Areola Ada Bintik Bintik Atau Tubercles Montgomerys Di Puting Ibu, Apakah Fungsinya

Montgomerys tubercles adalah bintik kecil berwarna putih yang tumbuh di sekeliling aerola wanita. Ia juga dipanggil sebagai kelenjar aerola.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perubahan badan secara semula jadi akan berlaku semasa mengandung hingga bersalin. Bermula dari pinggul yang mungkin membesar hinggalah perubahan pada bahagian payudara seperti areola ada bintik bintik atau montgomerys tubercles, apakah itu?

Penyusuan susu ibu adalah aktiviti yang istimewa untuk ibu dan bayi. Selain sebagai proses penyusuan, penyusuan juga merupakan detik untuk meningkatkan ikatan antara ibu dan bayi.

Dalam tempoh penyusuan ini, perubahan di kawasan payudara sering dialami, bermula dari saiz yang semakin besar, mengeluarkan susu, hingga bintik-bintik kecil muncul.

Areola Ada Bintik Bintik Atau Montgomerys Tubercles Ini Peranannya Dalam Penyusuan 

Montgomerys tubercles adalah bintik-bintik putih dan kecil yang muncul pada areola pada payudara ibu semasa penyusuan. Apakah fungsinya dalam proses penyusuan?

Areola Ada Bintik Bintik, Mengapa Ia Boleh Muncul? 

Setiap wanita mempunyai bintik kecil di sekitar kawasan puting yang berwarna sedikit gelap yang juga dikenali sebagai areola. Bintik kecil ini dikenali sebagai tuberkel montgomery atau kelenjar areola.

Semasa mengandung, kelenjar ini akan menjadi lebih besar, hampir seperti jerawat kecil. Sama seperti bentuk payudara, puting setiap wanita berbeza, kelenjar areola atau tuberkel montgomerys juga mempunyai saiz yang berbeza pada setiap orang.

Apakah Fungsi Montgomerys Tubercles?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bintik-bintik kecil di sekeliling payudara ini mempunyai fungsi penting semasa tempoh penyusuan si kecil anda.

Seperti kelenjar minyak dalam badan anda, fungsi montgomerys tubercle adalah untuk bertindak sebagai pelincir semulajadi untuk kulit kekal lembap dan terhidrat.

Apabila anda menyusu, ia menghasilkan rembesan lipid yang melincirkan puting anda. Rembesan ini sangat penting kerana ia juga bertindak sebagai penghalang jangkitan yang akan melindungi susu ibu dan bayi anda.

Selain itu, rembesan ini juga berfungsi mengeluarkan aroma yang akan membantu si kecil mencapai puting anda. Inilah yang menyebabkan ramai pakar melarang ibu menyusu membersihkan puting menggunakan sabun kerana ia akan menghilangkan fungsi tubercle montgomerys ini.

Mengapa Tubercle Montgomerys Membesar Semasa Hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bintik-bintik itu membesar disebabkan oleh perubahan hormon. Semasa mengandung, badan anda akan mengeluarkan pelbagai jenis hormon. Salah satunya ialah yang menyebabkan perubahan pada bentuk payudara anda.

Sebagai sebahagian daripada perubahan pada kawasan payudara, kelenjar aerola ini akan menjadi lebih besar. Bagaimanapun, ia jarnag menyebabkan kesakitan, namun hanya lebih sensitif daripada biasa. 

Bolehkah Kawasan Ini Dijangkiti?

Kawasan ini boleh dijangkiti.  Ada kemungkinan kelenjar ini tersumbat, dijangkiti atau meradang. Berikut adalah simptom yang boleh dipantau:

Perhatikan kemerahan atau bengkak yang menyakitkan di sekitar kawasan puting. Jumpa doktor anda jika anda perasan perkara ini atau sebarang perubahan luar biasa lain.

Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kegatalan atau ruam, kerana ia mungkin gejala jangkitan kulat. Jika anda mengalami keputihan dan anda tidak menyusu, buat temu janji dengan doktor anda kerana dibimbangi terdapat darah atau nanah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara simptom kelenjar aerola ini dijangkiti termasuklah:

  • Bahagian puting bengkak diikuti dengan rasa sakit
  • Bahagian itu menjadi merah
  • tubercle montgomerys menjadi sangat besar
  • Gatal
  • Berdarah
  • Berair di kawasan bintik kecil

Dalam kes yang jarang berlaku, perubahan dalam penampilan di sekitar kawasan puting mungkin merupakan simptom kanser payudara. Beritahu doktor anda dengan segera jika anda melihat sebarang gejala kanser payudara yang lain, termasuk:

  • ketulan keras pada payudara anda
  • perubahan dalam bentuk atau saiz puting anda
  • nodus limfa yang besar di ketiak
  • penurunan berat badan yang tidak disengajakan
  • perubahan kepada bentuk atau saiz satu payudara
  • pelepasan dari puting anda

Jadi, jika anda mengalami mana-mana simptom yang dinyatakan di atas, jangan berlengah dan dapatkan nasihat doktor anda.

Adakah Tubercle Montgomerys Boleh Hilang?

Dari masa ke masa, bintik-bintik ini boleh hilang dengan sendirinya, terutamanya jika anda tidak lagi menyusu.

Keadaan ini adalah bahagian normal penyusuan dan menunjukkan bahawa payudara anda berfungsi dengan normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah wanita juga boleh mengalami tubercle montgomerys tanpa mengandung atau menyusu. Sekiranya anda mengalaminya dan merasa terganggu, anda boleh berjumpa doktor untuk membuangnya melalui proses pembedahan.

Walau bagaimanapun, jika anda terlalu takut untuk pergi ke doktor, terdapat remedi di rumah yang boleh mengurangkan keadaan menganggu kelenjar ini, berikut adalah caranya:

  • Rendam tuala bersih dalam air suam kemudian tekan puting pada setiap malam selama 20 minit
  • Gunakan body butter atau gel aloe vera di kawasan sekitar puting
  • Minum banyak air
  • Kurangkan penggunaan gula dan garam yang boleh menjejaskan pembesaran tubercle montgomerys

Kemunculannya Boleh Jadi Tanda Awal Kehamilan

Walaupun ini tidak selalu berlaku, tubercle montgomerys boleh menjadi tanda awal kehamilan. Terdapat hubungan yang kukuh antara kelenjar aerola ini dan kehamilan kerana kelenjar kecil ini mempunyai fungsi dan faedah khusus untuk ibu dan anak yang menyusu.

Walaupun tubercle montgomerys boleh menjadi tanda awal kehamilan, ini tidak dialami oleh semua wanita hamil. Kajian telah menunjukkan antara 30 peratus dan 50 peratus wanita hamil menyedari tuberkel ini dan apabila ia berlaku, ia boleh menjadi salah satu tanda pertama walaupun sebelum terlepas waktu haid.

Sudah tentu, tiada siapa yang harus menganggap kemunculan bintik kecil ini sebagai pengesahan terpencil kehamilan. Adalah penting untuk melihat simptom lain yang lebih biasa, seperti:

  • Payudara yang terasa lembut, lebih berat, atau lebih besar daripada bias
  • Pendarahan implantasi, tompok ringan yang mungkin berlaku beberapa hari sebelum tempoh anda sepatutnya tiba, kadangkala disertai dengan kekejangan ringan
  • Morning sickness
  • Keletihan yang dirasakan lebih ketara daripada biasa
  • Sensitif emosi dan perubahan mood
  • Kerap membuang air kecil.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca tentang tanda-tanda awal kehamilan di sini. Jika anda perasan satu atau lebih gejala ini, serta terlepas haid, anda harus mendapatkan ujian kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika keputusannya positif, sebaiknya dapatkan nasihat doktor anda secepat mungkin. Jika anda tidak hamil, adalah biasa untuk melihat bintik kecil ini di sekitar puting anda.

Ini biasanya agak normal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ia juga boleh menjadi lebih ketara akibat daripada sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan, seperti:

  • Perubahan hormon akibat kitaran haid anda
  • Pengambilan pil kontraseptif
  • Pra-menopaus atau menopaus
  • Ketidakseimbangan hormon akibat tekanan
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu, yang boleh mengganggu keseimbangan hormon anda
  • Penurunan berat badan atau penambahan berat badan, terutamanya jika perubahan ini berlaku secara tiba-tiba
  • Rangsangan puting
  • Pakaian dan coli yang terlalu ketat.

Tubercle Montgomerys Semasa & Selepas Kehamilan

Walaupun ia bukanlah satu-satunya tanda awal kehamilan anda, anda berkemungkinan besar akan menyedarinya kemudian apabila kehamilan berlangsung.

Puting anda mungkin akan berwarna gelap, dan anda mungkin melihat beberapa bintik-bintik timbul pada payudara semasa badan anda bersedia untuk penyusuan. Ini adalah perkara biasa dan tidak sepatutnya menimbulkan kebimbangan. Kelenjar secara semula jadi menjadi besar semasa kehamilan sebagai tindak balas kepada perubahan hormon.

Apa Yang Tidak Patut Anda Lakukan Kepada Tubercle Montgomerys?

Biasanya, ia tidak perlu dipantau dengan teliti. Walau bagaimanapun, kadang-kadang, kelenjar ini booleh kelihatan berisi seperti lilin dan bekilat sekaligus memberikan mereka rupa bintik-bintik atau jerawat dengan kepala kekuningan atau putih.

Ini tidak berbahaya dan anda harus mengelak daripada memicitnya kerana ini boleh menyebabkan jangkitan atau kecederaan kulit. Sama seperti jerawat yang anda tidak digalakkan untuk memicitnya, begitu juga dengan kelenjar aerola ini.

Jika terdapat jangkitan, puting anda mungkin akan membengkak, rasa sakit dan boleh mengeluarkan nanah. Jika anda telah terlanjur memicitnya namun tiada apa yang terjadi, anda memang bertuah namun usah ulanginya lagi. 

  1. ivi.uk (n.d) Montgomery Tubercles – an early sign of pregnancy?. www.ivi.uk/blog/montgomery-tubercles-sign-of-pregnancy/
  2. healthline.com ( December 5, 2017). What You Should Know About Montgomery’s Tubercles. www.healthline.com/health/montgomerys-tubercles#do’s-and-don’ts

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ouch, Ngilu Rasanya Apabila Puting Payudara Luka Digigit! Ini 7 Cara Untuk Elak Sakit Ketika Menyusu

Baca juga: Kenali Bentuk & Jenis Puting Payudara Normal, Anda Punya Yang Mana Satu?

Baca juga: 6 Cara Timbulkan PUTING PAYUDARA Tenggelam, Untuk Penyusuan Badan Sempurna!

Penulis

Lala Annuar