TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

4 min bacaan
Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

Sekarang ramai parents yang pening bagaimana cara anak fokus belajar online di rumah kerana tidak boleh ke sekolah. Mungkin boleh cuba tips di bawah nanti.

Susulan pandemik Covid-19, sesi pembelajaran banyak secara dalam talian. Bagi anak yang berumur bawah lapan tahun agak sukar untuk mereka menumpukan perhatian. Jadi bagaimana cara anak fokus belajar dalam talian? Apa yang parents boleh lakukan?

Sejak sesi persekolahan bermula pada 20 Januari lalu, terlalu banyak luahan ibu bapa boleh dilihat di beberapa platform media sosial terutama Facebook dan Twitter.

Ramai yang meluahkan bahawa sangat sukar untuk buat anak tumpukan perhatian dalam kelas online. Malah lebih mencabar jika anak yang baru di peringkat tadikan dan tahap satu persekolahan iaitu tahun satu, dua dan tiga.

Baca juga: Ajar Anak Bersihkan Rumah Dengan Panduan Mengikut Umur Ini

Cara anak fokus belajar online, parents boleh cuba cara ini

Cara anak fokus belajar

Tahukah anda, menurut tutorkami.com, berdasarkan kajian, setiap orang menyukai salah satu daripada tiga kaedah pembelajaran yang dinyatakan iaitu visual, auditori dan kinestetik yang menggunakan tiga jenis deria iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan.

Adakah anda gaya belajar anak anda? Sebelum kami kongsikan cara untuk mengenalpasti, kami kongsikan dulu serba sedikit mengenai setiap satu elemen pembelajaran.

Visual : Pelajar visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambar rajah.

Auditori : Pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran. Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam pembelajarannya.

Kinestetik : Pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan.

Jika anak anda sukar untuk fokus dalam kelas online, mungkin dia jenis kinestetik.

5 cara ajar anak kinestetik fokus kelas online

Cara anak fokus belajar

Tips ini dikongsikan Terapis Carakerja, Siti ‘Aisyah Rozalli. Yang mana perkongsiannya mengatakan anak kinestetik ini adalah anak yang asyik bergerak.

Anak jenis ini memang tidak boleh duduk dia. Zaman belajar online ini katanya memang anak-anak yang kinestetik ni akan struggle lebih.

Tetapi, ada cara untuk kita bantu kurangkan kesukaran dan cabaran mereka untuk cuba fokus online ini. Mungkin ibu bapa di luar sana boleh cuba cara ini. Mana tahu lepas ini dia boleh lebih fokus dalam kelaskan.

Jom lihat apa tekniknya!

#1. Duduk atas gymball

Boleh cuba berikan anak kinestetk duduk atas gymball sambil belajar. Memang ada kajian yang mengatakan anak-anak boleh fokus lama sikit bila didudukkan atas gymball.

Sebabnya mereka boleh gerak-gerakkan badan dan tidak duduk secara statik berbanding seperti di atas kerusi beli saiz 45 inci atau 55 inci kalau umur anak anda sekitar 6 – 9 tahun.

#2. Elak duduk di depan dinding

Kita selalu ingat kalau duduk depan dinding, akan kurang distraction kan? Tetapi sebenarnya duduk depan dinding akan buat anak rasa ‘lemas’. 

Anak yang kinestatik ini perlukan visual rest. Kadang kala mereka ini kena pandang jauh kadangkala pandang dekat. Kalau duduk berhadapan dinding kita akan hilangkan visual rest anak dan buat mereka lagi stress! Maka disebabkan itu anak-anak ini akan bergerak lebih banyal. 

#3. Tutup semua distraction

Janganlah pasang tv, radio atau apa saja ketika anak anda sedang pembelajaran online. Mestilah anak-anak akan terganggu untuk pergi tengok dan dengar.

Bekerjasamalah dengan keadaan. Jangan pula anak bukak tv yang sudah pasti akan menganggu tumpuan anak-anak. Hilangkan perkara yang boleh buat dia terganggu tumpuan.

Disiplinkan diri anda barulah anak akan lihat keadaan belajar itu serius dan mahu tidak mahu mereka perlu fokus!

#4. Beri sensory break

Cara anak fokus belajar

Jika anak nampak restless cuba berikan mereka 3-5 minit rehat untuk anak melompat sekejap, senaman sekejap, mengunyah atau apa-apa saja. Ibarat take 5 orang dewasa jika dalam seminar dan sebagainya. 

Tapi perlu buat deal awal dengan anak, selepas break perlu sambung belajar dan fokus!

#5. Encourage anak. Jangan patahkan semangat mereka

Elak putuskan semangat anak dengan kita putus semangat dulu. Anak serap semangat dari mak ayah tau. Jadi kita usaha untuk galakkan anak kita.
“You can do this!”
“It’s okay, rest dulu, kejap lagi sambung”
“Takpe takpe. Kita usaha lagi”.

Sumber: tutorkami.com, Siti ‘Aisyah Rozalli

Baca juga: 7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar
Kongsikan:
  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham