Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil: Antara 9 Kebaikan Ini Di Saat Kehamilan
Minyak kelapa dara untuk ibu hamil boleh kurangkan rasa mual, baik untuk pencernaan, tambah tenaga dan menggantikan sumber tenusu.
Sesetengah wanita percaya pengambilan minyak kelapa dara untuk ibu hamil boleh membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Namun sejauh manakah keberkesanan kepercayaan ini, atau ia sekadar mitos?
Isi Kandungan
Kebaikan Minyak Kelapa Dara Yang Sangat Membantu!
Banyak khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan diri. Antaranya adalah:
1.Mencegah Jangkitan Bakteria
Khasiat minyak kelapa dara dikenali memiliki sifat anti-bakteria yang boleh mencegah sebahagian besar jangkitan bakteria.
Pengambilan 2 sudu sehari minyak kelapa dara untuk ibu mengandung dipercayai dapat memberikan kekebalan tubuh sepanjang kehamilan, dan melindungi dari selsema, flu dan penyakit kebiasaan yang lainnya.
2.Pengganti Susu
Susu mempunyai banyak khasiat, sama ada dalam bentuk cecair atau produk susu yang lainnya. Namun tidak semua wanita dapat mengamalkan pengambilan produk susu sepanjang kehamilan, dan kebiasaannya akan menjadi mual atau muntah selepas minum susu!
Jadi khasiat minyak kelapa dara boleh menjadi alternatif yang bagus untuk memberikan khasiat susu kepada ibu hamil dan kandungan.
3.Melembabkan Kulit Kepala Kering
Salah satu masalah umum akibat hormon semasa kehamilan adalah kulit kepala kering. Jangan risau ya ibu, khasiat minyak kelapa dara boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Caranya adalah dengan menyapukan sedikit minyak kelapa dara pada kulit kepala anda dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas dengan air suam.
Ini juga dapat menyihatkan kulit kepala dan membuatkan ia sentiasa lembab.
4.Merawat Kesan Regangan
Kehamilan dapat meninggalkan tanda dengan kehadiran stretch mark di beberapa bahagian tubuh seperti di perut, payudara, paha dan pinggul.
Stretch mark terjadi akibat peregangan kulit dan otot-otot do sekitarnya untuk menampung bayi di dalam kandungan.
Justeru kebaikan minyak kelapa dara boleh mengatasi masalah ini. Ibu hanya perlu sapukannya setiap hari sepanjang kehamilan dapat mencegah stretch mark kerana minyak melembabkan kulit dan meningkatkan kadar elastik kulit.
Para ibu harus ingat ya, setiap keadaan tubuh wanita semasa hamil adalah berbeza. Oleh itu, rujuk doktor mengenai penggunaan minyak kelapa dara semasa hamil.
Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung!
Berikut adalah kebaikan minyak kelapa dara untuk ibu hamil:
1.Mempunyai Ciri Dan Karakteristik Anti-Jangkitan
Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, yang bertindak seperti pahlawan melawan bakteria, virus, dan kulat. Ia bantu kuatkan sistem imun ibu dan bayi!
2.Membekalkan Asid Laurik
Asid laurik dalam minyak kelapa membantu memperkukuh sistem imun, menjaga kesihatan ibu dan bayi secara keseluruhan, agar sentiasa sihat dan cergas.
3.Menggantikan Sumber Tenusu
Kalau ibu ada masalah dengan tenusu, minyak kelapa dara adalah pilihan terbaik! Ia kaya dengan lemak sihat yang mudah dicerna, jadi ibu boleh nikmati kebaikannya tanpa rasa ragu.
4.Membantu Mengelakkan Kesan Ketika Mengandung
Minyak kelapa juga membantu mengurangkan stretch marks dan kulit kering yang biasa berlaku semasa kehamilan. Kulit ibu boleh jadi lebih lembut dan licin!
5.Membantu Menenangkan Ibu Yang Menyusu
Bagi ibu hamil yang menyusu, minyak kelapa boleh bantu meredakan ketegangan dan mengurangkan stres. Dapatkan rasa tenang dan fokus untuk penjagaan bayi!
6.Tambah Tenaga
Kandungan MCT (trigliserida rantaian sederhana) dalam minyak kelapa bantu beri tenaga tambahan untuk ibu yang sering rasa penat. Sesuai untuk hari-hari penuh dengan aktiviti!
7.Baik Untuk Pencernaan
Minyak kelapa membantu melancarkan pencernaan, mengurangkan sembelit dan membantu ibu hamil menyerap nutrien dengan lebih baik. Usus pun rasa lebih ringan!
8.Keseimbangan Hormon
Hormon boleh berubah-ubah semasa hamil, tapi minyak kelapa bantu stabilkan hormon, memberi sokongan kepada tubuh ibu agar lebih selesa sepanjang kehamilan.
9.Kurangkan Rasa Mual
Kalau mabuk pagi buat ibu rasa tak selesa, minyak kelapa boleh bantu! Kesegarannya membantu mengurangkan rasa loya dan buat ibu rasa lebih lega.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Buat Air Selusuh Untuk Mudah Bersalin, Ibu Boleh Minum Ketika Mula Rasa Kontraksi
Baca juga: Zikir Ibu Mengandung, Perlu Amalkan Supaya Dipermudahkan Sepanjang Kandungan & Kelahiran
Baca juga: Nak Mudah Bersalin, Isteri Kena Hormat & Taat Pada Suami? Wanita Ini Kongsi Kisah Sebenar