Benarkah Ais Minuman Yang Dilarang Saat Haid? Ia Satu Mitos Atau Fakta

Betul ke minum air berais ketika haid punca kenapa ramai wanita menghidap penyakit cysts dan kanser rahim? Jom semak apa kata pakar!

Selalu tak anda dengar larangan tentang minuman yang dilarang saat haid? Sebab ramai orang dulu-dulu kaitkan amalan tersebut dengan pelbagai masalah kesihatan. 

Antara penyakit yang dikaitkan dengan minuman yang dilarang saat haid ialah cysts dan kanser rahim

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh tentang kenyataan ini, mari kita baca sedikit perkongsian tentang apakah itu cysts.

Minuman Yang Dilarang Saat Haid Jadi Punca Cycts? 

Cysts sebenarnya ialah ‘kantung‘ yang berisi cecair di dalam ovari terutamanya. Saiz cysts boleh jadi sekecil kacang pis atau sebenar buah oren.

Berbalik kepada kaitan antara minum air berais ketika haid punca berlakunya cysts dan kanser, adakah ia mitos atau benar?  

Pakar onkologi dan gyneakologi, dari Rumah Sakit Umum Daerah Soetomo Surabaya telah menjelaskan hal ini. Menurut beliau, larangan tersebut hanyalah mitos semata-mata kerana cysts dan kanser tiada kaitan dengan minuman berais.

Tambah beliau, cysts dan kanser berpunca dari gaya hidup yang tidak seimbang dan tidak sihat.

Contohnya gaya hidup yang terlalu pasif, merokok, sering minum minuman beralkohol dan makan makanan yang diproses dengan terlampau banyak.

Walaubagaimanapun, punca sebenar cysts dan kanser rahim belum dinyatakan dengan jelas.

Minuman Yang Dilarang Saat Haid: Bagaimana Cysts dan Kanser Rahim Terjadi?

Mari kita lihat apa yang menyebabkan terjadinya cysts dan kanser dari sudut medikal:

Cysts:

Folikular cysts

Ini adalah cysts yang paling biasa terjadi. Ia terjadi apabila folikel yang sepatutnya mengeluarkan cecair di dalam rahim dan mengecut selepas telur dikeluarkan.

Ataupun kejadian di mana apabila telur tidak dikeluarkan dan folikel membengkak.

Luteal ovarian cysts

Kes ini tidak banyak, dan ianya terjadi apabila selepas pengeluaran telur, ia meninggalkan tisu yang dipanggil corpus luteum. Tisu ini mungkin dipenuhi darah.

Bagi kebanyakkan kes, cyst ini akan hilang selepas beberapa bulan, namun terdapat juga sesetengah kes, di mana ia pecah dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman dan sakit yang melampau.

Dermoid cysts (cystic teratomas)

Ia sangat biasa terjadi kepada wanita berumur 30 tahun ke atas. Cysts ini terhasil dari sel-sel yang membuat telur dan selalunya hanya ketumbuhan biasa. Ia boleh dibuang melalui pembedahan.

Cystadenomas

Biasanya, cysts ini terjadi pada wanita yang berusia lebih 40 tahun.

Ia terjadi dari sel-sel yang melitupi luaran ovari. Sesetengah daripadanya berisi cecair mukus yang pekat namun ada juga yang hanya berisi cecair biasa.

Disebabkan ia berada di luar ovari, maka ia mudah membesar. Walaupun jarang sekali menjadi kanser, tetapi ia harus dibuang dengan segera.

Jadi, usah bimbang lagi wanita semua. Minum air berais ketika haid punca penyakit cysts dan kanser telah terbukti hanya satu mitos semata-mata. 

Jom kongsikan artikel ini supaya lebih ramai wanita di luar sana tak jatuh untuk mempercayai mitos ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Health Detik, Mayo Clinic, Medical News Today

Baca juga 

Period Tak Teratur (Irregular Period): 30 Punca Haid Datang Tidak Menentu, Tanda & Rawatan

Penulis

Aqma