7 Tahun Menanti, Mimpi Suami Mengenai Isterinya Mengandung Jadi Kenyataan, Alhamdulillah!

lead image

Mimpi suami ini bahawa isterinya sedang mengandung jadi nyata apabila isterinya disahkan mengandung setelah tujuh tahun mereka mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa saja yang tidak gembira, tujuh tahun cuba dapatkan zuriat, akhirnya jadi kenyataan. Kali ini cerita berlainan apabila mimpi suami yang isterinya mengandung jadi kenyataan.

Mungkin tidak mahu buat isterinya sedih, si suami tidak memaklumkan pada isterinya yang dia sudah mimpi isterinya mengandung.

Takdir menyebelahi mereka apabila setelah lama menanti, akhirnya rezeki berpihak kepada mereka untuk memiliki zuriat sendiri!

Mimpi Suami Jadi Nyata, Isteri Mengandung Lepas 7 Tahun TTC!

Mimpi Suami

Menerusi aplikasi tiktok, wanita ini yang memaklumkan sudah TTC atau mencuba untuk mengandung selama tujuh tahun.

Beliau berkongsi kegembiraannya yang akhirnya berjaya mengandung. Wanita berkenaan dilihat menyediakan jambangan kecil bunga dengan menyelitkan strip alat ujian kehamilan di dalamnya dan diberikan kepada suaminya. 

Suami wanita itu dilihat tersenyum gembira, dan menceritakan bahawa dia sebenarnya bermimpi isterinya mengandung beberapa malam sebelum itu. 

Doktor sarankan IVF, ambil anak angkat

Wanita itu turut berkongsi yang doktor sudah menyarankan dia dan suami untuk mendapatkan zuriat melalui IVF atau ambil saja anak angkat, tetapi ternyata rezeki mereka memiliki zuriat sendiri dengan cara semulajadi masih ada. 

Tahniah untuk pasangan ini! Semoga selamat semuanya untuk mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pasangan ini dan gembira dengan berita yang dikongsikan. Malah ada yang turut meminta mendoakan mereka juga yang masih cuba mendapatkan cahaya mata. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 perkara yang boleh dilakukan bagi yang sedang TTC

TTC adalah singkatan kepada ‘Trying To Conceive’. Dalam Bahasa Melayu pula bermaksud wanita yang cuba untuk mengandung. 

Mendapat berita ‘anda telah hamil’ adalah satu momen yang sangat indah. Namun, bagi yang telah lama menunggu berita gembira ini, ianya akan mengganggu emosi dan menjadi isu yang sensitif jika ingin berbual tentang TTC.

#1. Jaga pemakanan, diet harian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemakanan yang seimbang perlu sepanjang proses TTC atau untuk cuba mengandung. Digalakkan lebih banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Suplemen juga dicadangkan bagi anda yang kurang suka makan sayuran atau buah-buahan untuk mendapatkan nutrisi yang cukup bagi persediaan untuk hamil. 

#2. Kekal berat badan ideal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita biasa dengar atau terbaca artikel jika ingin TTC, Doktor terus menasihatkan untuk turunkan berat badan kepada berat badan ideal. 

Yang penting adalah BMI seseorang. Salah satu punca kurang subur, adalah masalah kegemukan atau obesiti. 

Namun, ada yang gemuk juga hamil. Itu rezeki! Apa salahnya kita kekalkan berat badan ideal untuk kesihatankan. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘. 

#3. Melakukan detoks

Detoks sangat bagus untuk membuang toksin-toksin dalam badan. Bayangkan sudah berapa lama kita hidup, namun berapa kali sahaja kita membuang toksin dalam badan? Toksin yang berlebihan dalam badan boleh membahayakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh minum air seperti lemon yang bagus untuk detoks.

#4. Ketahui waktu subur, guna OPK

Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. 

Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri Kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat.

Gunakan Ovulation Predictor Kit (OPK) untuk mengesan waktu subur anda yang betul. Ada yang menggunakan aplikasi boleh juga tetapi ia tidak setepat OPK

#5. Elakkan tekanan, jumpa doktor pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan tekanan sepanjang proses mencuba untuk hamil. Cari kawan-kawan yang positif dan sentiasa memberi semangat kepada anda. Komunikasi yang baik dengan pasangan juga membantu elakkan tekanan.

Jika anda sudah berumah tangga lebih dari 2 tahun dan masih belum mendapat zuriat, silalah berjumpa dengan Doktor Pakar. 

Doktor Pakar akan lakukan ujian kesuburan dan pastinya akan memberi solusi terbaik untuk anda. Kedua-dua pasangan harus sepakat melakukan ujian kesuburan. Bukan isteri sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Teruja Si Kecil Dah Boleh Makan? Ibu WAJIB Faham Panduan Pemakanan Ini Dulu, Jangan Sampai Salah!

Baca juga: Cuba Untuk Hamil? Semak Dulu 9 Bahan Dalam Kosmetik Yang DILARANG Untuk Ibu Hamil Ini!

Baca juga: Tips Cepat Hamil Menurut Islam Melalui Hubungan Intim & Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik

Penulis

Lala Annuar