''Kepala Bayi Dekat Sangat Dengan Uri,'' Doktor Terbelah Muka Bayi Ketika Proses Czer

Muka bayi malang ini dikatakan terbelah ketika kelahiran caesar. Kejadian ini adalah jarang berlaku, namun sedikit kecuaian boleh mendatangkan risiko bahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap proses melahirkan anak pasti akan ada risiko yang tersendiri. Sebagai ibu ayah, anda semestinya mengharapkan ia berjalan dengan lancar dan bayi selamat. Namun lain pula yang terjadi pada pasangan ini apabila muka bayi mereka mengalami luka dalam sewaktu pembedahan caesarean.

Menurut laporan oleh The Sun UK, seorang bayi baru lahir perempuan terpaksa menjalani pembedahan dengan 13 jahitan pada bahagian pipi kirinya selepas dilahirkan di sebuah hospital Coloradi pada Rabu lalu.

Muka bayi terhiris pisau ketika pembedahan czer

Menurut ayah kepada bayi berkenaan, dia tidak sanggup melihat keadaan anak kecilnya yang perlu menahan rasa sakit dan tidak selesa.

Difahamkan pada awalnya, dia dan isteri telah merancang untuk bersalin secara normal. Namun si ibu telah diberi ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran sehingga dikejarkan ke dewan pembedahan dan menjalani pembedahan kecemasan.

”Petugas perubatan menjelaskan bayi kami terlalu aktif dan bergerak secara tiba-tiba. Mereka tidak dapat mengesan degupan jantung. Sebab itulah terpaksa memilih untuk lakukan c-section,” jelas lelaki berkenaan.

Sebaik sahaja selamat dilahirkan, pasangan berkenaan mengatakan mereka berasa kecewa apabila melihat luka yang agak dalam pada muka bayi tersebut.

”Pihak doktor mendakwa kepala bayi berkenaan berada dekat dengan uri (plasenta) ketika proses pembedahan berjalan. Saya cuba untuk memahami apa yang berlaku.”

”Namun hakikat wajah bayi kami yang tercedera agak teruk sehingga perlu menerima rawatan pakar bedah plastik membuatkan saya sangsi dengan pembedahan bersalin yang dilakukan.” kata si ibu.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah mendengar mana-mana ibu bapa yang lain berhadapan situasi sama sehingga meninggalkan kesan pada wajah bayi mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular kejadian muka bayi terkena pisau ketika bersalin caesarean

Sementara itu, nenek mangsa telah menegaskan bahawa pihak petugas hospital perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Keluarga mereka juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital yang terlibat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes ini merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku. Menurut seorang jururawat, dia telah menyambut hampir 2,500 kelahiran bayi dan menjadi pembantu pembedahan mengakui bahawa ia adalah kali pertama melihat kes sedemikian.

Menurut kajian oleh Child Health and Human Development Maternal Fetal Medicine Units Network, sebanyak 0.7 peratus sahaja bayi daripada lebih 37,000 kelahiran caesar di 13 buah berbeza antara tahun 1999 dan 2000 mengalami masalah terbelah.

Sementara itu, pihak hospital yang menguruskan bayi berkenaan telah mengesahkan kejadian dan sedang berhubung dengan keluarga mangsa.

”Kami berusaha mengadakan perbincangan dengan cara yang baik. Walaupun ia adalah komplikasi perubatan ketika melakukan pembedahan kecemasan, fokus kami adalah untuk memberikan penjagaan terbaik buat ibu dan anak,” jelas jurucakap pihak hospital.

Situasi yang menyebabkan ibu perlu bersalin secara pembedahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#1. Bukaan rahim tidak cukup 10 cm

Meskipun ibu merasakan kontraksi kuat untuk beberapa jam dan bukaan rahim belum mencapai 10cm, berkemungkinan besar doktor akan merancang untuk pembedahan caesar bagi menyelamatkan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

#2. Kepala bayi terlalu besar atau risiko lemas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepala bayi yang terlalu besar turut menghalang proses bersalin normal. Bukan itu sahaja, jika doktor mendapati terdapat perubahan negatif pada kadar denyutan jantung bayi, kelahiran secara pembedahan adalah jalan yang terbaik.

#3. Masalah plasenta

Jika ibu mengalami masalah placenta previa iaitu uri menutupi pintu rahim, bersalin secara pembedahan adalah cara paling selamat bagi melahirkan bayi anda.

#4. Masalah pada tali pusat bayi

Sekiranya tali pusat telah terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi, doktor akan melakukan pembedahan kecemasan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

#5. Bayi songsang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pembedahan caesarean mungkin cara paling selamat bayi mengeluarkan bayi anda sekiranya dia berada pada kedudukan abnormal. Misalnya breech (songsang) atau transverse (melintang). Jika anda hamil anak kembar, ada risiko tinggi bayi tidak berada pada kedudukan yang normal.

Sumber: The Sun UK, Danita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean