Ini 3 Sebab Mengapa Doktor Larang Baby Pakai Mittens & Booties, Ia Punca Salur Darah Tersekat

Mittens baby dan booties memang comel di saat anak kecil memakainya namun ketahuilah bahawa ia punca kepada salur darah tersekat. Ikuti perkongsian lanjut daripada doktor ini.
Selalu kita mendengar doktor akan melarang ibu memakaikan mittens baby dan booties terlalu lama kepada bayi. Sampai kadang-kadang rasa pelik, mengapa pula tak boleh pakai ya?
Inilah antara perkara yang ibu ayah kurang sedari di kala memilih pakaian dan barangan untuk si jantung hati.
Ini kerana mittens dan booties itu walaupun nampak comel namun ia boleh memberikan kesan bahaya kepada bayi yang baru lahir jika dipakaikan terlalu lama.
Berikut ini adalah perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang kesan memakaikan mittens dan booties terlalu lama kepda baby.
Kesan mittens baby dan booties terlalu lama kepada bayi, ini sebab mengapa doktor larang
#1. Biarkan si manja explore sense of touch sejak dari kecil
Walaupun jari si manja masih halus namun sebolahnya dia mahu menyentuh semua benda sebab terasa lebih teruja memegang setiap objek dan tekstur tertentu.
Dengan cara ini, deria sentuhan baby akan lebih terangsang. Kemudian baby akan melalui fasa belajar untuk memasukkan tangan dan benda ke dalam mulutnya pula. Ini merupakan rangsangan yang berlaku untuk deria
rasa si kecil.
Dengan rangsangan yang berlaku itu nanti akan membuatkan perkembangan otak si manja jadi lebih hebat dan luar biasa.
#2. Mata baby belum sensitif sepenuhnya lagi
Kalau nak tahu baby yang masih kecil tidak sedar bahawa dia mempunyai dua belah tangan.
Jadi bila dia dapat melihat tangannya sendiri maka dia akan lebih kerap menggunakan tangan dan jari untuk menyentuh apa saja yang ada di hadapan matanya.
Sebab itu kalau duduk sorang-sorang pun bayi kelihatan begitu teruja dan terleka untuk bermain dengan jari-jemarinya.
#3. Boleh menyebabkan salur darah tersekat
Ini yang paling menakutkan jika ia benar-benar berlaku di mana jika dipakaian mitten dan booties terlalu lama ia dikhuatiri boleh menyebabkan tangan dan kaki bayi menjadi kebiruan kerana salur darah tersekat.
Kadang-kadang jari tercedera ini boleh buat ibu ayah dan penjaga tak perasan. Misalnya jari jemari si kecil itu terbelit benang dan sebagainya.
Sebab itu kalau dipakaikan mitten dan booties ini, anda kena selalu cek keadaan jari jemari anak supaya tidak berlaku sebarang kecederaan semasa memakainya.
Justeru, bagi mengelakkan kesan buruk di kemudian hari, adalah lebih baik anda hindari memakaikan si kecil terlalu kerap dan terlalu lama sarung tangan serta kaki ini.
Jangan disebabkan ia comel maka anda nak pakaikan terlalu lama kepada si comel anda. Kelak nanti anda juga akan menyesal tak sudah. Kalau boleh lepas ibu habis berpantang maka bayi juga tidak perlu dipakaikan
lagi dengan kedua-dua benda ini.
Selain itu, adalah lebih baik ibu hanya membelinya dengan kuantiti yang sedikit kelak tak rugi di kemudian hari.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa untuk dikongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain yang mungkin sedang berada dalam pantang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Ahmad Luqman Bukhari
Baca juga
Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?
Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut
4 Cara Betul Untuk Cepat "Melekat", Tak Perlu Angkat Kaki Lepas Seks, Itu MITOS Saja!
4 Tahap Koyakan Bersalin, Ibu Bukan Kena Jahit Hidup-Hiduplah, Doktor Akan Bius Dulu!