Senarai Menu Open House Yang Mudah & Sedap, Jadi Kesukaan Keluarga Serta Tetamu

Menu open house popular untuk hari raya Aidilfitri yang sedap ini sering menjadi pilihan ramai untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahu anjurkan rumah terbuka Aidilfitri tetapi tiada idea jenis makanan mahu dihidangkan kepada tetamu. Di sini terdapat menu open house sebagai idea, nampak mudah dan anda boleh sediakannya di rumah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menu open house sewaktu hari raya Aidilfitri

6 menu open house sewaktu hari raya Aidilfitri

Menu dan resepi setiap hidangan ini dikongsikan oleh seorang wanita, Nana Ismail menerusi hantaran di Facebook.

Ini senarai menu-menu tersebut yang boleh dicuba dan disediakan sewaktu rumah terbuka. 

1- Mi rebus

Bahan-bahan untuk kuah:

(A)

  • kentang dan keledek (rebus)
  • cili kering
  • udang kering

(Kisar halus kesemua bahan A)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

(B)

  • sos cili
  • sos tiram
  • asam keping
  • gula melaka
  • gula
  • garam (secukup rasa)
  • tepung ubi

Cara-cara:

  • Rebus bahan A bersama sos cili, sos tiram dan asam keping (tidak perlu menumis, tambah air sahaja).
  • Masukkan gula melaka, gula serta garam secukup rasa. Apabila menggelegak, tambahkan air lagi.
  • Bancuh tepung ubi dengan air serta masukkannya untuk pekatkan kuah.

Bahan-bahan untuk mi:

  • mi (celur)
  • telur rebus
  • tauhu goreng
  • cucur tepung + daun bawang
  • bawang goreng
  • cili hijau besar
  • limau kasturi atau nipis

Jika suka, boleh tambah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • sawi rebus
  • tauge celur
  • fish cake goreng
  • cili padi

2- Nasi ayam

Bahan untuk ayam:

  • ayam seekor jangan dipotong
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu madu
  • 1 susu minyak bijan

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan halia serta lumur pada ayam untuk diperap 1-2 jam atau lebih.
  • Rebus ayam dalam air panas menggelegak 5-6 minit. Air sudah panas, barulah masukkan ayam. Jika mahu kulit cantik glowing, tutupkan periuk tersebut.
  • Angkat ayam dan sapukan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
  • Gantungkan ayam 1-2 jam atau lebih supaya ayam kering. Kulit ayam akan nampak cantik serta tidak meletup apabila digoreng.
  • Untuk menggoreng, jirus ayam dengan minyak yang betul-betul panas dan apabila kulit ayam telah kering sedikit, benamkan ayam dalam minyak panas. Apabila sudah siap goreng, angkat ayam dan sapu dengan madu bagi berkilat.

Bahan untuk nasi:

  • 4 pot beras
  • 2 sudu marjerin
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu kecil garam
  • daun pandan
  • sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:

  • Cairkan marjerin, tumis bawang besar, bawah putih dan halia yang telah dikisar serta daun pandan. Selepas itu, masukkan kiub ayam dan garam.
  • Kemudian, letakkan sedikit serbuk kunyit, air rebusan ayam dan beras. (sukatan air dua kali ganda daripada masak nasi biasa)

Bahan untuk sos cili:

  • 1/2 senduk nasi cili kering (dikisar)
  • 4 biji cili merah besar dikisar bersama 5 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan sos cili
  • gula
  • garam
  • cuka
  • tepung jagung

Cara-cara:

  • Masak semua bahan dan tambah sedikit air.
  • Apabila cili sudah masak, masukkan tepung jagung yang sudah dicampur air. Ikut kepekatan yang anda suka.

Bahan untuk kicap:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan kicap manis
  • gula

Cara-cara:

  • Tumis bawang puti dengan sedikit minyak. Masukkan kicap, sos tiram dan tambah air.
  • Jika mahu pekat, boleh letakkan tepung jagung yang dicampur dengan air.

Untuk sup pula, gunakan resepi sup biasa.

3- Kuah lontong

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan untuk kuah

  • 5 batang terung (potong serong)
  • 20 biji tauhu (1 biji potong 8, digoreng)
  • 6 ketul tempe (potong nipis, digoreng)
  • 3 pek kecil suhoonn (rendam)
  • 6 pek sederhana fhucuk (rendam)
  • 1/2 kg kacang panjang (potong serong)
  • 6 batang lobak merah (potong memanjang)
  • kubis (ikut suka nak banyak mana
  • 1 inci halia
  • serbuk kunyit
  • garam
  • 5 biji cili merah (hiris nipis)
  • 3 labu bawang besar (hiris nipis)
  • santan
  • segenggam udang kering (rendam)
  • 1 labu bawang putih (hiris nipis)

Cara-cara:

  • Tumis bawang putih, bawang besar, halia, udang kering, cili merah sehingga layu dan tumis bersama kunyit.
  • Masukkan semua sayur dan tumis sedikit.
  • Masukkan santan, ikut pekat yang kita mahu. Letak air sedikit demi sedikit dan garam.
  • Apabila sudah menggelegak, masukkan tempe dan tauhu.
  • Rasa secukupnya dan masukkan suhun dan pucuk serta masak sehingga sayur empuk.

Bahan sambal tumis ikan bilis:

  • RM3 cili kering, buang biji dan rebus bagi lembut (dikisar)
  • RM2 bawang besar (dikisar)
  • sedikit belacan jika suka (dikisar)
  • ikan bilis (goreng garing)
  • asam jawa
  • garam
  • gula

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis cili kering sampai garing dan pecah minyak.
  • Masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan ajinomoto (jika suka). Biarkan hingga masak, sedikit pekat dan perasalah sambal tersebut.
  • Biarkan sejuk sekejap baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng.

4- Mi kari

 

Bahan untuk kuah:

  • 1/4 ekor ayam (minta penjual ayam cincangkan)
  • udang
  • daging hiris nipis
  • kerang direbus ambil isinya (jika mahu)
  • fishball dan fishcake (jika mahu)
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 bungkus kecil rempah kari daging
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • bunga lawang
  • cili kisar
  • santan pekat paket kecil
  • air
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan kayu manis.
  • Agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air dan cili kisar.
  • Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, daging dan udang dan kacau sebentar.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Kemudian masukkan santan.
  • Tunggu mendidih masukkan tauhu kering dan kerang.
  • Kemudian tambahkan gula dan garam ikut perasa anda.

Bahan untuk mi:

  • mi kuning (basuh dan kukus)
  • tauge (basuh, tidak perlu celur kerana lebih rangup)
  • kacang panjang (kukus)
  • daun sup, daun bawang (hiris halus)
  • bawang goreng
  • telur rebus
  • tauhu kering (dipotong)

5- Bihun sup tulang utara

 

Bahan-bahan untuk bihun:

  • 1 peket bihun
  • 1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit

Cara-cara:

  • Rebus bihun dalam air mendidih yang ditambah serbuk kunyit.
  • Sudah agak lembut, bihun terus bilas dengan air paip dan kemudian ditapis.

Bahan sampingan dimakan bersama bihun:

  • daun bawang
  • daun sup
  • lobak masin
  • bawang goreng
  • tauhu goreng

Bahan untuk sup tulang:

  • 1 kg tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak untuk sup lagi sedap
  • 2 batang serai ketuk
  • 2-3 inci halia diketuk
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • sedikit batang daun sup
  • air secukupnya menutupi daging. Jika lagi banyak air, lebihkan bahan-bahan sup.

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan bahan di dalam periuk.
  • Rebus sehingga empuk, kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
  • Selepas sup siap masak, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Jika tidak mahu, tidak mengapa.

Bahan untuk cabai merah:

  • cili kering dikisar (beli siap dikedai juga boleh)
  • sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
  • asam keping atau air asam jawa atau cuka
  • garam dan gula

Cara-cara:

  • Tumis bawang kemudian masukkan cili dan masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka.
  • Seterusnya garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit sos cili sekiranya tidak mahu masukkan gula.

6- Bihun Singapura

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (direndam)
  • sayur-sayuran (ikut citarasa anda)
  • 1 peket kecil lada hitam (dikisar)
  • isi ayam (dipotong kecil)
  • udang
  • daun bawang atau daun sup
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • garam dan gula

Cara-cara:

  • Tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  • Masukkan lada hitam (kuantiti ikut tahap kepedasan yang anda suka).
  • Masukkan isi ayam dan udang serta kacau seketika.
  • Masukkan sayuran dan sedikit air (anggarkan sendiri).
  • Masukkan garam dan gula, masukkan bihun yang sudah ditapis airnya serta goreng sehingga lembut.
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang, kacau sedikit dan tutup api.

Bagaimana dengan resepi-resepi menu open house di atas? Nampak menarik bukan, jadi bolehlah mencuba untuk dihidangkan kepada tetamu sewaktu acara rumah terbuka. Selamat mencuba.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Cha Bang Ang Atau Aroikah Yang Mudah & Sedap, Minuman Viral Dari Thailand

Baca juga: Resepi Kuah Sate Untuk Kanak-Kanak, Guna Sos Buah-Buahan & Sayur-Sayuran! Anak Yang Cerewet Pun Boleh Makan!

Baca juga: Menu Raya Wajib Anda Cuba! Ini 5 Resepi Lemang Kukus Yang Sedap & Berlemak