Kelahiran mati adalah topik yang sukar untuk dibaca, namun kesedaran tentang isu ini membantu ibu bapa untuk lebih bersiap sedia. Di Asia, kelahiran mati masih lagi topik tabu untuk dibicarakan. Sebenarnya tiada siapa tahu kenapa ini terjadi atau bagaimana ia boleh terjadi. Artikel ini ditulis untuk mengubah mitos dan tabu tentang kelahiran mati, dan membantu orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang isu ini.
Dengan berbicara tentang isu ini, mungkin artikel ini dapat membantu mengatasi kelahiran mati dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada ibu-ibu yang bersedihan secara diam-diam.
Apa itu kelahiran mati?
Mari kita mulakan dengan, APA MAKSUDNYA KELAHIRAN MATI?
Menurut Kathleen del Prado, seorang pakar sakit puan dan pakar kehamilan risiko tinggi di klinik swasta di Lucena City, Quezon, Filipina, kelahiran mati didefinisikan sebagai “melahirkan bayi berusia lebih lima bulan tanpa degup jantung. Keguguran pula ‘kehilangan’ kandungan bayi kurang daripada usia lima bulan atau janin kurang daripada berat 500 gram.”
Kelahiran mati boleh berlaku pada trimester awal, trimester terakhir atau cukup bulan. Kelahiran mati trimester awal berlaku apabila janin meninggal pada usia kandungan antara 20 hingga 27 minggu, kelahiran mati trimester terakhir pula pada kandungan berusia antara 28 hingga 36 minggu manakala kelahiran mati cukup bulan berlaku pada kandungan berusia 37 minggu ke atas.
Lima Mitos Kelahiran Mati
Mitos pertama Kelahiran Mati: Kelahiran mati dan keguguran alah perkara yang sama
Tidak. Seperti yang kami ujarkan, ia sebenarnya jauh berbeza.
Keguguran berlaku di dalam utero, manakala ketika kelahiran mati terjadi, anda masih perlu meneran bayi keluar namun bayi tersebut meninggal di dalam rahim sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.
Mitos ke-2 Kelahiran Mati: Kelahiran mati berlaku kerana ibu hamil terlalu aktif
Sekali lagi, ini salah. Kelahiran mati disebabkan oleh pelbagai faktor dan ia tidak ada kena mengena dengan aktiviti yang dilakukan oleh si ibu.
Mitos ke-3 Kelahiran Mati: Anda perlu tidur terlentang
Ini salah sekali. Tidur mengiring sebenarnya adalah cara yang terbaik untuk menghalang kelahiran mati. Ia juga salah satu cara tidur paling selesa yang anda boleh cuba selepas anda masuk ke trimester kedua.
Mitos ke-4 Kelahiran Mati: “Selepas kandungan saya berusia 12 minggu dan saya melepasi tahap perkembangan anak tersebut, saya tidak akan berhadapan dengan keguguran atau kelahiran mati”
Agak perit untuk kami ujar perkara yang sebenar namun ini fakta yang salah sekali.
Kebiasaannya, wanita mengandung diberitahu untuk elak mengumumkan kehamilan mereka sehingga minggu ke 12. Ini bagi memastikan pembentukan bayi dalam kandungan ‘terjamin’.
Kami tidak mahu menakut-nakutkan anda dan tidak sesekali mahu merampas berita gembira ini, namun anda harus ingat kelahiran mati masih boleh terjadi. Apa yang anda harus lakukan adalah anda perlu kekal gaya hidup yang sihat dan berjaga-jaga dengan langkah anda agar kedua-dua ibu dan bayi selamat.
Mitos ke-5 Kelahiran Mati: Tiada rawatan untuk kelahiran mati
Ya, benar. Tiada ‘rawatan’ untuk isu ini, tetapi ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menghalang ia terjadi.
Salah satu cara yang paling senang ialah dengan mengira detik tendangan janin anda. Menurut doktor, masa yang terbaik untuk lakukan kiraan ini adalah selepas sahaja anda makan. Kebanyakan bayi amat aktif pada waktu ini.
Selain itu, anda juga boleh cuba tidur mengiring ke kiri. Jika mampu, cuba jaga kesihatan anda sebaik mungkin dan kerapkan berjumpa dengan pakar sakit puan anda untuk awasi kehamilan anda.
Mitos ke-6 Kelahiran Mati: Salah wanita
Pasti si ibu atau ahli keluarganya telah lakukan sesuatu yang mengakibatkan ini terjadi.
Wahai ibu: ini 100% tidak benar dan bukan salah anda. Malangnya, perkara seperti ini akan terjadi walaupun kita cuba menjaga diri sebaik. Anda perlu ingat bahawa ini bukan salah anda.
Project Sidekicks: Maklumat tentang kelahiran mati
Di theAsianparent, kami hadir dengan fungsi Kick Counter dalam aplikasi kami yang mana anda boleh mengira detik tendangan janin. Si ibu harus mengawasi pergerakan bayi kerana penurunan pergerakan menjadi amaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Untuk maklumat lanjut tentang kelahiran mati, layari Project Sidekicks.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran dari theAsianparent Philippines untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Antara Mitos & Fakta Mengenai Kelahiran Mati & Keguguran Kandungan, Ini Penjelasan Pakar