X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber

3 min bacaan
7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber

Dengan menerapkan 7 cara ini dalam diri anak-anak, ia dapat mengajar mereka menjadi manusia yang lebih bermoral dan mengelak dari menjadi pembuli siber.

Di zaman serba canggih sekarang, sukar untuk kita didik anak-anak untuk tidak menjadi pembuli siber. Tiada ibu bapa mahu membesarkan anak menjadi orang yang tidak baik. Kita selalu mengajar anak kita untuk menjaga kelakuan dan menghormati orang lain.

Tapi, kajian baru-baru ini oleh Pusat Kajian Internet dan Projek Kehidupan Rakyat Amerika Pew mendapati, 1 dari 4 dewasa telah diganggu oleh pembuli siber dan peratusnya lebih tinggi pada orang muda.

Ini bermakna anda perlu mendorong anak-anak untuk tidak berhubung atau terlibat dalam apa-apa perbualan yang bahasa kasar yang menjadi kebiasaan mereka. 

Sebelum anak-anak boleh melibatkan diri dalam membantu orang lain dari dibuli, mereka perlu mengamalkan cara-cara ini.

Ia mungkin nasihat yang lapuk, tapi cara-cara ini adalah asas untuk mendidik anak-anak bagi menjalinkan hubungan yang sihat dengan orang di rumah, di sekolah dan lambat laun di tempat kerja dan kehidupan dalam masyarakat yang lebih besar.

pembuli siber, siber buli, anak dibuli, anak membuli, buli atas talian

Cara-cara mengajar anak untuk tidak menjadi pembuli siber

1. Jangan PERNAH mengeluarkan kata-kata yang tidak baik – Pastikan anak-anak faham yang anda tidak akan toleransi jika anak-anak anda mengeluarkan perkataan yang merendah-rendahkan bangsa, agama, jantina, kaum, keupayaan atau orientasi seksual seseorang.

2. Penderitaan orang lain bukan sesuatu yang kelakar. Jauhkan anak dari rancangan TV, filem atau video online yang mendorong mereka mentertawakan penderitaan orang lain.

3. Jangan sebar khabar angin. Ajar anak untuk tidak menceritakan atau forward  apa-apa cerita atau pernyataan yang mereka dengar tentang orang lain. Ini adalah penting lebih-lebih lagi untuk sebab-sebab tertentu mereka tidak sukakan orang itu.

4. Menghormati privasi. Mesej atau gambar yang dihantar oleh rakan adalah privasi antara penghantar dan penerima. Komunikasi atas talian tidak patut dikongsikan tanpa kebenaran si penghantar.

5. Jangan merungut. Di kehidupan biasa, jika anak anda tidak suka sesuatu yang orang lain lakukan atau cakapkan, mereka boleh menyatakan pendapat mereka, tapi tidak boleh menyumpah atau menjerit. 

Online juga tidak ada bezanya. Jangan membebel. Jangan menggunakan bahasa kasar. Jangan melakukan serangan peribadi.

6. Berhati-hati bila bergurau. Di dunia realiti, bila kita berkata sesuatu yang sarkastik, orang boleh melihat reaksi kita dan tahu yang ia hanyalah gurauan. Di alam maya sebaliknya, susah untuk bezakan komen yang patut dianggap kelakar atau sebaliknya.

7. Fikir sebelum menghina. Sesetengah orang menghina untuk menunjukkan yang mereka lebih pandai. Soalan yang kita perlu tanya pada diri sendiri adalah, “Mengapa kita rasa seronok bila kita merendahkan orang lain?”

Ibu bapa boleh membantu anak anak untuk membayangkan perasaan orang lain. Suruh mereka bayangkan, cakap benda yang sama depan-depan.

Apa yang orang akan rasakan dan jika ada orang cakap benda yang sama pada mereka, apa yang mereka rasa?

Semua ini boleh membuat anak-anak berfikir tentang moral. “Layan orang seperti mana anda mahu orang melayan anda.” Dengan berfikiran sebegini, anda dapat mengenal kekejaman dan berbuat baik. Dua kebolehan yang penting dalam hubungan sesama manusia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Carolina Parent

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comiphone-terkunci-48-tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Nasihat keibubapaan
  • /
  • 7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber
Kongsikan:
  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

    Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

  • Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah Anak, Ada Pula Individu Lain Yang Berani Breastfeed Anaknya Sesuka Hati

    Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah Anak, Ada Pula Individu Lain Yang Berani Breastfeed Anaknya Sesuka Hati

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

    Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

  • Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah Anak, Ada Pula Individu Lain Yang Berani Breastfeed Anaknya Sesuka Hati

    Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah Anak, Ada Pula Individu Lain Yang Berani Breastfeed Anaknya Sesuka Hati

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham