TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cipta Momen Bersama Anak, Saat-Saat Indah Akan Diingati Anak Sampai Bila-Bila

3 May, 2023
Cipta Momen Bersama Anak, Saat-Saat Indah Akan Diingati Anak Sampai Bila-Bila

Pernahkah kita berfikir momen apa yang kita telah berikan kepada anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau yang perit?

Masa bersilih ganti, sekejap sahaja anak-anak membesar. Selagi ada masa, carilah peluang untuk cipta momen bersama anak-anak. 

Apabila kita imbas kembali memori kita meluangkan masa bersama anak-anak, pasti senyuman tidak pudar daripada wajah. Bagi anak-anak, bermain dan meluangkan masa bersama ibu bapa sudah memadai.

Jadi, ambil peluang ini dan luangkan masa dengan anak-anak agar hubungan anda sekeluarga lebih erat dan mesra. 

Sebagai ibu bapa, terdapat banyak cara untuk anda mencipta kenangan bersama keluarga. Meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga adalah salah satu caranya bagi mencipta memori yang tidak ternilai. 

Seperti yang dikongsikan oleh Azkiya Aqiqah Catering di laman Instagram mereka, ibu ayah boleh mencuba tujuh cara yang boleh dijadikan momen yang anak akan ingat sampai bila-bila. Antara yang dikongsinya adalah ;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Azkiya Aqiqah Catering Kendal Batang (@azkiya.aqiqah.catering)

1. Hubungan dan kata-kata daripada ibu ayah

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa. Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.

2. Bercuti bersama keluarga

Bercuti tidak semestinya anda perlu ke tempat yang jauh-jauh membawa keluarga. Dengan membawa anak-anak anda balik kampung juga dikira percutian seisi keluarga. Kenangan berada di dalam kereta selama satu jam perjalanan atau lebih, serta mengejar ayam masuk ke dalam reban pasti akan menjadi memori manis buat anak-anak anda.

3. Makan bersama

Walaupun ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki, pastikan kita tidak lupa untuk meluangkan sedikit masa bersama keluarga dan anak-anak seperti sarapan atau makan malam bersama. Ia adalah satu-satunya masa untuk mereka luangkan masa walau hanya sekejap sahaja.

Kita mungkin pandang makan malam atau sarapan hanya sekadar makan bersama di meja makan tetapi ia memberi kesan positif kepada anak-anak. Dari situ, mereka dapat meluangkan masa sedikit dengan menceritakan aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.

4. Bercerita sebelum tidur

Cerita sebelum tidur merupakan suatu proses yang memberikan memori istimewa buat anda dan anak, di mana ketika inilah si manja akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap buku cerita yang anda bacakan, selain turut memupuk komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. 

5. Bermain bersama

Sememangnya diakui meluangkan masa bermain bersama anak, melayani kerenah mereka sudah tentu akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan si kecil. Gunakan apa yang sedia ada sudah memadai, yang pasti anda main bersama. Mainan bagi anak menjadi peranan yang cukup penting bagi proses pertumbuhan yang tidak boleh diabaikan.

6. Sentiasa peluk anak

Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah kan momen itu tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka? 

Pelukan sebenarnya akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak. Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.

7. Bentuk tradisi keluarga

Stories Rakan Kongsi
Infant safe products for your home
Infant safe products for your home
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
TAP Reviews: Enfamama A+ Club Mobile App
TAP Reviews: Enfamama A+ Club Mobile App

Tradisi keluarga adalah asas yang kukuh dalam ikatan kekeluargaan. Selain membawa keluarga bercuti pada setiap tahun, anda boleh tetapkan cara lain sebagai tradisi keluarga anda contohnya, seperti berkumpul bersama keluarga pada hujung minggu atau ‘mewajibkan’ aktiviti seperti berkelah sebulan sekali.

Azkiya Aqiqah Catering

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Memori Zaman Kanak-Kanak, 7 Perkara Anak Akan Ingat Tentang Ibu Bapa

Baca juga : Papar Momen Bahagia Keluarga Dalam Bingkai Gambar, 8 Frame Gambar Terbaik Ini Juga Mencantikkan Ruang Kediaman

Baca juga : Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Cipta Momen Bersama Anak, Saat-Saat Indah Akan Diingati Anak Sampai Bila-Bila
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham