TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Wow! 3 Mitos kehamilan ini terbukti benar, manakah yang dialami anda?

3 min bacaan
Wow! 3 Mitos kehamilan ini terbukti benar, manakah yang dialami anda?

Sebenarnya, ada mitos kehamilan dari orang dulu-dulu yang terbukti benar dari kajian saintifik. Kalau ibu tak percaya, cuba tengok 3 bukti ini. Ada tak yang anda pernah alami?

Ada banyak mitos kehamilan yang berpusing-pusing di masyarakat. Sebahagian besarnya kepercayaan yang tidak masuk akal. Namun, siapa sangka beberapa dari mitos tersebut sebenarnya ada yang betul!

Tidak semua mitos kehamilan salah, ada juga mitos tentang kehamilan yang sebenarnya mungkin benar. Contohnya seperti 3 mitos kehamilan berikut ini. Ia telah terbukti benar secara saintifik!

Kebenaran mitos kehamilan ini didapati dari hasil penelitian, malah data yang dikumpulkan oleh pengkaji. Pakar mendapatkan bukti yang tidak semua mitos hanya kata-kata kosong. Ada yang sebenarnya memang betul.

Jadi jom tengok, apa 3 mitos kehamilan yang terbukti benar ini:

3 Mitos kehamilan yang ternyata benar

1. Jika proses bersalin lama, biasanya itu bayi lelaki

mitos kehamilan, kehamilan, mitos, dongeng, tentang kehamilan, petua kehamilan, kata orang tua tentang kehamilan, mengandung, ibu hamil, jantina bayi

Mitos kehamilan tentang proses bersalin yang panjang melahirkan bayi lelaki ini terbukti benar!

Sebuah kajian yang dilakukan sekumpulan doktor pada 2003 menunjukkan fakta menarik dari mitos ini. Mereka menganalisa data dari 8000 kelahiran di India dari 1997 hingga tahun 2000.

Hasil kajian tersebut mendapati, ibu yang melahirkan bayi lelaki biasanya memiliki waktu kelahiran lebih dari 6 jam. Sedangkan ibu yang melahirkan bayi perempuan, proses kelahirannya di bawah 6 jam saja.

Para pengkaji menganggap, proses kelahiran yang panjang dalam melahirkan anak lelaki dipengaruhi oleh berat bayi lelaki yang biasanya lebih berat dari bayi perempuan.

2. Jangan makan pisang bila ingin anak perempuan

mitos kehamilan, kehamilan, mitos, dongeng, tentang kehamilan, petua kehamilan, kata orang tua tentang kehamilan, mengandung, ibu hamil, jantina bayi

Mitos kehamilan berkenaan makan buah pisang ini juga ternyata benar.

Sebuah kajian pada 2008 menyatakan pengambilan potasium dalam jumlah yang banyak akan meningkatkan peluang melahirkan bayi lelaki. Kajian yang diterbitkan di jurnal Proceedings of the Royal Society itu mengkaji seramai 740 wanita hamil.

Dan hasilnya, mereka yang rajin mengambil pisang atau buah tinggi potasium akan memiliki kecenderungan untuk melahirkan anak lelaki.

Akan tetapi, para pengkaji juga menegaskan, mengubah pola pemakanan secara drastik untuk mempengaruhi jantina bayi adalah tindakan yang berisiko. Ini kerana ketika hamil, tubuh ibu memerlukan nutrisi yang seimbang untuk kesihatan tumbesaran janin di dalam rahim.

Jadi, memakan pisang dalam jumlah yang banyak tanpa mempertimbangkan pengambilan buah-buahan lain adalah sangat tidak disarankan.

3. Jika kandungan asid perut tinngi ketika hamil, bayi akan berambut tebal

mitos kehamilan, kehamilan, mitos, dongeng, tentang kehamilan, petua kehamilan, kata orang tua tentang kehamilan, mengandung, ibu hamil, jantina bayi

Mitos kehamilan tentang asid perut yang tinggi saat hamil juga ternyata tepat.

Penyelidik dari Universiti John Hopkins melakukan sebuah kajian pada tahun 2006. Mereka menganalisis data dari 64 orang ibu hamil. 28 di antaranya memiliki masalah asid perut atau heartburn. 

Perkara unik yang menangkap perhatian para pengkaji adalah 23 wanita yang mengalami heartburn ternyata melahirkan bayi dengan rambut yang lebih lebat dari bayi baru lahir pada umumnya.

Jumlah ini lebih banyak dibandingkan dengan ibu hamil yang tidak mengalami heartburn. Ini adalah kerana, hanya 10 orang di antara mereka yang melahirkan bayi dengan rambut lebat.

Para pengkaji menyatakan, ada kemungkinan hormon yang memengaruhi pertumbuhan rambut janin juga mempunyai reaksi pada otot perut ibu sehingga menyebabkan masalah heartburn.

Ha…. yang mana pernah dialami oleh anda? Betul tak jangkaan mitos kehamilan tersebut? Kongsilah dengan kami! Apapun, kami mendoakan agar anak-anak anda sihat sentiasa 🙂

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-cepat-hamil/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Trimester 1
  • /
  • Wow! 3 Mitos kehamilan ini terbukti benar, manakah yang dialami anda?
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham