Bila sebut sahaja ‘morning sex’, pasti ada beranggapan bahawa berasmaradana dengan pasangan di pagi hari adalah paling mustahil untuk dilakukan kerana masa yang padat untuk bersiap ke kerja, mengurus anak dan keluarga.
Rata-ratanya lebih selesa memilih seks pada waktu malam kerana suasana yang gelap dan tenang. Sedangkan, pada waktu ini kebanyakan lelaki paling ghairah kerana hormon testosterone berada pada tahap yang paling tinggi.
Malah, morning sex juga seronok untuk dilakukan kerana tubuh anda berdua lebih bersedia sepenuhnya untuk beraksi selepas tidur dan rehat yang cukup pada malam hari.
Kelebihan morning sex untuk suami isteri
Tak semestinya seks perlu dilakukan pada waktu malam sahaja, ya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja jika perlu!
Apatah lagi, setelah anda tahu tentang manfaat morning sex kepada kesihatan dan tubuh badan.
Kalau rasa tidak selesa, apa kata gosok gigi dan cuci muka sebelum melakukan hubungan intim.
Berpakaian seksi dan kenakan sedikit semburan dan solekan supaya tampak lebih yakin untuk menatap mata dengan pasangan.
Kenapa perlu malu?
1. Sebagai mood booster
Ramai yang berfikir bahawa selepas melakukan hubungan seks pagi membuatkan anda rasa letih, padahal ia menjadikan anda lebih bertenaga sepanjang hari.
Menurut pakar, morning sex membantu meningkatkan stamina seseorang. Pelepasan hormon oksitosin dan dopamin yang sering dikenali sebagai hormon cinta pada waktu pagi akan membuatkan mood anda lebih stabil, fokus, ceria dan bahagia!
Jadi, jangan teragak-agak untuk cuba melakukan seks di pagi hari kerana lebih menyeronokkan tau!
2. Membakar kalori tubuh badan
Morning sex dengan pasangan telah terbukti mampu membantu anda membakar kalori setiap 5 minit.
Dikatakan satu pusingan di atas katil bersamaan dengan 200 kalori yang akan dibakar. Ia sama dengan jumlah kalori yang dibakar ketika berjogging atau berjalan selama 15 minit.
Morning sex 5 kali seminggu bermakna jumlah kalori yang dibakar ialah 1,000 kalori. Anda boleh turunkan berat badan sehingga 1kg setiap minggu untuk mengekalkan berat badan yang ideal.
Selepas ini, anda boleh ‘skip’ bersenam di waktu pagi dan gantikan dengan aktiviti yang hanya boleh dilakukan di atas katil sahaja.
3. Meningkatkan imun badan
Kalau anda seorang yang mudah jatuh sakit, rupanya bersenggama di pagi hari dengan pasangan mungkin menjadikan hidup lebih sihat.
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa pasangan melakukan hubungan seks pagi sekurang-kurangnya 2 kali seminggu memiliki tahap imunoglobulin 30% lebih tinggi dalam badan.
Ini bermakna badan mampu melindungi dirinya daripada bakteria dan virus berjangkit. Mudah, kan?
4. Menjadikan awet muda
Seks pada waktu pagi boleh membantu badan mengeluarkan hormon anti-penuaan yang dipanggil DHEA.
Jadi, kenapa perlu menghabiskan duit membeli skincare anti-penuaan di pasaran atau atas talian, sedangkan melakukan hubungan seks di pagi hari sahaja akan membuatkan anda 15 tahun lebih muda!
5. Suami tahan lebih lama
Belum apa-apa lagi, dah pancut awal sedangkan isteri belum klimaks? Bagi sesetengah lelaki yang kerap mengalami ejakulasi pramatang apabila melakukan hubungan seks, morning sex adalah penyelesaiannya!
The Journal of Sexual Medicine menjelaskan bahawa peningkatan testosteron pada waktu pagi boleh menyebabkan ereksi yang lebih kuat dan tahan lama.
Jadi, para suami manfaatkan dengan sebaiknya!
6. Isteri mudah capai klimaks
Bukan sahaja para suami, malah melakukan hubungan seks pada waktu pagi juga membuatkan isteri lebih mudah mencapai klimaks.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa wanita mempunyai orgasme yang lebih tinggi pada waktu pagi dan membuatkan mereka lebih ghairah ketika beraksi. Jadi, jangan terkejut, ya?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?
Baca juga: Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang
Baca juga: Kebaikan Seks Antara Pasangan Termasuk Kulit Awet Muda & Cantik? Wow, Tak Sangka Ya!