MOMA Water, Jenama Air Yang Paling Tulen

MOMA Water adalah jenama baru air minuman botol terkini, yang paling tulen dan bebas bahan cemar.

Bolehkah anda merasakan perbezaan kualiti dalam air yang diminum?

Adakah anda akan berasa lebih selamat, jika tahu air yang diminum adalah air dalam bentuk yang paling tulen?

Terutamanya, jika ia adalah 99.9% air tulen yang bebas mineral yang telah melalui pensterilan O3 + UV sebelum dibotolkan ke dalam botol air yang bebas asid asetik.

MOMA Water adalah jenama baru air minuman botol terkini, yang paling tulen dan bebas bahan cemar.

Proses penulenan bertaraf antarabangsa

Sumber air minuman yang premium ini diperolehi dari rantau yang kaya dengan air, di Sibu, Sarawak. Sebelum air MOMA dipasarkan ia akan menjalani proses penapisan mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), Piawaian Kesihatan dan pensijilan HALAL Malaysia serta penanda kesucian air negara Jepun yang ketat.

moma water

Air mentah MOMA ditapis melalui penapisan pelbagai peringkat dan sistem penulenan membran ultra-halus. Ini adalah untuk menghapuskan kesan ion mikroskopik, mineral dan logam berat yang ada dalam air.

Air MOMA juga akan melalui proses Ultraviolet (UV) dan proses pengozonan (O3) sebanyak dua kali untuk mengeluarkan patogen dan kekotoran seperti bakteria, virus dan kulat dari air.

MOMA Water, Air yang bersih dan selamat

moma water

Di kawasan-kawasan tertentu di Malaysia, air yang disalur ke rumah, penuh dengan sedimen karat. Sebenarnya, air yang disalurkan ini adalah air yang telah diproses dan selamat untuk diminum. Kemudian air ini akan dipam ke dalam saluran paip air yang mungkin sudah lama dan berkarat.

Sedimen karat ini akan mengumpul di sepanjang paip itu, dan disalurkan bersama air ke rumah anda. Tidak hairanlah mengapa hampir setiap keluarga di Malaysia akan memasang penapis air untuk menapis air yang bakal dimasak untuk dijadikan air minuman.

Ibu-ibu kini tidak perlu lagi khuatir. Air ini sesuai dan selamat untuk dinikmati semua orang, terutamanya ibu-ibu mengandung, dan bayi. MOMA Water, dibotolkan dalam tiga saiz yang berbeza - 300ml, 500ml dan 1.5L.

Untuk maklumat lanjut sila layari: https://www.momawater.com/