Bagi ibu ayah yang bakal menimang cahaya mata, pasti pelbagai persediaan sudah tersedia seperti membeli set baju bayi, katil, botol susu dan pelbagai lagi. Tidak terkecuali pastinya mittens and booties atau sarung tangan dan sarung kaki bayi turut dibeli beberapa set untuk melengkapi barangan keperluan anak.
Isi Kandungan
Kebaikan Memakai Mittens And Booties
Bagi kebanyakan ibu bapa yang menjaga bayi baru lahir, mereka akan menyedari tangan si manja nampak sedikit kebiruan atau berasa sejuk.
Menurut pakar perubatan di Healthline, tangan bayi juga sensitif terhadap perubahan suhu. Mereka kehilangan haba badan dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa kerana luas permukaan badan mereka tidak seimbang dengan berat badan mereka.
Selain itu, kebanyakan bayi baru lahir tidak mempunyai lemak badan. Gabungan penebat yang lemah dan peraturan suhu badan yang kurang berkembang boleh menjadikan jari mereka menjadi merah atau biru, walaupun di dalam rumah yang selesa.
Sarung tangan akan membantu memanaskan tangan kecil siang dan malam.
Bagi sesetengah situasi lain, bayi mungkin dilihat mempunyai kuku yang panjang dan tajam. Apa yang membimbangkan adalah jika si manja akan mencakar wajahnya dengan kuku tersebut.
Pergerakan yang tidak disengajakan ini, terutamanya apabila dibuat dekat dengan muka, dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan dan luka, jadi penggunaan dan pemakaian sarung tangan untuk si manja dianggap penyelesaian terbaik.
Berapa Lama Bayi Perlu Memakai Mitten And Booties?
Menurut Dr Stephanie Hemm, pakar kanak-kanak di Maryland, bayi digalakkan memakai sarung tangan selama kira-kira 12 jam sehari dan tidak lebih daripada dua minggu atau selepas habis tempoh berpantang.
Jika sarung tangan dipakai terlalu lama oleh bayi, ia mungkin mengganggu perkembangannya yang betul.
Apabila bayi sedang membesar, ia menjadi lebih sukar untuk memakai sarung tangan. Memakainya terlalu lama boleh menyebabkan bayi anda berkembang dengan cara yang tidak sesuai.
Kebanyakan bayi suka meneroka deria sentuhan mereka sebaik sahaja dilahirkan, seperti meraih tangan ibu dan ayah.
Jika tidak dipakaikan sarung, anda akan mendapati tangan mereka akan menyentuh semua benda dan memeriksa teksturnya.
Dengan deria sentuhan melalui jari, bayi akan dapat merasakan persekitarannya dengan lebih baik serta belajar mengetahui fungsinya dengan lebih awal.
Agar bayi yang baru lahir mempunyai banyak peluang untuk menggunakan tangan dan kaki mereka, adalah penting untuk terus memberi mereka banyak peluang untuk menggunakannya.
Tips Pemilihan Mittens And Booties Baby
Kebanyakan ibu akan menambah sarung tangan dan sarung kaki pada senarai bekalan beg hospital mereka supaya bayi mereka boleh memakainya sebaik sahaja mereka dilahirkan.
Apabila anda memilih sarung tangan dan kaki yang berkualiti dan selesa untuk bayi anda, anda akan memastikan ia dapat mengelakkan mereka daripada mencederakan muka mereka atau berasa terlalu sejuk.
Anda juga akan merasa lebih tenang jika si kecil anda selamat, sama ada anda keluar dan bermain-main atau berehat bersama keluarga anda di rumah.
Jika anda sedang mencari panduan pemilihan terbaik untuk mittens and botties kami senaraikan beberapa tips untuk memudahkan ibu ayah membuat pilihan.
1. Selesa dan tidak panas
Oleh kerana sarung tangan bayi bersentuhan langsung dengan kulit, pemilihan bahan yang selesa adalah penting. Sarung tangan bayi biasanya diperbuat daripada kapas kerana tidak panas, tidak sensitif pada kulit dan selesa dipakai.
Cuaca negara kita juga tidak menentu jadi ibu ayah juga perlu menyediakan sarung kaki dan tangan jenis eyelet atau berlubang-lubang kecil sebagai persediaan menghadapi cuaca panas supaya anak kekal selesa meskipun dipakaikan mittens and booties.
2. Saiz
Sarung tangan bayi sesuai digunakan dari bayi baru lahir hingga umur enam bulan. Namun digalakkan memakai selama dua minggu sahaja. Sebenarnya, sarung tangan bayi boleh ditanggalkan apabila bayi sudah mula boleh mengawal tangannya sendiri.
Di pasaran sendiri, terdapat beberapa pilihan saiz sarung tangan bayi. Secara amnya, sarung tangan bayi direka untuk umur 0-3 bulan, tetapi ada yang boleh digunakan dari 0-6 bulan. Anda boleh menentukan saiz sarung tangan bayi mengikut pertimbangan masing-masing mahu memakai sarung tangan bayi sehingga umur berapa.
Kemudian perlu diingat, saiz tangan setiap bayi adalah berbeza. Jadi, untuk lebih pasti, anda boleh bertanya kepada penjual tentang saiz sarung tangan.
3. Jahitan kemas
Sebaik-baiknya, sarung tangan bayi yang baik harus mempunyai jahitan sedikit yang mungkin. Jika jahitan sentiasa bergesel pada kulit sensitif bayi, kulit mungkin akan merengsa. Selain itu, kulit bayi juga boleh cedera kerana terjerat benang jahitan. Dua perkara ini sudah tentu sangat berbahaya untuk bayi anda.
Terdapat banyak gaya sarung tangan bayi yang mempunyai jahitan luar. Contohnya, sarung tangan yang dijahit menggunakan kaedah jahitan Perancis atau produk tanpa jahitan. Jadi, perhatikan dengan teliti jenis jahitan sebelum membeli sarung tangan bayi.
4. Cetakan comel
Sarung tangan bayi reka bentuk yang comel akan kelihatan lebih menarik dan membuatkan setiap ibu bapa berasa gembira. Namun begitu, ada juga ibu bapa yang menggemari rekaan polos tanpa sebarang motif mahupun aksesori.
Rekaan seperti ini biasanya lebih mudah digabungkan dengan pelbagai jenis pakaian terutama jika anda memilih warna neutral.
Selain itu, anda juga perlu memberi perhatian kepada aksesori berlebihan yang tidak diperlukan kerana ia boleh membahayakan bayi. Aksesori seperti butang, contohnya, jika tidak diawasi dengan betul, boleh ditelan oleh bayi.
Oleh itu, jika anda ingin memilih sarung tangan reka bentuk yang menarik, cari sarung tangan yang direka tanpa aksesori yang berlebihan.
8 Mittens And Booties Terbaik Untuk Bayi
Seterusnya, kami akan mengesyorkan 8 produk sarung tangan dan sarung kaki bayi terbaik yang telah kami tentukan berdasarkan cara memilih di atas. Produk ini dipilih dengan teliti dengan mempertimbangkan kualiti produk, ulasan pembeli dan tahap kepercayaan kepada penjual.
Anakku Newborn Mittens and Booties Set
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Diperbuat Daripada Fabrik Berkualiti
|
Beli di Shopee |
Pureen Mittens Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Tak Ketat
|
Beli di Shopee |
Pureen Eyelet Mittens Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Untuk Cuaca Panas
|
Beli di Shopee |
FIFFY Bonnet Baby Hat With Mitten And Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Dengan Topi Bayi
|
Beli di Shopee |
Trendy Valley Premium Organic Cotton Gift Set
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Untuk Dijadikan Hadiah
|
Beli di Shopee |
Luvi Baby Premature Baby Mitten Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Untuk Bayi Bersaiz Kecil
|
Beli di Shopee |
Double Cotton Newborn Baby Hat Mittens Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Jenis Minimalis
|
Beli di Shopee |
Tenderly Baby Mittens & Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Jenama Pilihan
|
Beli di Shopee |
Anakku Newborn Mittens and Booties Set
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Diperbuat Daripada Fabrik Berkualiti
Terdapat banyak produk yang jika anda mencucinya lebih kerap, bahan akan menjadi berbulu dan kasar. Namun, produk ini berbeza.
Sarung tangan dan kaki dari Anakku ini, lebih kerap dibasuh, lebih lembut dan selesa dipakai. Anda juga tidak perlu takut bahan akan meregang selepas kerap dicuci kerana fabriknya dijamin tahan lama dan bahan-bahannya kekal seperti pembelian awal.
Disebabkan itulah lebih ramai ibu bapa mempercayai jenama Anakkku untuk membeli barangan keperluan bayi sejak dari dahulu lagi.
Apa yang kami suka :
- Lembut dan selesa untuk bayi
- Diperbuat daripada fabrik yang berkualiti
- Cetakan comel dan manis
- Mengelakkan bayi daripada menggaru diri sendiri
Pureen Mittens Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Tak Ketat
Banyak sarung tangan bayi getah mempunyai bahagian getah yang terlalu ketat dan boleh menyebabkan kegatalan. Namun, produk ini berbeza kerana bahagian getah tidak terlalu ketat supaya selesa dipakai oleh bayi.
Lebih-lebih lagi jika pergelangan tangan bayi anda agak montel dan gempal. Selain itu, jahitannya juga kuat dan tidak mudah koyak. Jadi, produk ini agak tahan lama, malah boleh disimpam untuk anak kedua atau ketiga anda nanti.
Apa yang kami suka :
- Fabrik yang selesa dan tidak panas untuk bayi
- Tidak ketat
- Pilihan warna asas putih sahaja memudahkan padanan dengan baju bayi
Pureen Eyelet Mittens Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Untuk Cuaca Panas
Pureen Eyelet Mittens Booties diperbuat daripada 100% kapas. Material ini sesuai untuk kulit bayi yang mudah berpeluh kerana peluh akan diserap secara maksimum supaya ia tidak merengsakan kulit bayi anda.
Berbanding material Pureen biasa, material ini dijamin lebih lembut dan licin malah rekaan eyelet atau berlubang-lubang sangat kena dengan cuaca Malaysia yang panas, jadi anda tidak perlu risau bayi anda rimas ketika memakai sarung tangan dan kaki.
Apa yang kami suka :
- Mempunyai 3 pilihan warna
- Tidak longgar, sesuai untuk kebanyakan saiz bayi
- Sesuai untuk bayi yang mudah berpeluh
FIFFY Bonnet Baby Hat With Mitten And Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Dengan Topi Bayi
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk bayi mereka, terutamanya apabila bayi baru dilahirkan. Pasti anda ingin memberikan sesuatu yang bukan sahaja comel, malah selamat kan? Nah, sarung tangan dari Fiffy ini boleh memenuhi keinginan ibu ayah!
Sarung tangan ini mempunyai banyak motif comel untuk dipilih malah didatangkan bersama topi bayi, jadi lebih jimat dengan pembelian sebegini.
Apa yang kami suka :
- Bahan yang digunakan bebas daripada bahan kimia berbahaya
- Mudah dipakai
- Lindungi kulit bayi anda daripada menggaru sendiri
- Ruang yang cukup untuk meregangkan jari bayi
Trendy Valley Premium Organic Cotton Gift Set
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Untuk Dijadikan Hadiah
Adakah anda sedang mencari hadiah untuk bayi yang baru lahir? Set hadiah bayi dari Trendy Valley ini merupakan hadiah yang hebat! Anda akan mendapat pembungkusan yang cantik yang sesuai untuk hadiah jadi, tak payah susah-susah balut lagi, boleh hantar sahaja.
Selain itu, anda juga boleh meminta kad ucapan, memudahkan penerima mengetahui pengirimnya. Dari segi rekaannya sendiri, walaupun nampak minimalis, cetakan kartun lembu sangat comel dan menarik.
Bukan sahaja anda mendapat mitten dan booties malah set hadiah ini juga didatangkan bersama romper bayi dan sapu tangan bayi.
Apa yang kami suka :
- Diperbuat daripada 100% kapas organik dengan sulaman yang halus
- Bebas kimia dan alergi
- Lembut pada kulit bayi
Luvi Baby Premature Baby Mitten Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Untuk Bayi Bersaiz Kecil
Selalunya sukar bagi ibu ayah yang melahirkan bayi pramatang untuk mencari sarung tangan yang sesuai. Bayi mereka tidak boleh memakai sarung tangan dan kaki yang sama seperti bayi baru lahir bersaiz normal kerana tangan mereka yang kecil menyebabkan sarung menjadi longgar dan mudah tertanggal.
Menyedari masalah ini, Luvi Baby menghasilkan sarung tangan dan kaki khas buat bayi yang dilahirkan pramatang tanpa bimbang ia tergelincir atau tertanggal.
Lebih menarik, motif sarung tangan ini sangat comel dengan cetakan 2D.
Apa yang kami suka :
- Diperbuat 100% kapas organik
- Selamat dan lembut pada kulit bayi
- Tahan lama meskipun dibasuh kerap
- Cetakan 2D yang comel
Double Cotton Newborn Baby Hat Mittens Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Jenis Minimalis
Apabila pakaian bayi mempunyai corak yang comel, anda biasanya akan memilih aksesori warna neutral. Malah ada juga jenis ibu bapa yang tidak menggemari motif atau aksesori yang berlebihan. Jika anda salah seorang daripada mereka, maka set mitten dan booties ini adalah pilihan yang tepat.
Tersedia dalam lima warna kosong, sarung tangan dan sarung kaki ini sesuai untuk dipadankan dengan pakaian bayi yang comel. Selain itu, produk ini juga diperbuat daripada material yang lembut supaya selesa apabila dikenakan pada kulit bayi.
Apa yang kami suka :
- Didatangkan bersama topi bayi
- Diperbuat daripada kain kapas berganda, jadi lebih selesa pada bayi.
- Tidak panas
- Tidak mudah tertanggal
Tenderly Baby Mittens & Booties
Sarung Tangan Dan Kaki Terbaik Jenama Pilihan
Ada sesetengah material sarung tangan dan kaki boleh menyukarkan tangan bayi untuk bergerak di dalamnya. Sebagai pilihan lain, anda boleh mencari sarung tangan dan bayi dari jenama Tenderly.
Bahannya elastik dan fleksibel jadi tangan bayi boleh bergerak dengan bebas walaupun mereka memakai sarung tangan. Bahannya sama seperti kapas secara umum, yang sejuk dan bernafas. Selain bebas bergerak, tangan bayi tidak akan terasa panas di dalamnya.
Apa yang kami suka :
- Jenama pilihan ibu bapa sejak dahulu lagi
- Selesa dan lembut pada kulit bayi
- Menyediakan fungsi penyerap tambahan
- Untuk mengelakkan kecenderungan si manja untuk mencakar diri mereka sendiri
Perbandingan Harga Mittens And Booties Terbaik Untuk Bayi
Jenama | Harga |
Anakku Newborn Mittens and Booties Set | RM10.50 |
Pureen Mittens Booties | RM8.00 |
Pureen Eyelet Mittens Booties | RM5.20 |
FIFFY Bonnet Baby Hat With Mitten And Booties | RM16.90 |
Trendy Valley Premium Organic Cotton Gift Set | RM70.00 |
Luvi Baby Premature Mitten Booties | RM6.50 |
Double Cotton Newborn Baby Hat Mittens Booties | RM8.88 |
Tenderly Baby Mittens & Booties | RM9.00 |
Elak Bayi Daripada Mencakar
Sekiranya sarung tangan bayi tidak lagi digunakan, maka ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecenderungan si manja untuk mencakar diri mereka sendiri.
Ada 2 cara penjagaan bayi yang boleh diamalkan, seperti:
1. Memotong kuku secara berkala
Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa kuku si manja bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik, iaitu tidak panjang atau tajam.
Gunakan pengepit kuku khas untuk si kecil. Jika anda bimbang akan menyebabkan kecederaan seperti luka kepada si kecil, dapatkanlah bantuan pasangan untuk membantu anda melakukannya.
2. Tindak balas segera
Umumnya, bayi yang lapar akan memberikan isyarat seperti membuka mulut bagi mencari payudara untuk menyusu, melambaikan tangan, menghisap penumbuk, ibu jari atau jari.
Situasi paling kritikal adalah apabila si manja mula menangis, ia adalah isyarat mereka dalam keadaan yang sangat lapar.
Pada waktu ini, koordinasi tangan akan berada dalam keadaan tidak terkawal dan kecenderungan menggaru atau mencakar diri adalah sangat tinggi jadi untuk menghindarinya, anda perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang isyarat daripada si manja.
Sentuhan adalah cara untuk si manja meneroka dunia, mengenali objek mahupun individu. Penggunaan sarung tangan bayi yang terlaly lama hanya akan menyekat si manja daripada melalui pengalaman ini.
Jika anda melakukan penjagaan dan pemotongan kuku bayi secara berkala, ia pasti membantu untuk memastikan kuku si manja sentiasa dalam keadaan pendek bagi mengelakkan cakaran atau calar.
Bagi ibu bapa yang mahu memakaikan si manja sarung tangan bayi, ia tidak salah cuma sebaiknya dipakaikan sehingga si manja berusia 6 minggu. Selepas tempoh itu, biarkan si manja meneroka deria sentuhnya.
Semoga artikel ini bermanfaat.