4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater

4 menu sarapan pagi yang kami sediakan ini bukan saja mudah, berkhasiat, malah boleh buat anak kenyang dan lebih bertenaga untuk memulakan hari mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susah betul nak fikir menu sarapan  yang berkhasiat dan sedap untuk anak-anak, kan? Lebih-lebih lagi apabila anak-anak sekarang ini kebanyakannya duduk di rumah dan belajar dalam talian.

Dengan nak kejutkan mereka sudah menjadi satu hal, apatah lagi nak suruh mandi dan pakai baju! Semua ibu kena buat, jadi tidak terkejut apabila ibu tidak ada masa nak fikir tentang menu sarapan.

Tapi, jangan begitu ibu-ibu semua… Sarapan merupakan makanan paling penting untuk beri kita tenaga.

Sarapan juga dapat menghalang kita dan anak-anak dari makan snek yang tidak sihat sementara menunggu waktu makan tengah hari. Tanpa sarapan, anak akan mudah kurang fokus dan cepat marah!

4 resepi menu sarapan  anak yang berkhasiat 

Tapi, jangan pening-pening kepala. Kami telah menyediakan 4 resepi menu sarapan  pagi anak yang mudah, pantas dan berkhasiat untuk santapan anda seisi keluarga.

Dan jangan lupa untuk sediakan segelas susu bagi setiap menu sarapan  pagi anak ini. Okay mari tengok apa pilihan menu sarapan pagi anak yang anda patut cuba ini. Baca sekarang ya, jadi esok boleh terus buat sebelum anak-anak bangun!

1# Pancake buah

Kredit: Pexels

Resepi menu sarapan pagi yang satu ini sangat mudah untuk dibuat dan ia boleh buat mengikut citarasa sendiri. Cuma sediakan adunan pancake pada sebelah malam (atau guna adunan ready made).

Kemudian, anda hanya perlu potong buah kesukaan anak anda dan susun ia menggunakan kreativiti anda. Anak pasti suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Oatmeal dengan epal hancur

Kredit: The Worktop

Campuran buah dan oatmeal ini merupakan menu sarapan pagi yang sihat untuk mulakan hari anda atau anak-anak!

Anda hanya perlu hiris epal dan campurkan ia dengan oatmeal kesukaan anak anda dan sedikit hiasan seperti cornflakes, biskut gandum atau kismis. Anda juga boleh tambah sedikit gula perang agar rasa lebih sedap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian ia boleh dimakan begitu saja! Ha… senang, kan?

3# Smoothie buah-buahan

Kredit: Kitchen Sanctuary

Bila anda tiada masa untuk menyediakan menu sarapan pagi ataupun makan sarapan itu, anda boleh minum saja sarapan! Menu sarapan pagi untuk anak-anak yang paling mudah untuk dibuat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan resepi ini tidak memerlukan anda untuk menghidupkan api, anda boleh sediakan sarapan ini sambil melihat anak-anak bersiap ke sekolah.

Masukkan buah frozen ke dalam blender, campurkan juga greek yogurt dan sedikit susu segar. Blendkan semua bahan-bahan dan berikan kepada anak anda sebelum mereka berkejar keluar untuk ke sekolah.

Sempat buat pagi ini, kan?

4# Tortilla bungkus

Kredit: Archana’s Kitchen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tentu anak-anak anda tak percaya bila anda cakap anda nak buat tortilla bungkus sebagai menu sarapan pagi mereka!

Resepi ini mengambil lebih masa berbanding resepi yang lain tapi anda boleh buat ia siap-siap pada hujung minggu. Ia juga boleh dijadikan antara satu aktiviti yang menarik untuk keluarga sebelum anak-anak masuk tidur.

Untuk resepi ini, anda perlukan 2 biji telur, 2 tin kacang hitam atau jagung, 1 bawang, satu cawan ketumbar, 1 lada merah dan beberapa keping tortilla.

Mula-mula, hancurkan telur dan ketepikan. Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar dan masukkan telur.

Letak 2 sudu adunan pada setiap tortilla dan biarkan sejuk. Akhir sekali letak tortilla ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk beku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu pagi, apabila anda sedia untuk makan letakkan cheese dan microwave sehingga cheese cair.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga: 6 Pilihan Pembakar Roti Yang Best, Nak Sediakan Sarapan Untuk Anak Pun Lebih Mudah!

Penulis

Nadia Ghafar