Sebelum ini, kami pernah memberi amaran tentang permainan “Fire Fairy”menggalakkan kanak-kanak membakar dirinya sendiri yang . Kali ini, sudah tiba masanya untuk ibu bapa tahu bahaya permainan Momo Challenge pula.
Momo Challenge adalah satu ugutan siber yang mula tular melalui aplikasi whatsApp. Pada mulanya, permainan ini dipandang ringan oleh netizen kerana kita menyangka ia tidak berbahaya.
Namun, sangkaan kita mungkin sudah salah. Momo Challenge nampak tak berbahaya pada orang dewasa, tapi tidak buat kanak-kanak!
Ia satu permainan ugutan yang amat berbahaya apabila dua kanak-kanak dari Colombia kini telah membunuh diri gara-gara permainan ini.
Sebenarnya, apa itu permainan Momo Challenge?
Momo Challenge adalah satu permainan yang berasal dari Jepun. Pada mulanya, permainan ini dimain oleh ahli kumpulan Facebook.
Mereka mencabar para pemain untuk menghubungi orang yang tidak dikenali dari number rahsia. Kini, permainan ini juga dimain dalam whatsApp.
Peserta akan “ditekan” untuk membalas mesej yang dihantar oleh “Momo”, satu entiti rekaan. Patung “Momo” ini sebenarnya satu artwork dari Midori Hayashi untuk Art Vanilla Gallery.
“Momo” kemudiannya akan mencabar peserta untuk melakukan beberapa perkara seperti:
- Suruh kanak-kanak buat benda-benda pelik seperti bangun tengah malam atau lawan sesuatu ketakutan
- Suruh peserta rekod segala cabaran ini dan hantar ia melalui whatsApp atau Facebook
- Beri lebih banyak arahan yang berbahaya hingga ada sampai bunuh diri!
Permainan Momo Challenge membunuh 2 kanak-kanak
Baru-baru ini, sebuah laporan telah mendedahkan ada kes kematian sebenar di Colombia gara-gara permainan Momo Challenge ini.
Pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 tahun membunuh diri. Kemudian, dalam masa 48 jam, satu tubuh kaku kanak-kanak perempuan 12 tahun ditemui dalam almari pula.
Rupa-rupanya, polis mendapat maklumat kanak-kanak lelaki itu mengenali budak 12 tahun terbabit. Semuanya kerana mereka sama-sama bermain permainan berbahaya ini!
Polis dan pihak berkuasa kini amat memandang serius kejadian ini. Mereka juga telah menahan telefon kedua-dua mangsa dan menemui bukti “ugutan” dari Momo yang menyebabkan kes bunuh diri.
Menurut Janier Landono, setiausaha kerajaan Colombia, kedua-kedua kanak-kanak ini bermain Momo Challenge dari aplikasi whatsApp.
“Permainan ini menyuruh anak-anak muda untuk mencederakan diri mereka sendiri. Setiap cabaran berbeza-beza, tapi akan diakhiri dengan bunuh diri.”
Bagaimana cara kendali ugutan siber yang mampu ancam nyawa?
Ibu bapa semua, kami tahu selepas membaca kes ini, anda akan makin risau dan gundah-gulana.
Tapi ini tidak bermaksud anda tak boleh buat apa-apa. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati – maka, jom kita tahu apa nak buat untuk membendung permainan ini dari anak-anak kita.
Bagaimana nak lindungi anak dari “Momo”:
- Pantau aktiviti online anak. Minta telefon dari mereka dan check aktiviti mereka di Facebook atau whatsApp
- Ajar anak tentang bahaya membunuh diri. Beritahu mereka yang bunuh diri takkan beri sebarang faedah, sebaliknya hanya akan melukai insan yang kita sayangi. Ikut arahan Momo tiada faedah dan hanya mencederakan orang
- Jadi terbuka dengan anak, galakkan mereka untuk jadi positif. Jika mereka sudah cukup besar untuk memahami risiko sesuatu benda bahaya, terangkan pada mereka tentang permainan ini. Beritahu kenapa mereka tidak patut main permainan ini
Tapi, bagaimana jika anak saya sudah main permainan ini?
Salah satu langkah untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku pada anak anda, apabila mereka sudah pernah bermain permainan ini ialah ketahui tanda-tanda bahaya pada anak.
Adakah mereka nampak macam tertekan, perangai lain macam, lebih ganas, tidak mahu bermainan dan nampak macam ketakutan?
Jika ya, ini antara apa yang anda perlu lakukan:
- Cakap dengan anak tentang perasaan mereka. Jangan lupa untuk ukir senyuman. Anda mahu mereka selesa dengan anda. Cakap dalam nada yang tenang.
- Sokong mereka. Beritahu mereka yang “Momo” sebenarnya tidak wujud dan tidak mengapa jika mereka enggan mengikut arahan permainan ini. Jika anak anda takut, sokong mereka walaupun apa terjadi
- Jangan takut untuk tanya anak jika mereka pernah buat sesuatu yang berbahaya atau menakutkan
Ibu, anda juga boleh memadam dan menyekat nombor telefon “Momo” itu ketika anak-anak sedang tidur. Jika “Momo” masih mengganggu anak anda, sila lakukan perkara ini:
- Beritahu ibu bapa lain
- Laporkan pada pihak polis
- Bawa anak berjumpa doktor kanak-kanak atau pakar psikologi untuk mengesan trauma
Semoga kejadian ini tidak lagi berulang. Jangan lupa sebarkan bahayanya permainan ini agar tiada lagi nyawa diragut!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga:
'Fire Fairy', permainan online dahsyat yang suruh kanak-kanak bakar diri sendiri