Menjadi seorang ibu memang sangat mengujakan. Tapi, ada terrlalu banyak perkara yang perlu disiapkan lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk menyusu bayi baru lahir.
Terdapat beberapa soalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu dalam persiapan untuk menyusu bayi baru lahir. Dan hari ini, kami di theAsianparent akan berkongsikan jawapan untuk semua soalan-soalan lazim tersebut dari padangan pakar.
Memahami asas penyusuan adalah kunci untuk anda yang ingin menyusu bayi baru lahir. Jadi, Dr. Wong Boh Boi, Penolong Pengarah (Klinikal) dan pengajar ParentCraft dari Thomson Medical Centre akan berkongsi tip menyusu bayi baru lahir dan menjawab soalan-soalan yang biasa ditanya oleh ibu menyusu.
Jom semak apakah kata-kata dan tips dari doktor pakar ini.
5 soalan yang sering ditanya tentang proses menyusu bayi baru lahir
1. Bagaimana menguruskan anak kembar semasa menyusu?
Dr. Wong: Perkara paling penting dalam menyusu bayi baru lahir lebih-lebih lagi bayi kembar ialah rehat yang cukup. Menyusukan seorang demi seorang secara bergilir. Berikan masa untuk badan anda menyesuaikan diri.
Setelah badan mulai selesa, cuba menyusu bayi baru lahir itu dengan serentak. Menyusukan bayi kembar agak mencabar, tapi selepas beberapa ketika, anda akan merasa lebih baik.
2. Adakah bayi ada had untuk minum? Berapa lama ibu perlu menyusu bayi baru lahir?
Dr. Wong: Ini soalan yang bagus dan ia sering kali ditanya. Selalunya bayi akan memerlukan 1 per 3 susu badan. Apa yang akan disarankan ialah cuba mengepam 100ml susu terlebih dahulu kerana bayi jarang menyusu lebih daripada itu. Lebihan susu juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Bagi bayi baru lahir, ibu disarankan untuk menyusu dalam tempoh 5 hingga 10 minit untuk satu payudara.
3. Adakah terdapat makanan yang perlu dielak ketika menyusu bayi?
Dr. Wong: Selepas pulang dari UK, Dr. Wong terkejut mendengar yang hampir semua ibu menyusu mengatakan mereka mengelak makan kobis kerana takut bayi akan kembung. Namun apabila beliau membuat kajian, didapati kobis jika dikisar dan diminum si ibu, ia elok untuk membanyakkan susu.
Tiada makanan yang harus dielak tapi pastikan anda makan di dalam kuantiti yang sederhana. Contohnya jika anda suka kopi, boleh minum kopi asalkan ia dalam kuantiti sederhana dan bukanlah berlebih-lebihan.
4. Adakah susu akan surut selepas bengkak susu?
Dr. Wong: Apabila payudara bengkak, anda harus mengepam dan melegakannya. Sekiranya dibiarkan, risiko susu surut akan berlaku.
Namun sekiranya sakit yang berdenyut dan tiada susu yang keluar apabila dipam, anda boleh cuba meletakkan kobis di payudara untuk melegakan.
5. Bagaimana untuk mengelak bayi kolik?
Dr. Wong: Makan makanan tertentu dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh menjadi punca kolik. Contohnya halia yang banyak digunakan sebagai rawatan melegakan angin.
Kolik ialah satu keadaan di mana bayi menangis berjam-jam lamanya dan selalunya berlaku 2 minggu selepas dilahirkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore, Thomson Medical Centre
Baca juga:
Bayi maut lepas minum susu ibu yang dicampur air – bayi menyusu tak perlu air!