Kejadian ini berlaku kira-kira dua tahun lalu pada bulan Oktober. Sewaktu itu, wanita bernama Florence Leung ini “hilang” selepas keluar rumah.
Ia menyebabkan seluruh keluarga dan suaminya mencari di merata tempat. Setelah puas mencari, pihak polis menemui tubuh wanita tersebut tidak bernyawa. Beliau dipercayai membunuh diri kerana mengalami meroyan atau post partum depression.
Sebelum ditemui mati, suaminya membuka halaman Facebook “Remembering Mother Florence Leung” yang dibuat bagi memudahkan pencarian wanita tersebut.
Dalam poster yang dimuat naik suaminya itu, ia diisi lengkap butiran diri Florence Leung beserta tiga keping gambarnya tanpa cermin mata, foto semasa hilang dan tersenyum.
Setelah mendapat tahu isterinya meninggal dunia kerana bunuh diri, Kim Chen terus menggunakan halaman Facebook tersebut bagi menyebarkan kesedaran kepada para ibu supaya lebih berhati-hati jika mengalami masalah meroyan selepas bersalin.
Surat terbuka suami buat isteri yang mati kerana meroyan selepas bersalin
****
Ketika kejadian ini berlaku, polis muncul di depan pintu rumah aku. Sewaktu itu aku tidak tahu apa yang bakal mereka katakan.
Ya, ia sama seperti yang anda lihat dalam drama TV ketika polis menyampaikan berita buruk -ada raut wajah muram yang terlihat. Bezanya adalah ini kenyataan dan realiti yang harus aku tempuhi.
Aku rasa telah terpisah dengan kehidupan sebenarku. Impian di masa hadapanku tak akan pernah terjadi.
Kini aku hanya bertahan supaya kuat menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini. Tapi aku tetap pasrah dengan apa yang berlaku.
Aku sering mengingat kembali kenangan kami selama lima dan enam tahun yang lalu penuh dengan kebahagiaan.
Namun pada ketika ini, kenangan itu hanya membuatkan aku rasa sakit dan merindu isteriku itu yang teramat sangat.
Disebabkan itu aku tidak melihat gambar dan video kami selama dua minggu terakhir ini.
Sekarang aku mengerti betapa pentingnya bersikap baik pada diriku sendiri dan tidak tenggelam dengan perasaan sedih itu.
Anak lelaki kami membesar dengan baik. Bahkan berat dan ketinggiannya juga menunjukkan positif pada usianya itu. Dia juga suka tertawa dan tersenyum.
Kini, dia sudah boleh duduk dan diharap si kecil ini akan terus membesar dengan sihat.
Bagi semua ibu yang mengalami meroyan, kemurungan, tekanan dan jiwa berkecamuk selepas melahirkan, diharap mendapatkan bantuan atau meluahkan perasaan anda itu kepada seseorang.
Jangan ingat anda sedang bersendirian.
Jangan pernah ingat anda seorang ibu yang gagal atau merasa bersalah kerana tidak boleh menyusu secara eksklusif. Ataupun sebab-sebab lain yang membuatkan anda rasa menyendiri.
Aku masih ingat ketika membaca buku rujukan hamil Flo di hospital yang mengatakan “Susu ibu adalah sumber makanan wajib bagi bayi bawah umur enam bulan di tahun pertama,”.
Selain itu, terdapat juga poster di ruang unit bersalin itu mengatakan payudara adalah yang terbaik untuk menyusukan anak.
Walaupun setuju tentang manfaat susu ibu, tapi perlu juga ada pemahaman tentang masalah tertentu yang dialami ibu dan bayi boleh dilengkapi dengan nutrisi yang terkandung dalam susu formula.
Susu formula juga adalah pilihan tepat yang bagus diberikan pada bayi.
Selepas ini, aku akan ceritakan lebih banyak maklumat tentang ini di masa hadapan.
Bukan hanya di hospital, kadang-kadang masyarakat setempat juga sering memberi tekanan pada ibu untuk memberikan susu badan secara eksklusif meskipun payudara ibu tak dapat menghasilkan susu dengan banyak.
Lalu ia menyebabkan sang ibu alami tekanan dan meroyan.
Bahkan suami sering kecewa dengan sikap isteri yang selalu ‘moody’ sedangkan mereka langsung tak menolong atau memahami perasaan ibu yang mengalami tekanan perasaan ini.
Semoga kita menjaga hati isteri dan ibu yang sudah berkorban nyawa melahirkan seorang bayi yang ditunggu-tunggu pasangan suami isteri.
Bagi ibu yang mengalami masalah tekanan perasaan ini, percayalah bahawa anda tidak bersendirian. Masih ada pilihan lain yang boleh dilakukan supaya mengurangkan tekanan yang dialami itu.
***
Semoga perkongsian ini membuka mata masyarakat dalam membantu para ibu yang mengalami masalah yang sama.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan