theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

MENU SAHUR Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu, Kekal Bertenaga!

4 min bacaan
•••
MENU SAHUR Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu, Kekal Bertenaga!MENU SAHUR Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu, Kekal Bertenaga!

Menu sahur ringkas yang kami kongsikan ini akan membantu ibu menyusu di luar sana untuk kekal bertenaga sepanjang hari! Jom cuba amalkan.

Penghasilan susu ibu banyak bergantung kepada pemakanan dan minuman ibu. Jadi kali ini kami kongsikan menu sahur ringkas tetapi penuh berkhasiat untuk ibu menyusu!

Jika ditanya kepada ibu menyusu, adakah mencabar bila menyusukan anak ketika berpuasa, rata-rata memberi jawapan sama, memang mencabar.

Lebih-lebih lagi jika hujung minggu malah ketika ini ramai yang bekerja dari rumah, jadi kekerapan anak menyusu lebih banyak. 

Menu sahur ringkas tapi berkhasiat untuk ibu menyusu!

Disebabkan itu menu bersahur amat penting ia mestilah berkhasiat dan boleh mengekalkan pengeluarsan susu. Jangan pandang remeh kepentingan bersahur ini kerana ia penentu anda lembik atau penuh bertenaga sepanjang berpuasa. 

#1. Kurma

Menu sahur ringkas

Kredit: ceriasihat

Siapa yang tak tahu khasiat Kurma kan. Kurma banyak khasiatnya sebab kurma mengandungi kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan.

Kandungan glukosa yang tinggi berfungsi untuk membekalkan kembali tenaga dengan cepat dalam badan ibu yang menyusukan anak setelah seharian berpuasa. Seperti dalam Hadith ‘Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma’. Jadinya, belilah kurma banyak-banyak.

#2. Buah-buahan

Buah-buahan memang terkenal dengan khasiatnya. Ibu menyusu digalakkan makan buah-buahan segar setiap hari. Macam buah Oren. Sebab buah Oren mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya.

Manakala anggur, betik dan blueberi mengandungi antioksidan yang paling tinggi. Setiap buah memang ada khasiatnya. Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa.

#3. Sayur-sayuran

Ada ibu menyusu yang tak makan sayur? Jika boleh, jadikan sayur sebagai makanan wajib dalam menu anda. Sayur segar perlu ada dalam menu makanan setiap hari untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12 dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

Macam sayur bayam dan juga brokoli, mengandungi kalsium, tinggi kandungan antioksida dan serat makanan serta tiinggi dengan Vitamin A (Penting untuk fungsi mata dan kesihatan kulit. Rugi tau tak makan sayur.

#4. Green smoothie/jus

Menu sahur ringkas

Kredit: physician committee

Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih lebih. Blend bayam, strawberi, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.

#5. Susu segar/susu kurma

Fresh milk sangat bagus untuk ibu yang menyusukan sebab ia mengandungi sumber kalsium, protein, vitamin B dan D. Sekurang-kurangnya amalkan 3 cawan fresh milk setiap hari untuk bekalan kalsium yang secukupnya untuk tubuh badan sendiri dan untuk si kecil.

Kalau tak lalu minum fresh milk, boleh try susu kurma. Buat sendiri juga boleh. Kalau malas nak buat, boleh beli susu kurma yang ready made.

#6. Oat

Menu sahur ringkas

Kredit: bacteriality

Oat memang terkenal kerana khasiatnya kepada kesihatan terutama sekali kepada kesihatan jantung. Selain daripada itu, oat juga membantu ibu menyusu kerana ianya mengenyangkan, dapat memberi lebih tenaga dan melawaskan sistem pembuangan.

Bagi yang biasa amalkan oats untuk sarapan, amalkan organic rolled oats dengan susu, susu kambing atau dengan air milo. Ikut kesedapan tekak.

#7. Telur rebus/separuh masak

Kaya dengan protein dan Omega 3. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk anak.

Boleh ambil telur rebus atau separuh masak semasa sahur, jangan digoreng sebab goreng akan rosakkan telur kuning dan menyebabkan telur kuning jadi transfat yang bahaya.

#8. Roti wholemeal

Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.

Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Manakala Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu selain memberi lebih tenaga untuk ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung dan lain-lain.

Jangan lupa amalkan menu berkhasiat ni tau. Kita ibu menyusu yang berpuasa ni perlu lebih banyak tenaga. Anak nak menysu lagi. Nak buat kerja rumah. Nak masak menu untuk berbuka puasa lagi. Pastikan korang bersahur.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: fizahrahman

Baca juga: 7 Idea Hidangan Sahur Yang Ringkas Dan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • MENU SAHUR Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu, Kekal Bertenaga!
Kongsikan:
•••
  • 6 Pilihan Pembakar Roti Yang Best, Nak Sediakan Sarapan Untuk Anak Pun Lebih Mudah!

    6 Pilihan Pembakar Roti Yang Best, Nak Sediakan Sarapan Untuk Anak Pun Lebih Mudah!

  • Resepi Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil Cuba, Mudah & Cepat Disediakan, Tak Perlu Berdiri Lama

    Resepi Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil Cuba, Mudah & Cepat Disediakan, Tak Perlu Berdiri Lama

  • Mitos Menyusu Badan Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu! Senang Naik Berat? Jangan Percaya!

    Mitos Menyusu Badan Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu! Senang Naik Berat? Jangan Percaya!

app info
get app banner
  • 6 Pilihan Pembakar Roti Yang Best, Nak Sediakan Sarapan Untuk Anak Pun Lebih Mudah!

    6 Pilihan Pembakar Roti Yang Best, Nak Sediakan Sarapan Untuk Anak Pun Lebih Mudah!

  • Resepi Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil Cuba, Mudah & Cepat Disediakan, Tak Perlu Berdiri Lama

    Resepi Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil Cuba, Mudah & Cepat Disediakan, Tak Perlu Berdiri Lama

  • Mitos Menyusu Badan Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu! Senang Naik Berat? Jangan Percaya!

    Mitos Menyusu Badan Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu! Senang Naik Berat? Jangan Percaya!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Garis Panduan Komuniti
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi