Menyanyi Lagu Antara 6 Aktiviti Boleh Tingkatkan IQ Bayi Anda!

Menyanyi dan belajar ABC boleh membantu anak anda. Namun, mereka sebenarnya boleh terima pelajaran lebih daripada itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya kemahiran boleh diajar pada anak. Sejak diawal usia antara 1 hingga tiga tahun, yang sering diajar adalah menyanyi lagu kanak-kanak, ABC dan 123.

Namun, lebih daripada itu IQ dan minda anak boleh terima. Mereka boleh terima pelajaran lebih daripada itu sebenarnya. Otak anak ini bukan calang-calang ya. 

Menurut terapis cara kerja Aishah Kassim, untuk anak di bawah usia tiga tahun banyak sebenarnya kemahiran yang boleh diajar kepada mereka.

Faedah Menyanyi Untuk Bayi Anda

Menyanyikan lagu untuk si kecil anda memberikan kelebihan dan faedah yang tersendiri. Muzik dapat memberikan anak anda pembelajaran, bahkan keselesaan serta kasih sayang. 

Bayi anda pastinya akan menyukai suara anda. Jadi apabila anda menggunakan suara anda untuk menyanyi kepadanya, bayi anda sudah tentu dapat merasakan kasih sayang yang mendalam daripada anda.

Apabila anda menyanyikan lagu yang sama pada waktu yang sama, contohnya ketika mendodoikan bayi untuk tidur, bayi anda sebenarnya akan belajar tentang peralihan dan berasa selamat dalam rutinnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, minda bayi anda juga akan berkembang dengan setiap lagu baharu yang ditonton olehnya atau dinyanyikan oleh anda. Bahkan, menyanyi juga boleh dianggap sebagai sejenis ‘permainan’ yang diperlukan oleh bayi bagi membantu kemahiran mendengarnya. 

Lagu Terbaik Dinyanyikan Kepada Bayi

#1. Lagu klasik

  • “If You’re Happy and You Know It!” Lagu bertepuk tangan yang menggembirakan ini mengajar bahagian badan (bantu bayi anda bertepuk tangan sehingga dia boleh melakukannya sendiri).
  • “She’ll Be Coming ‘Round the Mountain.” Banyak perkataan berbentuk tindakan yang menjadi isi di dalam lagu ini, jadi gunakanlah perkataan tersebut dengan sebaiknya dalam setiap ayat.
  • “Head, Shoulders, Knees and Toes.” Lebih banyak bahagian badan diperkenalkan dalam lagu ini. Lagu ini lebih menyeronokkan kerana ia akan menjadi pantas sedikit demi sedikit.
  • “Miss Mary Mack.” Pakaian menjadi topik dalam lagu klasik ini. Bagus untuk anda nyanyikannya di waktu pagi sambil memakaikan baju anak anda.
  • “Itsy-Bitsy Spider.” Hujan turun! Gunakan tangan anda untuk meniru hujan dan kemudian buat “O” besar untuk menunjukkan matahari.
  • “The Farmer in the Dell.” Ahli keluarga disenariokan secara real dalam cerita riang tentang kehidupan di ladang ini, yang boleh anda peribadikan untuk keluarga anda sendiri.
  • “Hush Little Baby.” Nyanyikan lagu ini untuk mendodoikan anak anda. 
  • “The Children’s Marching Song (Nick Nack Paddy Whack).” Lagu ini boleh membantu bayi anda untuk belajar nombor dan mengira 🙂
  • “You Are My Sunshine.” Lagu tidur yang menenangkan ini pastinya akan membuatkan anak anda tidur lena. 
  • “Somewhere Over the Rainbow.” Lagu ini sangat indah dan sesuai untuk bayi anda. 

#2. Lagu moden 

  • “Baby Shark.” Lagu ini  sangat menyeronokkan dan ia menyentuh setiap ahli keluarga dengan isyarat tangan yang comel.
  • “Blackbird.” Dengarkan lagu ini semasa di taman ketika bersama si kecil anda.
  • “I Wanna Hold Your Hand.” Pegang tangan bayi anda semasa anda mendengar lagu ini. Pasti bertambah kasih sayang anda dengan bayi!
  • “Can’t Help Falling in Love.”Anda mungkin sudah jatuh cinta dengan bayi baru anda, tetapi teruskan memberitahunya tentang perasaan anda melalui lagu ini.
  • “Rainbow Connection.”Lagu ini adalah mengenai impian yang ingin dicapai walau apa jua rintangan sekalipun.
  • “Ain’t No Sunshine.” Gantikan dengan nama bayi anda ketika menyanyikan lagu ini. Pasti lebih menyentuh hati. 
  • “Dear Theodosia.” Lagu menyayat hati ini daripada muzikal hit Hamilton.
  • “Hallelujah.” Lagu ini sangat popular ya untuk dinyanyikan kepada bayi!
  • “Upside Down.” Lagu ini pada asalnya ditulis untuk filem Curious George.
  • “Your Song.”  Bayi anda akan menyukai lagu Elton John ini dan anda akan menghargai lirik yang bernas.

#3. Lagu lucu

  • “There Was an Old Lady Who Swallowed a Fly.” Nombor di dalam lagu ini mengikut corak, ditambah pula dengan labah-labah, burung dan kucing. Pasti seronok.
  • “Fried Ham.” Lagu ini bersifat lucu namun cukup sesuai untuk bayi anda.
  • “On Top of Spaghetti.” Banyak adegan lucu dalam lagu ini, namun cukup memberikan mesej kepada si kecil anda. 
  • “Baby BumbleBee.” Serangga, haiwan dan setiap benda liar yang lain dimasukkan ke dalam lagu lucu ini, bersama-sama dengan kosa kata yang sangat baik.
  • “This Little Piggy.” Baringkan bayi anda di atas riba sambil menarik perlahan setiap jari kaki mungilnya. 
  • “Elmo’s Song.” Anda boleh menukar nama bayi anda dengan Elmo untuk meningkatkan keseronokan bersama bayi.
  • “The More We Get Together.” Hubungan kemasyarakatan dan persahabatan adalah pengajaran yang boleh dipelajari dalam lagu ini.
  • “Where Is Thumbkin?” Lagu ini pastinya akan menggembirakan bayi anda!
  • “Wheels On The Bus.” Banyak ayat di dalam lagu ini mengajar tentang orang di dalam bas dan peranan yang mereka mainkan (ibu bapa, bayi, pemandu).
  • “Five Little Monkeys.” Lagu ini pasti akan membuatkan anda dan bayi terhibur! 

Bukan Hanya Menyanyi Lagu Kanak-kanak, ABC, 123, Banyak Lagi boleh Ajar

Kemahiran anak ini bukan terbatas hanya kepada menyanyi, ABC dan 123 malah ia sebenarnya lebih lagi. Banyak lagi boleh anda ajarkan pada anak-anak ini. 

Untuk anak di bawa usia tiga tahun, banyak lagi kemahiran penting yang boleh diajar selain ABC, atau 123. Antaranya termasuklah mengajar mereka mengenai:

#1. Mengenali objek, haiwan

Mengenal objek di sekeliling anak secara tak langsung akan membuat anak lebih peka dengan keadaan di sekeliling mereka. Ia akan mengajar mereka untuk sentiasa peka dengan pelbagai keadaan.

Tidak perlu ajar yang susah-susah pun, apa yang ada depan mata mereka setiap hari seperti baju, seluar, botol susu, sikat, kerusi, kasut, sofa, meja dan sebagainya pun sudah memadai. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alatan permainan juga anda boleh cuba kenalkan pada mereka seperti bola. Selain itu juga, anda juga boleh mengajar si manja anda untuk mengenali haiwan dengan menunjukkan kepada mereka permainan berunsurkan haiwan, ajar mereka buat bunyi dan sebagainya. 

#2. Kata kerja

Kata kerja yang mudah seperti ambil, bawa, minum dan makan yang mana anak buat setiap hari. Mungkin anda boleh perkenalkan satu kata kerja setiap hari kepada anak.

Setiap hari satu saja dan anda akan terkejut bila mereka mula menggunakannya. Tidak kisah sama ada bahasa apa yang anda ingin gunakan asalkan anak anda faham.

#3. Kemahiran bersosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar anak untuk belajar bersosial. Tetapi dalam musim pandemik ini ia mungkin terhad. Bagaimanapun, tidak salah untuk anak cuba ajar anak melambai orang lain, untuk meningkatkan self esteem anak untuk bersosial dengan orang lain.

Boleh jadi bayi yang lahir musim pandemik ini akan jadi bayi yang takut orang kerana mereka memang langsung tidak jumpa orang lain melainkan ahli keluarga yang dikenali.

#4. Kemahiran berkomunikasi dua hala

Ini juga penting. Cuba ajar anak anda bermain telefon untuk perkenalkannya dengan komunikasi dua hala. Ia bagi membolehkan dia faham bahawa wujudnya komunikasi dua hala dalam dunia ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ingat, jangan biarkan mereka tertumpu kepada gajet untuk tempoh masa yang lama ya. Ia bahaya untuk mata dan rangsangan otak anak anda. 

#5. Kemahiran berfikir dan kognitif, selesaikan masalah

Mungkin anda boleh beli mainan yang memerlukan mereka untuk menyelesaikan masalah. Tidak perlulah terlalu susah, ada dijual di pasaran yang mana anak perlu memasukkan bentuk geometri ke dalam lubang mengikut bentuk yang sama.

Permainan seperti ini sudah memadai bagi anak-anak pada usia ini untuk menyelesaikan masalah.

#6. Aktiviti sensori dan motor kasar atau halus

Ini salah satu yang sangat penting. Dedahkan anak anda dengan aktiviti sensori seperti bermain pasir, slime, air dan sebagainya. Beri mereka pengalaman menyentuh pelbagai tekstur dan permukaan.

Tapi anda haruslah awasi mereka dengan sebaiknya takut termakan pula. Aktiviti sensori ini amat baik untuk merangsang motor halus kanak-kanak yang penting untuk mereka gunakan ketika menulis nanti.

Boleh Ajar ABC, 123 Dengan Cara Kreatif

Bukanlah tak boleh ajar ABC atau 123 langsung pada anak, tetapi gunalah secara tidak langsung dengan kehidupan seharian tanpa perlu beri penekanan dan abaikan kemahiran yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia ini tidak perlu sangat fokus pada akademik. Berapa ramai generasi zaman sekarang, jika dilihat memang cerdik pandai tetapi tiada adab, tiada kesopanan dan tidak menghormti orang yang lebih tua. 

Sudah pasti anda tidak mahu anak jadi begitu kan? Jadi didiklah anak anak satu-persatu mengikut perkembangan dan kemahiran seusia mereka.

  1. Educational App Store (n.d). Best Nursery Rhymes Apps for Children. www.educationalappstore.com/best-apps/best-nursery-rhymes-apps-for-children
  2. NPR (July 24, 2015). A Playlist For Newborns. www.npr.org/sections/allsongs/2015/07/24/425052370/a-playlist-for-newborns
  3. What to Expect (Aug 18, 2021). Best Songs to Sing to Your Baby. www.whattoexpect.com/playroom/playtime-tips/sing-to-your-baby.aspx
 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Lengkap Anak 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Berguna Untuk Ibu

Baca juga: Amboi Perkembangan Anak Umur 5 Tahun Ini, Ada Saja ‘Akal’ Mereka Untuk Hiburkan Orang!

Baca juga: Perkembangan dan milestone anak umur 4 tahun

Penulis

Lala Annuar