X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bagus Untuk Kandungan, Ini Rupanya Khasiat Kurma Yang Ramai Tidak Tahu!

3 min bacaan
Bagus Untuk Kandungan, Ini Rupanya Khasiat Kurma Yang Ramai Tidak Tahu!

Kurma merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Selain memberi tenaga, ketahui beberapa lagi manfaat buah kurma untuk tubuh kita.

Buah yang satu ini memang serasi dengan bulan Ramadhan, malah umat Islam khususnya sering memilih kurma sebagai salah satu hidangan berbuka. Ini kerana selain mengikut sunnah, tentunya mereka tidak mahu terlepas mendapat khasiat kurma yang ternyata baik untuk tubuh.

Bukan pada bulan puasa sahaja, malah pada hari kebiasaannya juga ramai yang makan kurma setiap hari. Tahukah anda, kalau makan kurma 3 biji sehari dalam seminggu pun anda sudah boleh nampak kesannya?

khasiat kurma

Kredit: tasteofhome.com

Khasiat Kurma dengan Pengambilan 3 Biji Sehari Dalam Seminggu

1. Mengurangi Risiko Kanser Usus Besar

Selain memastikan makanan dapat dicerna dengan baik, kurma juga membantu memastikan keadaan usus besar lebih sihat dan bebas bakteria. Ini termasuklah melawaskan sistem pencernaan dan membantu usus besar bekerja dengan baik sehingga mengurangkan risiko kanser usus besar.

Kurma juga boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang menghalang terjadinya kanser.

Baca juga: 30 makanan yang memperkuatkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan

2. Baik Untuk Menambah Tenaga

Manfaat buah kurma yang lainnya adalah menambah tenaga apabila diperlukan, kerana kandungannya seperti gula semulajadi, glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Komponen dalam kurma lebih sihat berbanding minum tenaga dan suplemen lain kerana kandungan serat, potasium, magnesium, vitamin dan oksidannya lebih bersifat semulajadi untuk membuatkan badan lebih bertenaga dan fit.

Terutama sekali untuk ibu-ibu yang sarat mengandung ya! Sudah pasti pengambilan kurma membantu menambah tenaga untuk anda meneruskan hari. Malah ia juga salah satu makan yang disarankan untuk diambil sebelum masuk dewan bersalin.

3. Sistem Pencernaan Yang Baik

Tahukah anda, hanya dengan pengambilan 1 cawan kurma ia bersamaan 12 gram serat yang diperlukan tubuh? Ini bermakna 48% dari keperluan seharian sudah dipenuhi. 

Jadi tidak hairanlah dengan  pengambilan 3 biji kurma sehari boleh membantu melancarkan pencernaan.

Berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, mmmbuktikan bahawa individu yang mengamalkan pengambilan kurma sebanyak 7 biji sehari selama 21 hari menunjukkan frekuensi buang air besar yang lebih baik dan peningkatan pergerakan usus berbanding yang tidak mengamalkannya.

khasiat kurma

Kredit: healthline.com

4. Otak Lebih Cerdas

Kurma mengandungi vitamin B6 yang terbukti meningkatkan tahap kerja otak dengan membantu tubuh menghasilkan serotonin dan norepinefrin. Serotonin  berfungsi mengatur suasana hati manakala norepinefrin membantu tubuh mengatasi tekanan, yang diakibatkan oleh kurangnya vitamin B6 dalam badan yang menyebabkan stress.

Keadaan tubuh tanpa tekanan dan tenang menjadikan otak lebih alert dan sedia untuk belajar dan menerima maklumat baru.

5. Mengatasi Masalah Buasir

cara merawat sembelit

Kredit: womenshealthmag.com

Buasir merupakan keadaan di mana vena di anus dan dubur mengalami radang dan bengkak. Keadaan ini biasanya disebabkan dan menjadikan ketegangan di hujung saluran pencernaan.

Bagi membantu mengatasinya, para doktor akan mengesyorkan diet pemakanan yang tinggi serat, dan kurma merupakan salah satu makanan yang boleh membantu masalah buasir.

6. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular

Salah satu manfaat buah kurma adalah menyihatkan sistem kardiovaskular. Kalium yang terkandung dalam buah kecil ini diketahui dapat menurunkan LDL (kolesterol jahat) yang menyebabkan penyumbatan di arteri, penyebab stroke dan serangan jantung.

Ha…apa kata kita mula makan 3 biji kurma sehari? Bagi ibu hamil, khasiat kurma pastinya lebih banyak ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Bagus Untuk Kandungan, Ini Rupanya Khasiat Kurma Yang Ramai Tidak Tahu!
Kongsikan:
  • Mengidam Nasi Putih Dengan Sambal Petai Ketika Hamil? Ini Risiko Yang Anda Perlu Tahu

    Mengidam Nasi Putih Dengan Sambal Petai Ketika Hamil? Ini Risiko Yang Anda Perlu Tahu

  • Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

    Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Mengidam Nasi Putih Dengan Sambal Petai Ketika Hamil? Ini Risiko Yang Anda Perlu Tahu

    Mengidam Nasi Putih Dengan Sambal Petai Ketika Hamil? Ini Risiko Yang Anda Perlu Tahu

  • Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

    Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.