roti bersama susu atau telur pada waktu sarapan. Elakkan menghidang dengan roti kosong sahaja.

#2. Kepelbagaian

– Sajikan pilihan menu dalam setiap kumpulan pemakanan dengan mendapatkan kombinasi nutrien dari makanan berlainan.

– Contohnya elak hidangkan ayam sahaja setiap hari cuba pula makanan lain seperti ikan atau sotong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kesederhanaan

– Sajikan makanan dalam kuantiti yang sesuai supaya anak-anak jagaan tidak makan terlalu sedikit atau terlalu banyak.

– Makanan dalam aras lebih bawah perlu dimakan dalam kuatiti yang lebih berbanding makanan di aras lebih atas.

– Lemak, garam dan gula terletak di aras paling atas sebab itu perlu dikurangkan. Selain, kurangkan makanan bergoreng dan manis.

Piramid makanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan sedikit: Lemak, minyak, garam dan gula
Makan secara sederhana: Ikan, ayam, daging dan kekacang
Makan banyak: Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makan secukupnya: Nasi, mi,roti, bijirin, produk bijirin dan ubi

Cara memasak yang lebih sihat

Contoh makanan yang disarankan

1. Oat segera, Emping jagung dan bijirin campuran

– Hidangkan bersama susu rendah lemak dan buah-buahan seperi pisang atau kismis.

2. Roti dengan keju, tosai dan roti naan

– Hidangkan roti dengan keju, telur hancur (scrambled egg) atau kacang panggang (baked beans) dan hidangkan tosai atau roti naan dengan dal.

3. Nasi dengan lauk – Bubur bersayur – Nasi ayam dengan sayur

– Lebihkan sayur-sayuran dalam hidangan nasi, contohnya timun tomato dan salad dalam nasi ayam atau acar. Kemudian dalca sayur dalam nasi beriani.

4. Mi sup, Bihun tom yam, laksa utara

– Lebihkan sayuran dan pelbagaikan warna dalam hidangan

5. Ulam, sup sayur, sayur goreng

– Pelbagai jenis sayuran dalam menu utama

6. Jambu batu, betik dan puding buah

7. Kacang hijau , kacang dal, tauhu

– Masak kekacang dalam masakan berkuah atau sup. Contohnya sup tauhu, kari dhal dan lain-lain.

8. Ikan asam rebus, ayam panggang, sup daging

– Guna cara yang sihat seperti bakar, kukus dan rebus.

9. Pau kukus, popia basah dan apam kukus

10. Air kosong, jus buah-buahan dan susu soya

*****************

Justeru, diharap kes makanan taska itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan pihak yang terbabit melakukan pemantauan yang lebih rapi di pusat-pusat jagaan di seluruh Malaysia.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sharifah Hasinah Shahajam, Nutrition

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcara-membuat-makanan-bayi